Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

292/2024 (1845/2K)
Global Apron Challenge 30: Cooksnap Sukahati
#GlobalApron2024

Cookpad Magic Pantry List:
20- siput sedut R-cili hijau R-halia

Alhamdulillah..kegemaran anak2 Uchu dan keluarga juga ni.. Kalau kat area Uchu ni banyak siput jenis ni lah yang dijual. Tapi kalau balik kampung, siput jenis tirus ni susah nak jumpa. Banyaknya siput sawah yang bulat-bulat, bercengkerang licin bewarna hitam dipanggil ‘Kecha’ .

Uchu beli siput sedut yang masih hidup dan belum diproses pada hari semalam. Niatnya memang nak masak hujung minggu macam ni. Dah pesan berkali-kali pada pembantu, jangan usik apa-apa lagi. Biarkan je siput tu dalam plastik, JANGAN masuk freezer. Nak masak esok.

Tiber harini, bila ditanya mana perginya siput, rupa2nya dia dah letak dalam freezer! Hadoi la..matilah siput tu..Uchu belum pernah masak siput yang dah mati! Mmg kalut jugak lah. Sampai menangis pembantu Uchu rasa bersalah..alahai..Uchu kata takpe je. Uchu dah tanya @salina_jalaludin , boleh ke proses siput dah mati? Sal kata, proses je macam biasa, masak macam biasa je lah..alhamdulillah..

Uchu cooksnap @ElAisyah sebab bahan-bahan yang digunakan sangat familar dengan cara masakan Uchu dalam masakan2 lain juga iaitu menggunakan daun kunyit dan daun kaduk..sangat sedap dan harum..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 kgsiput sedut
  2. 2 kotaksantan Kara (200 ml x 2 kotak)
  3. 3-4 batangserai (diketuk)
  4. 2 kepingasam gelugor
  5. 7 helaidaun kaduk (dihiris)
  6. 2 helaidaun kunyit (dihiris)
  7. Secukupnyagaram, gula, serbuk perasa
  8. Bahan kisar
  9. 2 incikunyit segar
  10. 2 bijibawang merah besar
  11. 1 incihalia
  12. 7 bijicili padi
  13. 2 bijicili hijau

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh bersih-bersih siput sedut. Ketuk dan buang hujung siput sedut untuk mudahkan menyedut keluar isinya ketika makan nanti. Basuh bersih-bersih.

    (Ramas dengan hampas kelapa/guna waterjet atau semburan laju)

  2. 2

    Kisar kunyit, halia, cili hijau, cili padi, bawang merah.

  3. 3

    Sangai bahan kisar bersama serai, asam gelugor dan daun kunyit.

    Perasakan awal dengan sedikit garam, gula dan serbuk perasa.

  4. 4

    Uchu masukkan juga daun kaduk untuk sedapkan lagi rasa masakan ni.

  5. 5

    Masukkan santan dan air. Masak kuah agak-agak naik wap.

  6. 6

    Masukkan siput sedut. Kacau rata. Masak sehingga mendidih, masak lah beberapa minit lagi selepas mendidih.

    Adjust semula rasa.

    Sedia dihidangkan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (5)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Sebbaek Uchu tak jerit "YOU'RE FIREEEEEDDDDD!!!" 😆

Resipi Sepertinya