Ayam Masak Kurma SiSulong

Kelmarin Sup Ayam Berempah Rice Cooker.. Hari ni Ayam Kurma Rice Cooker. Tapi harini anak dara Sulong sendiri yang masakkan. Mak dara tengok dari tepi. Sebab kecoh sangat maknya kata senang lah nak masak lepas ni segala menu yang berkuah. Jadi anak dara nak la cuba senang ke tidak.
Kan dah kata senang, tak caya.... Setelah ditumis bahan yang berkenaan,masuk ayam,masuk lobak,kentang,air. Tekan cook. Tutup dah biarkan situ. Pergi main dulu. Agak-agak dah mengelegak masukkan santan,perasakan. Tutup periuk,biarkan mengelegak lagi sekali. Siap.....
Sudahnya esok punya menu pon Sulong nak masakkan lagi heheheee..
Ayam Masak Kurma SiSulong
Kelmarin Sup Ayam Berempah Rice Cooker.. Hari ni Ayam Kurma Rice Cooker. Tapi harini anak dara Sulong sendiri yang masakkan. Mak dara tengok dari tepi. Sebab kecoh sangat maknya kata senang lah nak masak lepas ni segala menu yang berkuah. Jadi anak dara nak la cuba senang ke tidak.
Kan dah kata senang, tak caya.... Setelah ditumis bahan yang berkenaan,masuk ayam,masuk lobak,kentang,air. Tekan cook. Tutup dah biarkan situ. Pergi main dulu. Agak-agak dah mengelegak masukkan santan,perasakan. Tutup periuk,biarkan mengelegak lagi sekali. Siap.....
Sudahnya esok punya menu pon Sulong nak masakkan lagi heheheee..
Cara Memasak
- 1
Kisar bawang besar+bawang putih+halia dan tumiskan didalam rice cooker bersama kayu manis,bunga lawang,biji ketumbar,jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau... [boleh guna button Cook atau Warm..saya guna button Warm]...
- 2
Kemudian masukkan pes rempah kurma dan sedikit air, kacau rata... Tutup periuk dan biarkan sebentar sehingga naik minyak dalam beberapa minit.. [tekan button Cook dari langkah ini sehingga masak]...
- 3
Masukkan ayam, kentang, lobak merah dan air.. Kacau sebati... Tutup dan biarkan sehingga mengelegak.
- 4
Setelah mengelegak, bolehlah dimasukkan santan, garam, gula, serbuk perasa. Kacau sebati dan tutup periuk... Biarkan santan masak dalam 4-5minit [nak lamakan lagi pun boleh].. Bila dah puas hati,bolehlah dimatikan eletrik. Siap untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sup Ayam Berempah Rice Cooker Sup Ayam Berempah Rice Cooker
#periuknasi#goldenapronKisahnya pagi tadi, SiSulong dah request menu Sup Ayam untuk makan malam sebelum pergi sekolah. Rutin masak menu makan malam maknya adalah selepas asar. Tetiba elok masuk waktu asar, Apaknya bagitahu tak dapat ambik Sulong balik sekolah sebab lambat sampai, jalan jem. Kelam kabut la kita, mana nak masak lagi.. Nak ambik Sulong lagi. Tak boleh lewat masak,nanti anak-anak tak sempat makan malam sebelum ke kelas mengaji.Tetiba terpandang #ricecooker. Apa lagi, terus sediakan bahan-bahan untuk sup, panaskan rice cooker, tumiskan bahan-bahan,masuk rempah,masuk air,masuk ayam,kentang,lobak merah.. Tutup penutup rice cooker.. Tekan Cook, tinggal pergi ambik Sulong dengan hati yang senang sebab masak dengan kelam kabut tapi tak rasa penat nak cuci nak kemas.Dalam 25-30minit, sampai rumah. Sup tadi dah siap masak. Tinggal nak diperasakan sahaja. Serius,sangat mudah memasak dengan rice cooker,dapur pun tak berkecah. Texture daging ayam pun cantik dan lembut.. Kentang dan lobak merah juga tak rosak/berubah bentuk [terlalu lembut].... Teruja pulak menu esok hari pon nak masak dengan cara ni lagi. Norida Alias -
Nasi Briani Ayam Rice Cooker Nasi Briani Ayam Rice Cooker
#periuknasi#goldenapronBila isteri bagaitahu #cookpad ada contest memasak dengan Rice Cooker. Terus terbayang menu Nasi Briani, Nasi Ayam, Nasi Bukhari, Nasi Tomato, Bubur Nasi, Sup Ayam/Daging, Kari, Kurma dan macam-macam menu lagi yang pernah dimasak menggunakan Rice Cooker.Akhirnya menu pilihan ialah Nasi Briani Ayam. Imbas kenangan,zaman mula-mula kahwin dulu. Dapur gas belum ada, nasibla isteri masa bujangnya memang suka memasak. Jadi periuk nasi adalah barang utama yang masuk rumah baru bersama tuan-tuannya. Ketika inilah saya menunjukkan bakat memasak, walaupun dengan hanya menggunakan Rice Cooker. Sampailah sekarang, antara menu-menu diatas yang dianggap special dalam keluarga, isteri lebih suka saya yang masakkan. Anak-anak pun begitu.Ini adalah resepi ringkas Nasi Briani Ayam Rice Cooker cara saya. Bahan-bahan mana yang ada sahaja tak payah pening-pening.. In sya Allah rasanya tetap sedap dan laku keras...Sekian. Wan Gilo -
Rendang Daging Batang Pinang Rendang Daging Batang Pinang
#selangor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySi adik dah pesan sebelum pergi sekolah.“Mummy, nanti i nak rendang dengan pulut kuning”Si kakak pun mencelah, “i pun nak !!!”Gara- gara si adik bawa pulang rendang ayam dan pulut kuning sempena harijadi kawan di sekolah. Agaknya tak puas makan sebab tu minta sajian yang sama. Cuma kali ni saya tukar kepada daging batang pinang yang dibeli suami di pasar kelmarin. Saya sangat tersentuh dengan si adik, katanya dia menyimpan pulut kuning dan rendang yang diberi temannya untuk dibawa pulang. Hanya kerana ingin makan bersama saya. Yang paling membuatkan saya rasa terharu, katanya lagi semua teman-temannya makan beramai-ramai. Sedangkan dia hanya melihat temannya menikmati sajian kegemaran dia. Disimpan rapi makanan itu supaya tidak terjatuh. Sampai di rumah, saya hidangkan dan makan bersama. Saya hanya makan sesudu sebab takut Dia tak puas makan. Apatah lagi di kongsi bersama si kakak.Bersungguh saya masak hari ni supaya anak-anak puas makan rendang dan pulut kuning. Semoga hidangan yang saya masak hari ini penuh dengan kasih sayang. Alhamdullillah anak-anak kata “sedapnya rendang daging ni”Puas hati seorang ibu bila melihat anak-anak gembira menikmati air tangannya. Saya percaya semua ibu di luar sana berasa sama seperti saya.Jangan sedih ya bila baca kisah ni. 😊 Gyna Elenna -
Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam Masak Lemak Cili Api
Ayam masak lemak cili api style alin agak simple..tapi ini jugalah menu kegemaran anak² alin dan anak² buah.. FZ Adzlin -
Resepi Ayam Pandan Kuning (Tuturuga) Resepi Ayam Pandan Kuning (Tuturuga)
Ayam tuturuga adalah masakan ayam khas Manado yang dimasak dengan daun pandan dan daun kemangi. Tetapi saya agak susah mendapatkan daun kemangi di KL. Jadi saya biarkan saja. Resepi ini boleh dimasak kering atau berkuah. Saya sajikan versi kuah agar boleh dicecah dengan roti canai.#goldenapron2020 Meithya Rose -
Kari Ikan Kari Ikan
#goldenapron#saturesipisatupohonKari ikan adalah air tangan arwah mak yang paling sedap. Bukan sedap pada tekak anak-anak sahaja,para menantu pon turut akauinya. Sampai ada menantu yang luahkan "lepas ni mesti selalu rindukan Kari Ikan yang arwah mak masak,takkan sama dengan orang lain masak"" Hari ni,disebabkan rasa rindu yang teramat sangat kepada arwah. Saya masakkan menu kegemarannya dan seluruh keluarga saya,walaupun jauh benar tandingannya saya cuba. Norida Alias -
Sup Ayam Sup Ayam
#selangor#goldenticket#coopadmy1stbdaySaya jarang masak sup ayam sebab anak sulong saya tidak beberapa gemarkannya. Sebagai ibu, nak masak mesti ikut tekak anak. Tapi anak kedua dan yang kecil sangat suka sup ayam. Apatah lagi jika di tambah kentang dan lobak merah. Memang dihirup habis kuah sup tu. Kalau rajin, saya celurkan mee atau bihun. Jika tidak, mereka akan makan bersama nasi di dalam sebiji mangkuk besar. Pasti sup tu akan tenggelamkan nasi. Di tambah pula sambal kicap memang makan sehingga basah kepala dan berpeluh satu badan. Sejak kawin, suami juga ikut perangai Saya yang suka makan sup bersama nasi di dalam mangkuk yang penuh berisi sup. Saya gelarkan “banjir”.Cuma anak sulong saya tidak pandai makan sup bersama nasi. Selalunya dia akan makan sup sahaja tanpa nasi mahupun sebarang mee.Kalau masak sup di campur sayur-sayuran, saya dah tak perlu masak menu lain sebab semua sudah mencukupi. Jika badan terasa tidak sihat atau demam, sup ayam memang sesuai untuk disajikan.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna -
Nasi Briyani Ayam Nasi Briyani Ayam
Resipi ini resipi shortcut from my mum in law menggunakan rice cooker. Audrey J -
Gulai Ayam Terengganu Gulai Ayam Terengganu
Kali ni buat gulai ayam terengganu.. Lawan dengan nasi hujan panas..Rempah yang digunakan tentunya rempah gulai dan rempah masak cap bunga rose..Rempah ² ni tidak asing lagi bagi warga pantai timur terutama Terengganu..Rempah yang sama jugak di gunakan bagi menghasilkan gulai ikan tongkol untuk nasi dagang.. FZ Adzlin -
Ayam masak kurma Ayam masak kurma
#9ramadan. 🤤Perrghh dah lama tak makan ayam🐔 kurma nak-nak pula masa bulan ramadan ini tambah lak kicap sikit sedappnyee 😋😋. Resepi ayam masak kurma saya sedap tau 😜🙈🙈.#bazaarramadan#goldenapron2020 Maizatul Fadzilah -
Ayam Masak Kurma Ayam Masak Kurma
#goldenapron#minggu22Dah lama teringin nak buat ayam masak kurma. Bila buat masakan kurma, mak selalu masukkan kobis sekali. Tak pasti la resepi negeri mana. Mungkin sebab abah suka rasa kobis dalam masakan kurma. Memang sedap. Tambah lagi bila dimakan bersama air asam. Jadi, kita pun terikut-ikut masukkan kobis dalam masakan kurma ni. arihasliza ariffin -
Lebih Banyak Resipi
Komen