Bihun Belacan Sarawak

Menu favourite saya dan keluarga saya sejak saya di zaman remaja dahulu tetapi dahulu tak ramai peniaga melayu yang menjual nya. Ada juga resipi yang mencampurkan sambal petis ke dalam kuah bihun tetapi saya tak mencampurkan sambal petis.
Bihun Belacan Sarawak
Menu favourite saya dan keluarga saya sejak saya di zaman remaja dahulu tetapi dahulu tak ramai peniaga melayu yang menjual nya. Ada juga resipi yang mencampurkan sambal petis ke dalam kuah bihun tetapi saya tak mencampurkan sambal petis.
Cara Memasak
- 1
Rendam bihun dengan air hingga kembang. Didihkan air secukup nya dan celur bihun hingga lembut dan toskan. Guna air yang sama celur sotong dan angkat toskan, ketepikan.
- 2
Rendam udang kering hingga kembang, toskan dan kisar bersama bahan-bahan bertanda* hingga halus. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga kekuningan.
- 3
Masukkan stok udang (tapiskan dahulu), gula apong, serbuk perasa, kicap masin dan garam (adjust rasa mengikut citarasa masing-masing). Masak hingga mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sebati. Kuah nya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Tutupkan api. Boleh tabur bijan tetapi saya tak letak. Saya akan letak bijan sewaktu menghidang.
- 4
Sangai kacang hingga kekuningan dan kisar sedang-sedang halus. Sangai juga bijan. Timun disagat/dipotong halus.
- 5
Rebus telur padi. Tak rebus pun takpe dan dipotong. Ketepikan. Tumbuk cili padi bersama serbuk perasa hingga halus. Untuk menghidang, masukkan bihun dan tuangkan kuah di atas bihun, masukkan sotong yang telah dipotong, timun, telur padi, limau kasturi dan sambal cili. Tabur kacang tumbuk dan bijan, sedia untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Bihun Belacan Bihun Belacan
Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCultureBihun belacan ni memang favourite saya dari zaman anak dara lagi. Waktu tu peniaga cina jer yang menjual nya. Tempat yang paling famous dan sedap menjual bihun belacan ni di Padang Jubliee, Kuching. Ramai orang beriadah di situ, lepas penat berjogging mesti singgah pekena bihun belacan dan cendol di situ. Siap beratur panjang lagi. Kalau takde rezeki tauke cina tu akan buat signal tangan tanda dah habis buat yang masih berbaris tu. 😔😓#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Belacan (R) + cili padi (R) + gula apong (R) + limau kasturi (R) + timun (1) Dapur Yusfarisyia -
Bihun Belacan Sarawak Bihun Belacan Sarawak
207/2022/RoadtoWorldRecipes/1325❤️ #MatchmakerMonth When 2 Become 1: Udang & Sotong❤️Resipi ni inspirasi daripada Kak Zakiah @gula_apong ❤️. Dah lama dah nak buat resipi ni sejak hari pertama Kak Zakiah post resipi ni di Cookpad lagi 🤭. Pastu membawa ke Cabaran Borneo, masih tak berjaya masak lagi. Akhirnya bertemu jodoh di Cabaran Udang & Sotong ni haa 😬. Alhamdulillah berjaya juga masak yer 😌.Jika ada yang bertanya, resipi ni ada kena mengena dengan udang & sotong ke? Jawabnya adalah 😆. Udang yang digunakan dalam ni adalah stok udang (kiranya estrak daripada udang) & juga udang kering. Manakala sotong yang digunakan adalah sotong kembang (sejenis sotong jugak kan) ☺️.Jika ditanya dari segi rasa bagi hakak sedap 😋. Bila kuah mendidih bau aroma udang kering + belacan + stok udang tu 🤤🤤🤤🤤🤤. Bila dicampur dengan bihun dan segala bahan pelengkap. Memang terbaik. Bagi hakak bila taruk banyak2 cili kisar dan perahan jus limau kasturi tu 🤤🤤🤤🤤🤤. Sedap betul laa haa😋. Jatuh Cinta untuk kali pertama mencubanya ❤️ Salina Jalaludin -
Laksa Sarawak Laksa Sarawak
A Taste Of Malaysia 🌺Anak angkat dari Michigan pernah bertandang 2 kali ke Malaysia dan di Kuching di rumah kami. Hidangan yang tak pernah jemu dia nikmati pada pertama kali datang ke Sarawak ialah Laksa Sarawak sampai sewaktu nak balik ke Chicago, dia nak bawa balik sambal laksa, bihun serta belacan untuk dia masak di sana nanti bagi menjamu ahli keluarga nya. Kata nya sedap sangat dan dia pernah menolong saya memasak sewaktu saya menyediakan laksa sarawak ketika di rumah kami supaya senang untuk dia belajar. Apabila di Chicago, dia membuat video call sambil memasak laksa sarawak di sana untuk merujuk kepada saya cara penyediaan nya. Rupa hidangan nya memang dah cukup perfect dan menyelerakan. Apa yang paling sedih sekali kata nya rasa nya tak sama seperti yang dimakan nya di Malaysia. Kata nya ada kurang sesuatu rasa. Kata nya dia lupa bawa pulang "pak aji" 😆 😆 😆 sebab tu rasa nya tak sama. Punya la lama saya dok terfikir pak aji mana pulak yang dia berkenan tu? 🤔 Rupa nya ajinomoto 🤣🤣🤣 Risau juga sebenar nya saya nak belikan dia ajinomoto untuk dibawa balik sana, takut tak lepas kat airport. Mana lah tahu kan? Datang kali kedua ke Sarawak, baru lah dia pesan kat saya dia nak bawa balik sekali pak aji tu. Banyak lagi makanan Malaysia yang dia suka kata nya. Itu kenangan nya ketika di Malaysia.Selamat Hari Malaysia 🇲🇾 yang ke62 🌺🧡 Dapur Yusfarisyia -
Mi Jawa Sarawak Mi Jawa Sarawak
All About Aidiladha 🐐🐂🐪Kalau bercakap pasal daging korban, SEJUJUR nya, tahun ini merupakan tahun keempat kami menerima agihan daging korban. Tidak pernah menerima mana-mana pemberian daging korban pada tahun-tahun sebelum nya. Selalu nya kami hanya mendengar jer adik beradik/ipar duai/rakan-rakan yang tinggal di tempat lain bercerita dapat banyak daging korban. "Hmm.. Beruntung la.. " Kalau nak dibahaskan pun tak guna.Sejak pentadbiran surau dirombak dan dilantik dengan orang baru, baru lah kami dapat merasa daging korban. Setakat ini kami cuma dapat daging nya sahaja. Tak pernah lagi dapat mana-mana bahagian lain lembu/kambing. Syukur alhamdulillah dapat juga merasa daging korban. Sebelum tu kami beli jer daging di pasar untuk dimasak pada Hari Raya Aidil Adha/Raya Haji.Untuk hidangan Raya Haji tahun ni, saya masak mi jawa Sarawak. Kalau arwah bapak saya, dia suka campur sate daging/ayam di dalam mi jawa nya. Di Sarawak memang ada menjual mi jawa campur sate daging/ayam, kira nya add on ekstra la. Memang sedap. Dapur Yusfarisyia -
Colek Limau Bali (Pomelo) Colek Limau Bali (Pomelo)
Resipi dalam draf, lama tak diterbit. Suka sangat makan limau bali ni. Walaupun ada sedikit rasa pahit tu tak menjadi masalah kepada saya. Buah ni dibeli cik suami, dia ingatkan buah limau dari daerah Sarikei kerana buah limau sarikei ni saiz nya pun lebih kurang jer dengan buah limau bali ni. Bila saya kupas sebiji baru lah saya tahu yang ini buah limau bali Thai. Selalu nya kalau beli buah limau bali semua nya saiz yang besar-besar, ada juga isi nya merah muda. Suami dan anak-anak kurang sikit makan limau bali kerana ada rasa sedikit pahit tetapi bila dibuat colek sebegini, memang laju ler dia orang makan. Suami pula batuk jadi tak berani nak makan banyak sangat. Yang perhabiskan saya dan si dara saya ler.#GoldenApron23 Dapur Yusfarisyia -
Bihun Sup Utara Bihun Sup Utara
Make It Yours AidilAdhaKalau menu bihun sup jer memang saya dan keluarga takkan menolak nya. Selalu dibuat tidak kira hari biasa atau pun di hari perayaan. Selalu nya bihun tu tak bubuh serbuk kunyit sebab dah terbiasa makan bihun ikut warna asal nya. Tetapi sekali-sekala tu buat bihun tu berwarna, baru nampak kelainan pada bihun yang seperti selalu nya dibuat.Kalau Raya Aidiladha selalu nya banyak menu yang berasaskan daging. Kadang hampir sama jer menu di setiap rumah bagi kami di Sarawak ni. Kalau menu yang berkuah seperti sup antara menu yang paling cepat habis sebab ramai peminat. Ditambah lagi dengan sambal kicap pedas menyengat, fuhhh!.. Berpeluh-peluh menghirup nya. Inspirasi daripada adik @MaMaKitchen08 tetapi akak tukar tulang daging kepada daging tetel. Akak skip sambal merah kerana sambal kicap pedas menyengat tu cukup untuk dipadankan. Dan beberapa bahan juga ditambah dan tak diletak kerana takde seperti yang akak nyatakan di bahagian langkah-langkah. Dapur Yusfarisyia -
Dalcha Sayur Dalcha Sayur
Global Apron 2024 Challenge 15: Hometown FaveDalcha sayur ni kesukaan arwah fil, mil dan semua ahli keluarga cik somi saya. Dulu, saya tak berapa gemar makan dalcha sayur tetapi bila dah kahwin dengan cik somi, selalu masak untuk mereka jadi tersuka pulak, saya lebih suka ratah cenggitu jer. Kadang saya makan cicah dengan roti paun (paung). Kalau keluarga cik somi masak dalcha sayur, mereka suka letak belimbing buluh atau buah tomato. Dan mereka juga suka kacang dhal tu hancur sehancur-hancur nya. Berlainan pulak dengan selera saya dan cik somi, TAK SUKA ada rasa masam daripada belimbing buluh dan buah tomato dan TAK SUKA kacang dhal tu dimasak hingga hancur. Bila part nak 'gu' kan dengan dalcha sayur tu, sama pulak selera kami semua iaitu ikan masin goreng dan sambal belacan. 😅#GlobalApron2024Bahan-bahanCOOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili (1) + daging tetel (3) + santan (1) + serai (1) + terung (1) Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Malas Bihun Goreng Malas
Global Apron 2024 Challenge 37: Breakfast 🍳CHALLENGE 37: BREAKFAST 🍳Resipi dalam draf jer sebab masih tak berapa sihat nak memasak dan penglihatan pun masih kurang baik hendak menghadap skrin handphone.Selain nasi goreng, bihun/mi goreng juga antara salah satu resipi untuk breakfast buat kami sekeluarga. Kalau dah breakfast nasi goreng atau bihun/mi goreng, memang tak makan tengahari dah sebab masih kenyang. Tinggal nak masak untuk makan malam jer lagi.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Telur (1) + cendawan (1) + cili kering (1) + bihun (1) Dapur Yusfarisyia -
Sambal Colek Kicap Sambal Colek Kicap
Masak Apa Untuk POTLUCK?Ini lah sambal colek kicap yang sering kami makan ketika kami masih di zaman remaja dahulu. Asal jumpa buah mangga/mempelam, buah jambu, jambu air, buah kedondong, buah belimbing segi atau apa je jenis buah yang jatuh ke tanah (yang masih elok) mesti suruh mak buatkan sambal colek kicap ni. Sedap sangat sampai jilat jari. 😆 hehe.. bila teringat zaman dahulu kala mesti tergelak sorang-sorang. Dapur Yusfarisyia -
Laksa Sarawak Laksa Sarawak
Favourite dari kecil. Walaupun dah besar ni dah mulai meminati laksa-laksa dari negeri lain, laksa Sarawak masih membawa nostalgia memori “Sunday Breakfast” kepada saya.Bagi saya Laksa Sarawak mesti mempunyai rasa udang yang kuat (trick saya menggunakan petis udang kalau tak cukup stock kepala udang). Sambal udang kering pun mesti jenis sambal kering dah limau nipis pun kena cukup. Yang penting .. Nyamannnnn.. Ruth -
Mi Rebus Tulang & Daging Mi Rebus Tulang & Daging
#MerdekaMonth Citarasa Selatan - Lembu [Week 3]Mi rebus tulang sangat popular di negeri Johor. Keistimewaan mi rebus Johor kuah nya agak pekat dan sedikit rasa manis. Kalau di tempat saya ianya hampir sama dengan mi jawa kerana kuah mi jawa juga agak sedikit pekat dan ada rasa manis.Cc: @cook_16041352 terima kasih inspirasi resipi nya, saya ada olah sedikit bahan-bahan nya. Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Laksa Sarawak Bihun Goreng Laksa Sarawak
Masak Apa Guna Premix?Selalu nya pes laksa Sarawak digunakan untuk membuat kuah laksa Sarawak tetapi kali ini saya menggunakan pes nya untuk digoreng bersama bihun. Dan hasil nya memang sedap (alamak terpuji diri sendiri pulak 🤭) Foto gambar utama disnap oleh si dara saya. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (3)