Rendang Daging Cili Padi

#MerdekaPassport
Antara masakan tradisi Negeri Sembilan yang terkenal ialah Rendang Daging Cili Padi.Ianya berbeza mengikut Luak Daerah.
Untuk Daerah Luak Rembau rendang dimasak menggunakan bawang,warna rendangnya lebih gelap.Manakala di daerah lain tidak menggunakan bawang.Warna rendangnya berwarna kuning kemerahan seperti yang k.ha masak ini.
Sedap dimakan bersama dengan Nasi Impit ataupun Lemang.K.ha hidangkan bersama Ketupat Palas Lemak Kelantan.
K.ha kurangkan sedikit jumlah Cili Padi di dalamnya sebab di rumah ini ada yang tidak boleh makan makanan terlalu pedas.
Rendang Daging Cili Padi
#MerdekaPassport
Antara masakan tradisi Negeri Sembilan yang terkenal ialah Rendang Daging Cili Padi.Ianya berbeza mengikut Luak Daerah.
Untuk Daerah Luak Rembau rendang dimasak menggunakan bawang,warna rendangnya lebih gelap.Manakala di daerah lain tidak menggunakan bawang.Warna rendangnya berwarna kuning kemerahan seperti yang k.ha masak ini.
Sedap dimakan bersama dengan Nasi Impit ataupun Lemang.K.ha hidangkan bersama Ketupat Palas Lemak Kelantan.
K.ha kurangkan sedikit jumlah Cili Padi di dalamnya sebab di rumah ini ada yang tidak boleh makan makanan terlalu pedas.
Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya.
- 2
Masukkan bahan A dan B ke dalam kuali.
Masukkan 1 camca kecil Garam Gunung Saji.
Masukkan Serai yang diketuk.
Biarkan mereneh (dengan api sederhana),sehingga daging separuh empuk. - 3
Masukkan Santan Segera,1 cawan air (jika perlu),daun limau purut dan asam gelugur @ asam keping.
Biarkan mereneh(api kecil),sesekali kacau supaya santan tidak berketul. - 4
Bila sudah 3/4 kering,masukkan kerisik,Gula Merah dan Garam Gunung Saji.
Masukkan 1 helai Daun Kunyit yang telah dihiris. - 5
Kacau hingga kering.Seimbangkan rasa,siap.
Sebelum dihidangkan hiasi dengan hirisan Daun Kunyit di atasnya.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Rendang Ayam Basah Rendang Ayam Basah
Tengah mengemas peti sejuk,anak dara keluarkan sebungkus Ketupat Palas Lemak Frozen.Entah bila lagi tersimpan tak tahulah.Masih elok dan boleh dimakan.Pagi tadi bersilatlah sekejap di dapur siapkan Rendang Ayam Basah.Ku gagahkan juga walaupun 2-3 hari ni tubuh rasa tidak berapa sihat.Alhamdulillah selamat dimakan bersama Ketupat Lemak,cicah roti bulat mini sekali. Rasa macam Hari Raya je,tiberr.... ha.lim39 -
Rendang Ayam Cili Padi Rendang Ayam Cili Padi
Rendang terdapat pelbagai versi cara masakannya. Kali ni saya hidangkan rendang ayam cili padi. Boleh di masak berkuah ataupun di masak kering sedikit. Sesuai di makan bersama ketupat#RayaPertama#CookpadMalaysia#Panduanresepi anieschoc -
Gulai Daging Kelantan Gulai Daging Kelantan
Masak Apa Untuk POTLUCK?.:Kalau ada jamuan Potluck atau majlis pertemuan keluarga hidangan Gulai / Kari Daging dicicah dengan roti memang tidak asing lagi di Kelantan.Resepi popular kegemaran ramai.Rasanya tidak terlalu pedas jadi kanak-kanak pun boleh menikmatinya.Biasanya dicicah dengan roti manis bulat,roti bantal @ roti sandwich putih.Gulai Daging ini sepatutnya ada diletak Ubi Kentang tapi k.ha tak letak sebab tiada dalam stok. ha.lim39 -
Daging Goreng Kunyit Halia Muda Daging Goreng Kunyit Halia Muda
#phopxcookpad2020#goldenapron2020#cookpadmalaysiaSemakin ke penghujung Ramadhan makin hilang selera makan waktu sahur.Semalam suami siap meminta k.ha hanya sediakan Daging Goreng Kunyit Halia Muda untuk sahur nanti.Anak pula tidak cerewet hanya mengikut selera abahnya.Senang kerja 'mak',cuma tambah ulam timun dan sambal cili padi yang sentiasa ada dalam stok.Laju je makan dengan nasi panas,berselera semuanya walaupun menu kering tanpa kuah,alhamdulillah.... ha.lim39 -
Rendang Ayam Warisan Bonda Rendang Ayam Warisan Bonda
#unique2u#goldenapron2020Resepi warisan dari aruah mak,rendang ini unik sebab menggunakan bahagian dada ayam bertulang dan ada dimasukkan sedikit campuran rempah di dalamnya.Biasakan bila bahagian dada kurang digemari berbanding bahagian ayam yang lain bila dimasak.Untuk elakkan pembaziran mak selalu masakkan rendang ini untuk kami sekeluarga terutamanya ketika menyambut Hari Raya.Rendang basah @ berkuah yang sedap dimakan bersama ketupat mini,roti atau nasi. ha.lim39 -
Rendang Daging Pedas Rendang Daging Pedas
#80/710/2025#710/2025#CookpadApron2025#CA2025#46#Week12:Hidangan Raya wajib ada,boleh dihidangkan bersama nasi impit,roti jala,lemang,ketupat lemak dan juga nasi.Alhamdulillah.:Magic Cart:6) Daging Lembu *7) Santan * - Kerisik - Lengkuas - Serai ha.lim39 -
Sambal Cili Kelantan Sambal Cili Kelantan
K.ha memang suka pedas jadi setiap kali makan nasi Sambal Cili mesti sentiasa ada dihidangkan bersama.Dah kita orang Kelantan sudah pasti Sambal Cili Kelantan juga yang digemari.Untuk menjimatkan masa,K.ha suka buat stok sambal dalam jumlah yang banyak,simpan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.Lagi lama disimpan lagi sedap.Sambal Cili Kelantan tidak diletakkan belacan dan tanpa penggunaan air di dalamnya.Ada dua versi Sambal Cili Kelantan:Versi 1 sambalnya ditambah dengan kulit dan perahan air limau kasturi.Sambal yang wajib ada di majlis kenduri di Kelantan.:Versi 2 tanpa kulit dan air limau kasturi.K.ha kongsikan versi 2,selain dihidang bersama nasi,sambal versi 2 boleh juga digunakan sebagai bahan tumis untuk pelbagai masakan seperti mee goreng,bihun goreng,ikan masak sambal dan lain-lain yang bersesuaian. ha.lim39 -
Rendang ayam kuning Rendang ayam kuning
Rendang ayam kuning ni paling mudah nak buat. Tak perlu kerisik dan bahan² lain yang selalu digunakan untuk membuat rendang yang biasa kita makan.Rendang ayam ini berwarna kuning dari pada kunyit dan sedikit pedas dari cili padi. Sesuai dimakan bersama nasi , ketupat dan nasi impit.#GoldenApron23#week1Kunyit Ziana Chesaad -
Sambal Taucu Kelate Sambal Taucu Kelate
#unique2u#goldenapron2020Hari Raya ke 3 k.ha masak Sambal Taucu Kelate (Kelantan).Uniknya Sambal Taucu Kelate ini sebab hanya ada di Kelantan dan menggunakan santan di dalamnya tidak seperti sambal taucu di negeri lain..Bahan utama hati,mempedal ayam dan udang segar bersama campuran taucu dan lain-lain bahan lagi. Kebiasaannya ia dihidangkan di hari keraian seperti Hari Raya,pada majlis perkahwinan dan perjumpaan keluarga.Sambal Taucu Kelate rasanya pedas,resepi di sini versi kurang pedas supaya semua orang boleh menikmatinya.Suka pedas,tambah sahaja hirisan lada hijau di dalamnya.Sedap dimakan dengan nasi panas,siap bertambah nasi lagi!. ha.lim39 -
Rendang Ayam Cili Padi Rendang Ayam Cili Padi
Cuba buat rendang ayam cili padi untuk dicicah dengan ketupat palas Noxxa. Norashikin Rahmat -
Daging Goreng Kicap Kelantan Daging Goreng Kicap Kelantan
Inspirasi resepi dari Cookpadie @hazwanyusoff .Derhaka sikit,ada tambahan pada bahan-bahan dan olahannya..Anggaran jumlah bahan k.ha buat sendiri sebab tiada sukatan bahan pada resepinya.Terima kasih dik di atas inspirasi resepinya.Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas. ha.lim39 -
Ketupat Dakap Kelantan / Tupat Dakap Kelate Ketupat Dakap Kelantan / Tupat Dakap Kelate
Waktu aruah tok dan mak masih ada,setiap kali Hari Raya dapatlah merasa Ketupat Dakap Kelantan ini.Sehari sebelum raya sibuklah di dapur menolong mereka menyediakanya.Tugas K ha biasanya hanya mengikat ketupat kemas-kemas dengan tali dari pelepah pisang ketika itu.Yang lain semua tok dan mak yang buat.Selepas kedua-duanya tiada tak pernah lagi merasa Ketupat Dakap Kelantan berinti Kacang ini.Yang biasa ditemui hanyalah Ketupat Dakap Pisang (yang ini setiap hari ada sahaja orang jual di Pasar Tani @ di gerai kuih).Ketupat Dakap yang aruah tok dan mak buat sedang-sedang sahaja manisnya,lemak,padat dan alhamdulillah sedap pada k.ha.Rasa bersyukur sangat bila ada cabaran Ketupat Dakap di Cookpad,dapatlah keberanian untuk cuba masak sendiri.Alhamdulillah berjaya akhirnya walaupun mungkin tidak sama dengan airtangan kedua-duanya.K.ha ikut semua cara mereka menyediakan ketupat cuma derhaka pada tali pengikatnya.Kat rumah tak ada pokok pisang,daun pun dibeli jadi guna sahajalah tali rafia.Yang rasa payah nak merebus boleh sahaja dikukus.Cuma bila merebus ini ketupat lebih tahan lama dan tak cepat basi (biasanya tahan dalam 2-3 hari). ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen