Nasi Kuning Sambal Merah Ikan Tongkol. #Phopbylinimohd #batch17

Asyila Francis
Asyila Francis @cook_17538958

Keseronokan menyediakan setiap masakan membuatkan saya suka menyediakan masakan yang sedap untuk keluarga.

Nasi kuning adalah makanan yang terkenal di negeri bawah bayu Sabah.
Selalu dihidangkan dengan Sambal merah ikan ataupun Ayam.Tetapi saya lebih suka masak sambal ikan Tongkol ataupun tenggiri kerana rasanya lebih sedap.Dimakan pula dengan ulaman timun dan Telur rebus.Memang enak sekali.

#phopbylinimohd
#cookpadmalaysia
#goldenapron
#mingggupertama

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 hidangan
  1. Nasi kuning
  2. 6 cawanBeras
  3. 4 cawanSantan Pekat
  4. 3 cawanAir
  5. 1 tspGaram
  6. 2 helaiPandan
  7. 3biji Bawang merah
  8. 1inch Halia
  9. 1 tspSerbuk Kunyit
  10. Ikan Tongkol Sambal Merah
  11. 5 ekor Ikan Tongkol
  12. 1 tspSerbuk kunyit
  13. 5biji Bawang merah(Tumbuk)
  14. 3 ulasBawang putih(Tumbuk)
  15. 1biji Bawang besar(hiris)
  16. 200 gmCili kering (Tumbuk)
  17. 10 gmUdang kering(Tumbuk)
  18. 1inci Halia (Tumbuk)
  19. 1inch Belacan
  20. 2 batangSerai(Dititik)
  21. 1 tspAsam jawa
  22. 2 tspGaram
  23. 2 TbspGula
  24. 1 tspSerbuk cukup rasa Maggi
  25. Minyak masak Secukupnya
  26. Bahan sampingan
  27. Telur Rebus
  28. Timun

Cara Memasak

  1. 1

    Cara masak Nasi kuning,campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi seperti biasa didalam periuk nasi.

  2. 2

    Panaskan minyak masak di dalam kuali.Kemudian Lumurkan ikan tongkol dengan kunyit dan garam.Goreng ikan sehingga masak.

  3. 3

    Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili kisar, belacan,serai,halia dan udang kering yang ditumbuk.Tumis hingga sedikit garing dan pecah minyak.

  4. 4

    Masukkan air asam.Perasakan dengan gula,garam dan cukup rasa Maggi.

  5. 5

    Gaul ikan goreng dengan sambal merah tadi hingga ramuan meresap kedalam ikan.

  6. 6

    Hidangkan nasi kuning dan sambal merah ikan Tongkol bersama hirisan timun dan telur rebus.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Asyila Francis
Asyila Francis @cook_17538958
pada

Komen

Resipi Sepertinya