Telur Rebus, Petai dan Terung Masak Kuning

Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
Kuala Lumpur

#bonustelurrebus
#goldenapron
( Minggu 22 )
#saturesipisatupohon

Telur rebus sememangnya senang diolah menjadi pelbagai jenis lauk atau sebagai bahan tambahan. Kali ini saya kongsikan resepi turun temurun telur rebus masak kuning. Resepi asal hanya menggunakan telur rebus dan terung ungu, saya tambahkan petai kegemaran encik suami 😊

Telur Rebus, Petai dan Terung Masak Kuning

6 orang bercadang membuatnya

#bonustelurrebus
#goldenapron
( Minggu 22 )
#saturesipisatupohon

Telur rebus sememangnya senang diolah menjadi pelbagai jenis lauk atau sebagai bahan tambahan. Kali ini saya kongsikan resepi turun temurun telur rebus masak kuning. Resepi asal hanya menggunakan telur rebus dan terung ungu, saya tambahkan petai kegemaran encik suami 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4bj telur rebus
  2. 1bj terung ungu dipotong2
  3. 1papan petai dibuang kulit
  4. 2bj cili merah dibelah dua tidak putus
  5. 1/2 sudu tehgaram
  6. 1 sudu tehserbuk pati ayam
  7. 1 cawanair
  8. 1/2 cawansantan
  9. 2 helaidaun salam (optional)
  10. 🥘 Bahan2 kisar :
  11. 5 ulasbawang merah
  12. 2 ulasbawang putih
  13. 10bj cili padi
  14. 1inci kunyit
  15. 1btng serai bahagian putih sahaja
  16. 1 sudu makanikan bilis

Cara Memasak

  1. 1

    Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Tambahkan air dan daun salam. Biar mendidih.

  2. 2

    Masukkan cili merah, santan dan telur rebus. Didihkan sambil dikacau sekali sekala.

  3. 3

    Masukkan terung dan petai, kacau rata. Masak hingga terung sedikit lembut.

  4. 4

    Tambahkan garam dan serbuk pati ayam. Kacau sebati seketika. Tutup api.

  5. 5

    Siap dihidang ❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Eka Zahra
Eka Zahra @mamaeka1208
pada
Kuala Lumpur

Komen

Resipi Sepertinya