Ikan Tombak masak kari daun kesum

2 orang bercadang membuatnya
ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

kami dipantai timur biasa kalau masak gulai guna rempah kampung..tapi belah² utara/selatan kalau masak gulai mesti guna rempah kari.
resepi gulai kari letak daun kesum ni CheTa dapat dari arwah Abang Ipar,first time makan dulu sedap rupanya & resepi tu CheTa guna sampai la hari ni dah 12 tahun kot☺️

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

30-45 minit
5-6 orang
  1. 1 ekorikan tombak/lain² ikan
  2. 5 sudu besarrempah kari Babas
  3. 2 sudu besarcili boh
  4. 2 sudu besarkerisik
  5. 6 ulasbawang merah*
  6. 2 ulasbawang putih*
  7. 3 hirislengkuas*
  8. 3 hirishalia*
  9. 4 tangkaidaun kesum
  10. 1 kotakkecik santan kara
  11. 1 sudu besarasam jawa
  12. gula,garam & sedikit ajinomoto
  13. secukupnyaair
  14. 1 cawanminyak untuk menumis

Cara Memasak

30-45 minit
  1. 1

    Sedikan bahan & blend bahan yg bertanda*

  2. 2

    Panaskan minyak & tumiskan bahan blend tadi

  3. 3

    Masukkan rempah kari. cili boh. dan kerisik

  4. 4

    Kacau & masukkan daun kesum kacau lagi

  5. 5

    Bila rempah dah masak & nampak ade minyak diatas rempah tu boleh masukkan santan & air secukupnya

  6. 6

    Tutup periuk & bila mendidih masukkan ikan

  7. 7

    Kepala niiiiii dap dap eemmmm😋😋😋😋. kompem berebut nanti😆

  8. 8

    Masukkan gula garam & sedikit ajinomoto & asam jawa biarkan mendidih lagi

  9. 9

    Tadaaa ahhh siap jom makan😬

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Carian Teratas bagi

Ditulis oleh

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan