Asam Pedas Ikan Kembung

Ika Farhanifa
Ika Farhanifa @ika_umiyayi
Pulau Pinang

Bila dah jadi lauk kegemaran nii tak kurang akal nak sediakan , walau kekurangan bahan.
Apatah lagi ni lauk kegemaran bakal suami , yang jadi anak kesayangan bakal mentua .
Takpee .. Kita guna kan ajian keberuntungan jee yee Lailer .. biar tak cukup bahan, di jamin sedap juga

#jekferlailer4eva
#goldenapron2020
#mingguke17

Asam Pedas Ikan Kembung

Bila dah jadi lauk kegemaran nii tak kurang akal nak sediakan , walau kekurangan bahan.
Apatah lagi ni lauk kegemaran bakal suami , yang jadi anak kesayangan bakal mentua .
Takpee .. Kita guna kan ajian keberuntungan jee yee Lailer .. biar tak cukup bahan, di jamin sedap juga

#jekferlailer4eva
#goldenapron2020
#mingguke17

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2ekor ikan kembung
  2. 8buah bendi
  3. 1buah tomato
  4. 3tangkai daun kesum ambil daun sahaja
  5. 1 batangserai
  6. Bumbu kisar :
  7. 10tangkai cili padi
  8. 5 ulasbawang merah
  9. 3siung bawang putih
  10. 1ibu jari halia
  11. 1ibu jari kunyit
  12. 1inc belacan
  13. Bahan bumbu tambahan :
  14. 1sdm serbuk cili
  15. 1sdm pes asam Jawa
  16. 2sdt garam
  17. 2sdt gula
  18. Secubit ajino
  19. 400 mlair
  20. 1senduk minyak

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci bersih sisik dan perut ikan. Untuk kurangkan bau hanyir ikan, lumuri dengan air asam atau pun cuka masakan. Biarkan dalam 5 minit. Kemudian bilas sampai bersih.

  2. 2

    Sediakan semua bahan. Kisar cili padi, bawang, kunyit dan halia. Cili tu sesuaikan dengan selera masing masing yee.. ni lah yang akak katakan kekurangan bahan. Sebab asam pedas ni gunakan cili kering. Tapi akak kehabisan cili tuu..

  3. 3

    Panaskan minyak, tumis bumbu sampai pecah minyak.

  4. 4

    Bila dah nampak pecah minyak, tambahkan serbuk cili. Gaul kan sampai rata dan bumbu betul betul masak.

  5. 5

    Tambahkan air, aduk aduk sampai tercampur semua. Tunggu mendidih.

  6. 6

    Masukkan bendi, tomato dan daun kesum. Setengah orang ni kaan Lailer.. depa buh tomato ngan daun kesum ni bahagian akhir, tapi akak suka buh depan. Jus tomato tu bila rebus lama nanti boleh keluar. Anak ngan somi akak tak mau makan tomato, sbb tu akak masak buh dulu. Biar kan bendi agak layu, Kecilkan api.

  7. 7

    Masih kecilkan api yee Lailer... Setelah bendi layu, masukkan ikan, tambahkan garam, gula, ajino dan air asam Jawa. Mandikan ikan tu dengan kuah dulu, kemudian tutup dan reneh dalam 5 menit. Masih Api kecil yee Lailer...

  8. 8

    Setelah 5 minit, buka la penutup tuu Lailer, kacau kacau pelan jee.. biar ikan tak hancur, perasakan... camana.. sedapkaan... tu laaa apa akak cakap.. takde cili kering pun masih sedaap kaan...

  9. 9

    Siap dah.. Boleh pi hantar kat bakal mak mentua ko tu Lailer.. kang ni tem Jekfer nak makan malam.. jangan pula ko buka cite yang asam pedah ni masak guna serbuk cili tau lailer.. kang bakal mak mentua ko tu tak mau tumpang rasa pula 🤣🤣🤣

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ika Farhanifa
Ika Farhanifa @ika_umiyayi
pada
Pulau Pinang
TQ Cookpad & Cookpaders 😊🙏Dengan adanya Cookpad , sangat membantu saya menyediakan menu untuk keluarga.Bersyukur karena Cookpaders tak kedekut ilmu dalam membagi resipi.Sebahagian resipi yang menjadi saya tulis kat sini , yang tak menjadi biarlah jadi rahsia saya 🤭😀😀😊🙏( Ika Purwaningsih )
Baca lagi

Komen (2)

Ika Farhanifa
Ika Farhanifa @ika_umiyayi
Ada lagi sekoq , akak perangat hangit pulak dik 🤣🤣🤣

Resipi Sepertinya