Koleh lemak sambal ikan

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

Salah 1 menu lagend dipantai timur khususnya Terengganu ialah Koleh Lemok☺️
Hmmm..mmg yummy😋😋
Dibuat dari tepung beras & santan.
Jommm...tengok bahan² dia

Koleh lemak sambal ikan

Salah 1 menu lagend dipantai timur khususnya Terengganu ialah Koleh Lemok☺️
Hmmm..mmg yummy😋😋
Dibuat dari tepung beras & santan.
Jommm...tengok bahan² dia

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. bahan untuk koleh lemak
  2. 1 cawansantan pekat
  3. 4 cawanair
  4. 1 cawantepung beras
  5. 1 sdkgaram
  6. 1 sudu kecilair kapur
  7. bahan untuk kuah lemak
  8. 1 cawansantan pekat
  9. 3 cawanair
  10. 3 sudu besartepung beras
  11. 1 sudu kecilgaram
  12. Sedikitgula jika suka-(SAYA TAK LETAK)
  13. bahan untuk sambal ikan
  14. 8 ekorikan selayang/kembung
  15. 1 bijibawang merah (potong memanjang)
  16. 2 hirishalia (hiris nipis & potong memanjang)
  17. 1/2 sudu kecilhalba
  18. 1/2 cawansantan pekat
  19. Gula,garam & sedikit serbuk perasa-(optional)

Cara Memasak

  1. 1

    (Buat koleh dahulu ye)
    Cara²
    👉Masukkan kesemua bahan² kedalam pan/kuali
    👉Kacau supaya tepung beras bercampur rata dengan santan & air

  2. 2

    👉Kemudian hidupkan api sederhana besar
    👉Kacau sentiasa supaya tak berketul

  3. 3

    👉Bila adunan dah pekat & meletup² kecilkan api
    👉Kacau dengan sudip kayu/spatula

  4. 4

    👉Cara kacau tolak kedepan biar adunan tadi licin & nampak berkedut dibahagian tepi serta berkilat

  5. 5

    👉Bila dah berkedut & berkilat tanda dah masak ye.Tutup api

  6. 6

    Masukkan kedalam loyang @ bekas yang sesuai - SEJUKKAN

  7. 7

    JOM..BUAT KUAH LEMAK PULA

  8. 8

    CARA-CARA:

    Satukan semua bahan di atas. Masak atas api yang perlahan hingga kuahnya menjadi pekat. Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidang.

  9. 9

    Cara buat sambal ikan

  10. 10

    Rebus dengan sedikit garam sampai masak
    Kemudian sejukkan ambil isi sahaja

  11. 11

    Penyet²kan isi ikan dengan tangan supaya hancur

  12. 12

    Kemudian masukkan dlm pan/kuali
    Masukkan semua bahan² kacau dengan api sederhana besar.

  13. 13

    Kacau sampai sambal sedikit kering.

  14. 14

    Rasa boleh ejas ye..
    Sambal dia nak ade sedikit manis baru sedap☺️
    Siap..Selamat mencuba🤤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Komen (5)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Tengok drpd gmbr & bahan2 tu mcm sedap jer. 1st time dgr & tgk kuih ni, save dulu resipi. Tq 👍

Resipi Sepertinya