11:10:23 - Lempeng cendawan tiram

Hani Shaimi @hanishaimi1504
menu rahmah lagi. memang padat rasa lempeng/dasar telur bersama cendawan tiram ni. sedp dimakan bersama nasi panas-panas. Modal pun murah saja boleh makan 3 - 4 orang. boleh tambah lauk sambal gesek dan kicap juga.
#MenuRahmah
Cara Memasak
- 1
Tumbuk cendawan tiram hingga lumat.
Kemudian masukkan ikan bilis dan cili padi - tumbuk hingga agak hancur - 2
Dalam bekas pecahkan telur dan kacau rata.
Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi dan sesedap rasa
Masukkan juga daun bawang
Gaul rata. - 3
Panaskan kuali dengan sedikit minyak
Tuang campuran telur tadi
Biar bahagian bawah garing, terbalikkan
Bila kedua- dua belah telah masak angkat dan sedia untuk dihidangkan
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya

3:10:23 - Kangkung tumis belacan
Untuk menu Rahmah makan nasi berlaukkan kangkung goreng belacan ni memang terbaiklah. Tak payah nak lauk lain lagi dah. Kalau nak tambah ikan goreng pun boleh cari yang harga murah-murah saja. Ni kalau seikat kangkung saya sefamily 3- 4 orang memang lepas ni. Memang sesuai dengan menu Rahmah RM5 seorang makan.#MenuRahmah


15:10:23 - Cokodok jagung
Ada jagung rebus tak dimakan-makan kejung kecut je dalam peti ais tu. Kita jadikan ia cokodok lah pulak. Usah membazir apa yang ada kita olah menjadi menu yang lebih menyelerakan. Modal pun murah je untuk kita jadikan ia sebagai menu Rahmah yang mengenyangkan.#MenuRahmah


5:10:23 - Tauge 2 minit siap
sedap digandingkan dengan ikan masin goreng bawang.harga menu ini kurang dari RM5 kerana harga tauge yang agak murah. Ikan masin pula cukup sekadar 2 ekor dan dipotong kecil-kecil digandingkan dengan gorengan potongan bawang dan cili merah yang ditabur diatasnya. Memang laju je bila dapat menu sebegini. Kita boleh saja menyajikan menu rahmah kepada keluarga kita mengikut citarasa dan kemampuan kita. Semuanya ditangan kita bagi menentukan bajet kewangan dalam keluarga kita. sajian ini adalah untuk kami 4 orang sekeluarga.#MenuRahmah


13:10:23 - Lontong goreng bersama terung
Leftover2 yang ada usah dibuang. Boleh menjadi salah satu daripada menu Rahmah. Ikan yang tak habis makan sama ada dimasak atau digoreng ambil saja isinya untuk dijadikan rencah. Ayam atau daging juga boleh digunakan.#MenuRahmah


14:10:23 - Bayam merah goreng basah
Sesuaikan untuk dijadikan sebagai menu Rahmah. Kami makan sekeluarga 3 orang. Digandingkan dengan ikan goreng mabung sorang sekor. Bajet kesemua tak sampai RM15 untuk 3 orang makan. Sesuai dengan keadaan semasa yang kesemua barangan naik harga.#MenuRahmah


7:10:23 - Sambal bilis menyengat
kali ni dapat cili yang tak pedas. letak banyak cili pun tak pedas. warna cili pun cantik merah. so kali ni terpaksa letak lebih cili.Sambal ikan bilis, tambah nasi lemak, telur rebus, dan timun memang menjadi menu Rahmah kami sekeluarga. Masak nasi lemak 2 pot digandingkan dengan sambal bilis ni kami makan breakfast dan lunch sekali. Memang tersangatlah bajet menu breakfast bersekali lunch kami ini#MenuRahmah


26:11:23 - Tampura keledek & cendawan
Sedap dimakan bersama kicap dan wasabi. Dimakan begitu saja pun sedap.#GoldenApron23#Week20#KeledekCendawan


1:10:23 - Telur mata air asam
Sorang sebiji je telur mata ni. Cukup memang cukup. Tak perlu banyak lauk terutama musim2 segala barang naik harga. Kat rumah ni memang ada 3 orang je. Kali ni kita makan menu Rahmah telur mata bersama air asam. Menu simple macam ni pun boleh layan 2 pinggan sorang.3 bj telur dalam RM1.50 je. Campur bawang sebiji, sedikit air asam, cili padi, sebiji tomato, garam dan gula. Memang terlebih dari Rahmah menu ni. Beras pun masak 1 pot kecil kami boleh share untuk 3 orang juga. Ikutkan menu Rahmah 3 orang RM15. Masak sendiri menu macam ni modal dalam RM6 - RM7 saja.


Sate Cendawan Tiram #FayeKusairi
Biasanya cendawan tiram ini saya masak tumis, bubuh dalam tomyam atau goreng tepung. Kali ini saya buat sate pula yg dimakan bersama kuah kacang atau sambal kicap. Rasa sate cendawan tiram ini tak kalah sedapnya dgn sate ayam atau daging...sememangnya sesuai untuk sesiapa yg mengamalkan diet vegetarian. Dijadikan lauk makan dengan nasi pun sedap 😋


3:11:23 - Sambal gesek buah tomato
Zaman dulu menu-menu simple je lah yang biasa mak-mak kami buat. sambal belacan makan dengan ulam-ulaman. Selain pembuka selera sambal macam ni lah yang mereka pandai buat. Masa dulu mana ada menu-menu dari pelbagai negara yang mak-mak or nenek-nenek kita reti nak buat. Dengar pun tak pernah. Sambal belacan/sambal gesek dan dilawankam dengan sayur masak bening/masak air. Rebus-rebus je gitu yang mereka pandai. Bagi era saya yang dah nak masuk 60an ni memang kami boleh bayangkan makanan-makanan di zaman kami dahulu semuanya simple2 je.#TerkenangSemasaDulu


4:12:23 - Cendawan Tiram + Suhun Goreng Sos Tiram
Kebetulan memang ada stok cendawan di rumah. Suhun pula lebihan buat soto tempohari dah siap digoreng untuk ditaburkan atas soto tersebut. Memang sayang dan tak nak membazir. So kita gunakan lah untuk task kali ini.#GoldenApron23#Week22#CendawanTiramSuhun


8:10:23 - Sambal Gesek Buah Prune
Licin terus sambal ni hari ni. 1st time buat sebab masa nak buat sambal ni tadi terpandang buah prune ni. Biasa bila nak makan sambal ni kami akan perahkan limau kasturi untuk bagi masam2 dan kadangkala saya masuk kan belimbing buluh. Terpandang buah prune ni yang rasanya masam-masam manis memang sesuai pada tekak saya untuk dicampurkan dalam sambal ni. Terus ambik masukkan dalam sambal untuk dijadikan juadah tengahari ni. Tak perlu lagi perah limau dan tambah gula sebab semua rasa dah ada masam-masam manis. Layan tadi makan dengan ikan sepat pekasam. Perhhhh laju je licin semua lauk tu tadi.#GoldenApron23#Week13#Prune


Sup Suhun Cendawan Tiram
Menu ne sesuai buat anak2 , Klu nak ada rasa pedas boleh tambah serbuk lada hitam#GoldenApron23suhun+cendawan tiramweek22


10:4:24 - Sambal tempe kering
#SyawalMonthChallenge#RiangRiaRayaAntara menu yang menjadi juadah semasa hari raya adalah sambal tempe kering ini selain daripada rendang, kuah kacang, sambal goreng paru, lodeh dan lain-lain.Lately ni bawang besar yang dijual teramat besar saiznya. Baik bawang merah atau bawang Holland. Kalau nak masak dalam kuantiti banyak cukup sekadar sebiji je. Kalau yang nak masak sedikit tu jenuh boleh buat 4, 5 kali jika nak menggoreng sayur. Bawang ni bila dah terpotong tak tahan lama sangat lah pulak.Kuantiti Suhun dan tauhu ikut kesukaan masing-masing. Ada yang suka suhun dan tauhu lebih, just lebihkan lah saja. Nanti sos tiram dan kicap tu pandai-pandailah nak adjust ya.


👩🍳Suhun Goreng Cendawan Tiram
Memang sedap. Wajib cuba.Golden Apron 2023 Week 22Week 22 (4 hingga 10 Disember):1. Pes Rendang2. Brussels Sprout3. Madu + Mee4. Keli + Tempoyak5. Suhun + Cendawan Tiram#GoldenApron23#Pejuang2KResipi#Week22#suhuncendawantiram1829/2K


31:10:23 - Sambal sardin tumis
saya pilih sardin yang brand murah sahaja dalam RM4 lebih sahaja. memang ada yang murah bagi yang hendak bajet rahmah. bagi saya sama je rasanya sebab tekak dah terbiasa makan barang yang murah.Ada petua untuk mengelakkan sardin meletup masa menggoreng boleh letak sedikit tepung gandum ke dalam minyak untuk menggoreng ikan sardin tadi.Boleh lagi jika nak tambah tomato dan belimbing buluh cuma tiada stok di rumah bahan2 maka saya skip sajalah#MenuRahmah


30:9:23 - Nasi goreng bajet
Dah dikatakan Menu Rahmah kan. Guna apa yang ada seminima mungkin untuk kontrol bajet. Memang walau tak Rahmah pun kami memang biasa makan yang sesimple ni. Kadang kadang lagi berselera makan menu ringkas macam ni. Tak perlu nak letak udang, sotong bagailah yang kosnya agak tinggi. Setakat semangkuk nasi dan beberapa ulas bawang, cili dan sedikit ikan bilis serta sebiji telur untuk dicampurkan ke dalam nasi goreng ni modal tak sampai RM5 pun. Boleh makan berdua pulak tu. Nak tambah telur mata sorang 1 pun masih Rahmah lagi tu kalau telur RM0.50 sebijik.


12:10:23 - Kari bujang ikan tongkol
Beli 2 ekor ikan tongkol saiz kecikKami makan 3 beranak boleh makan untuk tengahari dan malam juga. Memang berbaloi untuk menu Rahmah ni sekeluarga. 2 ekor tu baru RM11 sebab saiz comel. campur bahan lain dalam RM15. Boleh makan 2x sekeluarga. Plus sayur memang tak dinafikan masakan di rumah memang berbaloi murah.#MenuRahmah


Sup Suhun Cendawan Tiram Letak Telur
Si bongsu kata macam tak pernah nampak mama buat ni..hahaha😄 iyo lah.. dia je yang tak perasan sebenarnya.Cuma yang ni supnya lain sikit sebab letak telur. Cun telur tak pecah cantik je.. Suhun ada, cendawan tiram ada makan sup saja pun nikmat. Alhamdulillah..#GoldenApron23Suhun + Cendawan Tiram


Cendawan Tiram Masak Bening
49/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1442 #pejuang2kresipiResipi ringkas untuk menyajikan cendawan tiram. Hakak masak bening begini je. Pastu cicah dengan budu 🤭


18:10:23 - Ikan tongkol masak cuka
untuk lagi sedap letak biji sawi, namun kerana tiada stok maka saya tak letak.Sekor ikan yang dimasak berkuah biasa orang kata lebih muai/lebih ramai boleh makan kerana isinya boleh dikongsi sorang sikit dan lebihkan kuah yang sememangnya mempunyai rasa yang sedap. Kuah juga bole dijadikan lauk walau tidak dimakan bersama isi ikannya.#MenuRahmah


👩🍳Menu Rahmah Set 4 🏠
Sila ikuti cadangan Menu Rahmah saya bermula dari Set 1 sehingga set 4 untuk faham kenapa kita perlu mengambil initiatif untuk memasak dirumah.Antara Pilihan sayur untuk menu Rahmah dirumah (murah dan berkhasiat):1. Goreng Taugeh Kucai2. Goreng Kubis Sos Tiram3. Masak Lemak Taugeh4. Kailan Ikan Masin✅#MenuRahmah#MenuRahmahdiRumah#pejuang2KResipi1655/2K


1:12: 23 - Kacang panjang goreng bersama cendawan shiitake
Bila telefon buat hal maybe memory penuh. Nak ambik gambar direct tak boleh tapi boleh screenshot. So screenshot untuk ambik gambar kemudian crop semula untuk dapatkan gambar saiz yg sesuao. Bila screenshot keluar pulak garis2 . Nak screenshot sambil masak gigil2 pulak tangan. Sudahnya gambar semua untuk resepi ni blur dan tak menarik. Layan jugalah sebab nak hantar task ni. Ada masa nanti kita masak lain dan upload gambar yang senonoh sikit :)#GoldenApron23#Week21#KacangPanjangCendawanShiitake


Bergedil Tauhu (Suhun & Cendawan Tiram)
#GoldenApron23Suhun + Cendawan Tiram.Suka sangat makan bergedil tauhu kalau beli memang tak cukup. Nak lagi dan lagi, cicah pulak sambal kicap ngesit (berapi).Hari ni saya buat bergedil tauhu tetapi saya letak cendawan tiram, suhun, ubi kentang serta sedikit isi ayam. Sedap weiii (masuk bakul angkat sendiri 🤣) maksud nya puji diri sendiri lah tu 🤭. Tapi seriuos cakap memang sedap.


Cendawan campur goreng sos tiram #fayekusairi
Resepi ringkas cendawan goreng berserta brokoli, carrot dan cendawan fungus yang mudah disediakan. Penyediaan tak sampai 15 minit. Sesuai di makan bersama keluarga. Resepi ini sesuai untuk 4 orang makan.


Sup Cendawan Tiram
Saya amat menggemari makanan berasaskan cendawan tiram. Samada dibuat sup atau digoreng.Resepi ini saya pelajari dari kakak saya. Untuk menyedapkan sup ini kakak saya meletakkan daun kunyit bagi mengurangkan sedikit bau cendawan. Sup ini sedap dimakan begitu sahaja atau tambahkan sedikit nasi bagi yang ingin berdiet.#goldenapron2020#week23#cooksnap#cooksnaphunt


👩🍳Masak Lemak Keledek Cendawan Tiram 🍠
Saya jarang masak lemak letak cendawan kerana bagi saya cendawan lebih sedap dimasak sup atau stir fry. Rupa2nya tak sangka sedap juga dimasak lemak dengan syarat digabung dengan keledek. Sedap kuah ni bila makan bersama nasi, ikan goreng garing dan sambal belacan.Inspirasi resipi Alin @NOADZ17 🌹 dengan sedikit perubahan.Golden Apron 2023 Week 20Week 20 (20 hingga 26 November):1. Minuman Probiotik2. Habatussauda3. Cream Cheese + Carrot4. Keledek + Cendawan5. Kacang Hijau + Bijan#GoldenApron23#Pejuang2KResipi#Week20#Keledekcendawan1791/2K


Pais Cendawan Tiram #FayeKusairi
Satu lagi lauk feveret kami sekeluarga daripada cendawan tiram yg sesuai juga untuk diet vegetarian. Cara penyediaannya ringkas namun hasilnya sedap dan menyelerakan. Cendawan tiram yg sudah digaul dgn rencah dan dibungkus daun pisang kemudian dikukus. Aroma dan rasa yg sangat nikmat...Bertambah2 nasi 😄


1:12:24 - Lodeh kering
pucuk dan suhun yang telah direndh boleh juga ditoskan terlenih dahulu, kemudian digoreng sebentar. atau boleh juga dimsukkan terus, cuma kena check dulu kadar kelembutannya. jika kurang lembut boleh tambah sedikit air ke dalam kuali agar suhun dan tauhu menjadi lembut.Kicap dan sos tiram mengikut selera masing-masing. jika suka banyak tak perlu lagi tambah sesedap. Jika suka masakan berwarna agak gelap boleh dilebihkan kicap dan sos tiram dan tak perlu lagi ditambah garam dan sesedap rasa.


Nasi Goreng Ayam Cendawan
#phopxcookpad2020#cookpadmalaysiatask1#phopbylinimohd#cookpadmalaysiaNasi Goreng Cendawan.Kalau ada lebihan nasi yang tak habis dimakan tu, usah dibazirkan.Boleh dijadikan sarapan pula.Antaranya, boleh dijadikan nasi goreng.Buatlah yang mudah-mudah pun.Sedap👍Kali ini, saya teringin utk membuat nasi goreng cendawan.Cendawan antara stock selalu ada di rumah saya.Memang kami penggemar cendawan.Cendawan butang, cendawan tiram, shitake juga.Sedap nasi goreng cendawan ni.Boleh lah kawan-kawan mencubanya ye. Saya berikan resepi di sini🙂Nak sedap lagi, hidangkan la bersama cili jeruk kalau ada.Kalu nak cuba membuatnya sendiri, boleh cuba resepi saya disini ye🙂👌Anda mungkin suka resipi enak ini di Cookpad! https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12869897-cili-jeruk?invite_token=Xice2h8VVMw1qqL6ZQZ4farD&shared_at=1592711068

Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/17105399
Komen