Nasi Tomato, Ayam dan Terung Masak Merah & Acar Kobis

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Nasi tomato simple dan pantas. Menggunakan sup tomato Campbells dalam tin untuk rasa yang lagi sedap dan padu. Tak perlu nak kisar tomato sebenar. Gerenti sedap.

Digandingkan dengan Ayam & Terung Masak Merah ala ala kenduri kahwin dan Acar Kobis. Selamat mencuba.

Nasi Tomato, Ayam dan Terung Masak Merah & Acar Kobis

Nasi tomato simple dan pantas. Menggunakan sup tomato Campbells dalam tin untuk rasa yang lagi sedap dan padu. Tak perlu nak kisar tomato sebenar. Gerenti sedap.

Digandingkan dengan Ayam & Terung Masak Merah ala ala kenduri kahwin dan Acar Kobis. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
8 orang
  1. Bahan Nasi Tomato
  2. 4 cawanberas
  3. 3 1/2 cawanair
  4. 3sudu besar marjerin
  5. 2sudu besar minyak masak
  6. 3sekawan (bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  7. 2biji bawang besar
  8. 3 ulasbawang putih
  9. 2inci halia
  10. 1 tinsup tomato Campbells
  11. 1/3 tinsusu cair
  12. 1kiub ayam
  13. 1/2sudu besar garam
  14. 2 helaidaun pandan (simpul)
  15. Bahan Ayam & Terung Masak Merah
  16. 1ekor ayam (potong kecil)
  17. 5biji terung telunjuk
  18. 1/2+ 1 sudu besar garam
  19. 1sudu besar serbuk kunyit
  20. 3 cawanminyak masak
  21. 3biji bawang besar
  22. 5 ulasbawang putih
  23. 7-9tangkai lada kering
  24. 2 cawanair
  25. 2sudu besar gula
  26. 4sudu besar sos cili
  27. 4sudu besar sos tomato
  28. Bahan Acar Kobis
  29. 1/2biji kobis
  30. 1 batangcarrot
  31. 1biji bawang besar
  32. 3biji cili api
  33. 1/2sudu besar garam
  34. 1sudu besar gula
  35. 2sudu besar cuka

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Mula-mula masak nasi tomato. Panaskan marjerin dan minyak. Tumis 3 sekawan dan sebiji bawang hiris. Kisar sebiji lagi bawang besar, bawang putih, halia dan 1/2 cawan air hingga lumat. Kacau sehingga garing.

  2. 2

    Masukkan bahan kisar dan kacau sampai garing dan pecah minyak. Basuh beras hingga bersih, toskan sampai kering. Masukkan dalam rice cooker dengan 3 cawan air, sup tomato tin.

  3. 3

    Masukkan juga susu cair. Perasakan garam dan kiub ayam. Kacau sebati.

  4. 4

    Tambah bahan tumis yang dah garing dan daun pandan. Kacau rata, masak dalam rice cooker. Selepas 5 minit, kacau sedikit. Biar hingga nasi betul-betul masak.

  5. 5

    Untuk Ayam & Terung Masak Merah, gaul ayam dengan 1/2 sudu besar garam dan serbuk kunyit hingga rata. Perap sekejap, panaskan minyak. Goreng ayam hingga separuh garing. Angkat & toskan minyak. Selepas goreng ayam, gaul terung yang dibelah 2 dengan baki perapan ayam tadi. Goreng terung, bila dah hampir garing, angkat dan toskan minyak.

  6. 6

    Buang separuh minyak goreng ayam, panaskan bakinya. Kisar 2 biji bawang besar, bawang putih, lada kering dan secawan air hingga betul-betul lumat. Tumis bahan kisar hingga garing. Tambah secawan air, 1 sudu garam, gula, sos cili dan sos tomato. Kacau sampai garing sekali lagi. Tambah ayam, terung goreng & sebiji bawang hiris bulat.

  7. 7

    Kacau hingga sebati. Bila dah masak sekata, tutup api.

  8. 8

    Untuk Acar Kobis, hiris halus kobis, carrot, bawang dan cili api. Gabungkan semua bahan, kacau hingga sebati. Hidangkan nasi tomato, ayam & terung masak merah dan acar kobis. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya