Bakso

22 orang bercadang membuatnya
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Ini merupakan hidangan favourite keluarga saya.
Selain dibuat untuk makan sendiri, biasanya kalau ada majlis keraian pun, ia antara menu yang akan dihidangkan.
Pembuatannya pun tidak terlalu renyah.
Mudah sahaja.

Bahan-bahan magic pantry:
daging, cili, buah keras, kicap manis
#GlobalApron2024

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30 minit
4-5 orang
  1. Bahan sup:
  2. 1/2 kgdaging (saya campurkan isi dengan sedikit lelemak tetel)
  3. 2 sudu tehgaram
  4. 1 sudu tehserbuk perasa (saya gunakan serbuk perasa ekstrak daging sapi)
  5. 1.5-2 literair
  6. Bahan bumbu tumisan (kisar):
  7. 5 ulasbawang putih
  8. 5 bijibawang merah
  9. 1 bijibawang besar
  10. 1 sudu tehserbuk lada sulah
  11. 3-5 bijibuah keras
  12. 1/2 cawanminyak masak
  13. Bahan sambal (rebus & kisar):
  14. 1 genggamcili padi
  15. 3 ulasbawang putih
  16. 1/4 sudu tehgaram
  17. 1 sendukkuah dari sup yang disediakan
  18. Bahan sos:
  19. 1/2 cawansos cili
  20. 1/4 cawankicap manis ABC
  21. Bahan-bahan lain:
  22. 1/2 kgbebola daging
  23. 1/4 bijikobis - disagat halus
  24. 200 gramsuhun/mee siam/mee kuning/mee segera - rebus lembut
  25. 7-8 bijilimau kasturi

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
    Cuci bersih dan potong mengikut kesesuaian.

  2. 2

    Saya asingkan bahan mengikut bahagian-bahagiannya:

  3. 3

    Rebus daging bersama air secukupnya hingga daging empuk.
    Setelah daging empuk, sediakan bumbu untuk tumisan.
    Kisar hancur bahan bumbu, panaskan minyak, tumis hingga wangi. Masukkan daging bersama air rebusan, garam dan serbuk perasa.
    Setelah itu masukkan bebola daging dan biarkan sebentar ia masak dan kelihatan terapung.
    Matikan api.

  4. 4

    Bagi persediaan lainnya;
    -Untuk lada cilinya, rebus cili bersama bawang putih.
    Masukkan dalam pengisar bersama air sup daging yang ada, kisar hancur. Letakkan sedikit garam.
    *kisar cili jangan terlalu cair.

  5. 5

    Untuk sos pula, satukan sos cili dan kicap manis ABC, aduk rata.
    -Untuk mee siam/mee kuning/mee segera, celur lembut dan toskan.
    -Untuk ulaman, limau dibelah dua.
    Sayur kobis hiris/sagat halus, ketepikan.

  6. 6

    Sedia dihidangkan dengan mencampurkan setiap bahan yang telah disediakan dalam hidangan.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Resipi Sepertinya