Pek Nga bersama Gulai Raja Berangkat

#semangatmerdeka
#fusionantaranegeri
#goldenapron
Pek Nga atau juga dikenali sebagai lempeng kelapa sememang menjadi makanan tradisi di Kedah. Biasanya ia dimakan bersama kari ikan kembung dan merupakan hidangan pembuka selera terutamanya bagi golongan pesawah suatu tika dahulu. Pek Nga mendapat nama dari singkatan ‘tempek atas belanga’. Hidangannya ringkas, tetapi cukup memuaskan hati.
Gulai Raja Berangkat atau dikenali juga sebagai gulai kawah amat tersohor di Kelantan. Biasanya gulai ini hanya dimakan ketika kenduri namun kini ianya boleh didapati setiap hari di kebanyakan kedai makan di Kelantan. Gulai ini asalnya dimasak dalam jumlah yang banyak dalam sebuah kawah, atau kuali besar dengan menggunakan kayu api. Selain itu, segala bahagian termasuk daging, lelemak, tulang dan organ dalaman dimasak sekali harung. Itu yang katanya menjadikan masakan ini bertambah lazat!
Kali ini saya cuba inovasikan Pek Nga dimakan bersama Gulai Raja Berangkat ini. Jom cuba!
Pek Nga bersama Gulai Raja Berangkat
#semangatmerdeka
#fusionantaranegeri
#goldenapron
Pek Nga atau juga dikenali sebagai lempeng kelapa sememang menjadi makanan tradisi di Kedah. Biasanya ia dimakan bersama kari ikan kembung dan merupakan hidangan pembuka selera terutamanya bagi golongan pesawah suatu tika dahulu. Pek Nga mendapat nama dari singkatan ‘tempek atas belanga’. Hidangannya ringkas, tetapi cukup memuaskan hati.
Gulai Raja Berangkat atau dikenali juga sebagai gulai kawah amat tersohor di Kelantan. Biasanya gulai ini hanya dimakan ketika kenduri namun kini ianya boleh didapati setiap hari di kebanyakan kedai makan di Kelantan. Gulai ini asalnya dimasak dalam jumlah yang banyak dalam sebuah kawah, atau kuali besar dengan menggunakan kayu api. Selain itu, segala bahagian termasuk daging, lelemak, tulang dan organ dalaman dimasak sekali harung. Itu yang katanya menjadikan masakan ini bertambah lazat!
Kali ini saya cuba inovasikan Pek Nga dimakan bersama Gulai Raja Berangkat ini. Jom cuba!
Cara Memasak
- 1
Bahan untuk Gulai Raja Berangkat
- 2
Bahan untuk Gulai Raja Berangkat
- 3
Rebus campuran daging dan limpa sehingga empuk
- 4
Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan penumis sehingga wangi.
- 5
Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana sehingga terbit minyak.
- 6
Kemudian masukkan rempah kari dan rempah kerutuk. Tuangkan juga bancuhan air asam jawa. Biarkan mendidih.
- 7
Setelah terbit minyak, masukkan daging yang telah direbus bersama sir rebusannya.
- 8
Didihkan lagi. Kemudian masukkan santan dan kerisik.
- 9
Biarkan mendidih dan perasakan dengan gula melaka, gula dan garam.
- 10
Biarkan mendidih seketika. Masukkan lada besar hijau untuk hiasan. Siap untuk dihidang.
- 11
Bahan untuk Pek Nga
- 12
Gaulkan semua bahan. Sukatan air bergantung kepada tepung, jangan terlalu keras dan jangan terlalu cair.
- 13
Panaskan kuali leper dan lenserlkan dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan membentuk lempeng atau pancake.
- 14
Terbalikkan. Pastikan lempeng masak. Gunakan api sederhana sahaja. Sedia untuk dimakan bersama gulai raja berangkat tadi. Selamat mencuba!
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Gulai Daging Buku Besar Gulai Daging Buku Besar
Gulai daging buku besar ni amat popular di Kelantan. Kalau di majlis kenduri gulai daging ni memang popular. Dagingnya dipotong besar-besar dan sesuai untuk makan hidang. Satu ketul daging yang besar tu cukup satu hidangan untuk 5 orang makan. Cempaka Putih -
Gulai Ikan Temenung Gulai Ikan Temenung
Kari dalam loghat utara di panggil gulai dan ikan kembung di panggil ikan temenung. Gulai Ikan Temenung biasanya di makan bersama nasi, pek nga (lempeng) , roti. Nana Isya -
Popia Pisang Raja Popia Pisang Raja
Pisang raja merupakan salah satu pisang yang sukar untuk didapatkan. Pisang raja tidak banyak dalam pasaran tempatan. Nama botani pisang raja ialah musa paradisiaca. Musa paradisiaca merupakan spesis pisang yang boleh dimakan selepas dimasak atau diproses. Selain pisang raja, antara kultivar dalam jenis ini ialah pisang awak, pisang nangka, pisang tanduk dan pisang nipah.Pisang raja boleh dimakan segar dan ia lebih sedap jika digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek.#GoldenApron23Week 11 Noor Atika Mahamood -
Gulai Kambing Umbut Nyor Gulai Kambing Umbut Nyor
#kambuRaya korban baru-baru ini adik ipar korban seekor kambing untuk anak lelakinya. Kebetulan abang ipar pula bawa umbut nyor (umbut kelapa) dari Perak. Jadi mak mertua kata, kita buat gulai kawah kambing umbut nyor. Gulai kawah memang terkenal di Kelantan. Kami gotong royong menggulai kambing pada raya kedua. Syima Yusof -
Daging Gulai Kicap #phopbylinimohd Daging Gulai Kicap #phopbylinimohd
Resepi mudah dan sedap ini saya dapat dari ibu mertua di kelantan. Ia sangat sesuai dijadikan hidangan untuk berbuka dan bersahur. Resepi ini juga sedap dimakan bersama sambal lada. Iylia Iryani Idris -
Gulai Kawah Daging & Umbut Kelapa Gulai Kawah Daging & Umbut Kelapa
203/2025 (2190/2500)Alhamdulillah..baru-baru ni masa nak ratakan tanah kat satu bahagian kat kebun, terpaksa tebang satu pokok kelapa. Jadi Uchu cadangkan pada suami untuk buat gulai kawah daging campur umbut kelapa untuk diagih-agih kepada pekerja dan keluarga terdekat. Uchu siap masak sebelum maghrib. Lepas maghrib kami suami isteri dan anak2 terpaksalah berpecah kereta untuk gi mengagih..Alhamdulillah..allah jadikan gulai ni sedap dan semua happy dapat merasa terutama umbut kelapa tu. Anak Uchu sendiri pun repeat makan tah berapa kali. Esoknya pun, ada baki sikit, buat cicah roti canai pulak..sedapnya. Sesimple Loralin -
Daging Gulai Kicap Daging Gulai Kicap
#31/521/23#GoldenApron23#Week1#Daging:Dah lama tak masak resipi aruah mak (k.ha panggil mek).Kebetulan ada daging korban masih berbaki dapatlah buat untuk hidangan hari ini.Sesuai dimakan dengan nasi putih maupun nasi berperisa.Daging Gulai Kicap ini biasanya dimasak ketika ada kenduri kahwin di kampung kami ,majlis perjumpaan keluarga dan juga hidangan untuk hari raya. ha.lim39 -
Gulai Kawah Daging Gulai Kawah Daging
First time masak gulai kawah biasa beli je..taktau macam mana rasa gulai kawah yang original sebab ada resepi yg guna rempah gulai kawah yg jual kat Kelantan tapi sya takde..ada resepi yg guna serbuk kari..takpelaa kite cuba je lain kali boleh order rempah tu..hehe..janji sedap😋 shazrina -
Gulai Temenung bersama kundur Gulai Temenung bersama kundur
#goldenapronGulai temenung ini amat popular di kawasan utara terutama di kalangan orang Kedah.Di utara panggilan gulai ini bersamaanlah dengan panggilan kari di sebelah selatan Semenanjung.Sangat enak dimakan dengan nasi putih. Tak kurang juga dengan roti canai atau roti jala.Selalunya gulai sebegini dipadankan dengan kacang bendi dan juga terung. Namun dalam resepi ini saya menukarkannya dengan buah kundur bagi mendapatkan satu kelainan.Jom kita lihat cara menyediakan sajian ini. Hamidah binti Mokhtar -
Gulai tulang dan daging Terengganu Gulai tulang dan daging Terengganu
Saya seorang yg tak pandai memasak gulai. Buat pertama kalinya gulai yang saya buat ini menjadi dan saya ingin simpankan di sini sebagai kenangan 😋 Mirza Umairah -
Gulai Ikan Aya Nasi Dagang (Terengganu) Gulai Ikan Aya Nasi Dagang (Terengganu)
Gulai padanan nasi dagang. Selain gulai aya, juga sedap dipandankan dengan gulai ayam. Kalau kat kampung, bila ikan atau ayam dalam gulai dah habis, masuk aje telur rebus dalam baki kuah gulai. Sebab anak2 buah yang kecik2 lebih memilih ayam dan telur berbanding ikan.Gulai nasi dagang Atas Tol,Tganu tak bubuh santan rasanya lah..TM6 Thermomix 6 Sesimple Loralin -
Labu Sira kelantan Labu Sira kelantan
Sira labu dihidang sebagai pemanis mulut dalam hidangan kenduri di Kelantan. Selain labu juga dipelbagaikan dengan keledek. Cukup menyelerakan apa lagi bersama gulai kawah dan acar timun serta sambal belacan.Berbuka ala kelantan Ani Delighted
Lebih Banyak Resipi
Komen