(10/5) MIANG PLA PAO TRIPLET

Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
Malaysia

Kita tukar selera di hari raya ni. Tukar kepada selera yang tiada berlemak. Kita jamu selera dengan Miang Pla Pao Triplet. Guna 3 ekor ikan sekaligus. Masak banyak sebab ramai yang nak makan. Selain ikan talapia, boleh juga guna ikan siakap, udang, sotong, kerang dan lain-lain. Kuantiti sayuran juga ikut kehendak masing-masing berapa banyak kita perlukan.

(10/5) MIANG PLA PAO TRIPLET

4 orang bercadang membuatnya

Kita tukar selera di hari raya ni. Tukar kepada selera yang tiada berlemak. Kita jamu selera dengan Miang Pla Pao Triplet. Guna 3 ekor ikan sekaligus. Masak banyak sebab ramai yang nak makan. Selain ikan talapia, boleh juga guna ikan siakap, udang, sotong, kerang dan lain-lain. Kuantiti sayuran juga ikut kehendak masing-masing berapa banyak kita perlukan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
7 - 8 orang
  1. 3Ekor Ikan Talapia Merah - goreng
  2. sotong - potong bulat (rebus sebentar)
  3. suhuun – dicelur
  4. Salad
  5. timun - sagat halus
  6. tomato - potong kecik/memanjang
  7. carrot - sagat halus
  8. BAHAN SOS:
  9. 10-15biji cili padi
  10. 3ulas bawang putih
  11. 3batang akar ketumbar
  12. 2sudu besar sos sotong
  13. 1sudu besar sos ikan
  14. nissan/gula kabung/gula melaka
  15. sedikit air
  16. 3sudu makan jus limau nipis
  17. Daun ketumbar – hiris

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Ikan dikelar-kelar letak sedikit garam dan goreng hingga kuning keemasan. (goreng tanpa garam juga boleh kerana sosnya telah cukup rasa).

  2. 2

    Bahan sos:
    - Satukan kesemua bahan untuk sos di atas dan kisar.
    - sesuaikan rasa pedas, manis, masin dan masamnya.
    - kadar gula, jus limau dan air mengikut kesesuaian masing-masing.

  3. 3

    Cara menghidang:
    - dalam dulang susun salad, timun, carot, tomato, suhuun, sotong. kemudian letak ikan ditengah-tengahnya.
    - ambil daun salad dan letak serba sedikit timun, carot, tomato, suhun, sotong dan isi ikan. Kemudian letak sedikit sosnya dan sedia untuk dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hani Shaimi
Hani Shaimi @hanishaimi1504
pada
Malaysia
Suka pada menu paling mudah dan ringkas tanpa memakan masa yang lama.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya