Nasi Berlauk Ala Kelate (Gulai Lemak Kuning Ikan)

#MerdekaMonth Citarasa Pantai Timur - Nasi [Week 2]
Tengok suami bawa balik ikan tongkol, sayur kacang panjang. Kebetulan kelmarin suami ada beli timun, sengkuang, tauhu pok, gula apong. Dalam hati ni mesti nak suruh buat sambal petis sebab nak makan rojak. Nanas memang ada disedekah mak mertua 3 hari lepas.
Hmm.. macam kebetulan pulak ada bahan-bahan untuk cooksnap resipi nasi berlauk ala Kelate. Apa lagi? Zazzz! Ambik apron terus mula memasak. Alhamdulillah kenyang perut senang hati 😆 Sewaktu memasak tu tak tahan rasa nak makan kerana aroma nya yang memikat menaikkan selera makan.
Resepi mudah gulai lemak kuning dan sambal cuka masakan tradisional kelantan. Memang sedap 😋 #cooksnap daripada @dapurfaafeefoo terima kasih atas inspirasi resipi nya.
Nasi Berlauk Ala Kelate (Gulai Lemak Kuning Ikan)
#MerdekaMonth Citarasa Pantai Timur - Nasi [Week 2]
Tengok suami bawa balik ikan tongkol, sayur kacang panjang. Kebetulan kelmarin suami ada beli timun, sengkuang, tauhu pok, gula apong. Dalam hati ni mesti nak suruh buat sambal petis sebab nak makan rojak. Nanas memang ada disedekah mak mertua 3 hari lepas.
Hmm.. macam kebetulan pulak ada bahan-bahan untuk cooksnap resipi nasi berlauk ala Kelate. Apa lagi? Zazzz! Ambik apron terus mula memasak. Alhamdulillah kenyang perut senang hati 😆 Sewaktu memasak tu tak tahan rasa nak makan kerana aroma nya yang memikat menaikkan selera makan.
Resepi mudah gulai lemak kuning dan sambal cuka masakan tradisional kelantan. Memang sedap 😋 #cooksnap daripada @dapurfaafeefoo terima kasih atas inspirasi resipi nya.
Cara Memasak
- 1
Rebus ikan tongkol dengan 5 ke 6 keping asam keping, garam dan gula secukup rasa. Rebus selama 1 jam atau lebih sehingga ikan masak sekata.
Nak lagi sedap, rebus dan simpan semalaman. - 2
Kisar bawang merah, lada/cili kering, kunyit hidup, lengkuas, biji ketumbar dengan sedikit air sampai lumat.
Masukkan ke dalam periuk. Tambah sedikit air. Jangan banyak sangat sebab kita nak guna air rebusan ikan nanti. Kacau dan biar mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan santan. Kacau selalu, api kecil. Kacau sampai mendidih. - 3
Masukkan ikan dan air rebusan sekali, kacau. Perasakan dengan garam, gula dan gula melaka. Tambah sedikit serbuk kunyit, kacau rata. Jika kurang masam, tambah asam keping/asam jawa.
Bila semua dah secukup rasa, masukkan timun dan kacang panjang. Kacau sekejap, tutupkan api. - 4
Untuk sambal cuka, kisar semua bahan. Sesuaikan rasa.
- 5
Hidangkan nasi dengan gulai ikan dan sambal cuka. Jika makan dengan ulam-ulaman pun sedap.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Berlauk ala Kelate (Gulai Lemak Kuning Ikan) Nasi Berlauk ala Kelate (Gulai Lemak Kuning Ikan)
#MerdekaMonth Citarasa Pantai Timur - Nasi (Week 2)Kali ni faa nak share resipi Nasi Berlauk Gulai Lemak Kuning Ikan ala ala Kelantan mari.Dari semalam teringin nak makan.Resepi faa google dan berkenan dengan resepi dari laman web www.azhan.co .Memang sedap.Resepi simple.Resepi gulai lemak kuning dan sambal cuka.Tq bro Azhan for the recipe.Faa ada olah sikit sikit cara faaHarap takde yang kecam ya org pahang masak masakan tradisional kelantan. Kakak Faa -
Gulai Lengkuas Ikan Aya Nasi Berlauk (Kelantan & Terengganu) Gulai Lengkuas Ikan Aya Nasi Berlauk (Kelantan & Terengganu)
Alhamdulillah..tercapai jugak keinginan nak makan gulai lengkuas ikan aya ni. Gara2 @sasha_sabrina menyembang hal gulai ni, serta merta rasa nak makan. Lagipun dah lama tak ke gerai makan pagi sejak2 COVID-19 untuk cari nasi berlauk yang terkenal di Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu ni.Kombinasi paling ngam untuk nasi berlauk ni ialah nasi putih, sambal belacan dan juga ayam/daging goreng. Nyummm! Sesimple Loralin -
Bingka Labu Kuning Bingka Labu Kuning
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik @cook_17087425Sedap sangat kuih bingka labu kuning ni. Memang tak boleh henti apabila memakan nya. Suka bahagian yang berkerak tu, lagi sedap. Buat untuk dibawa ke rumah mak nak duduk melepak santai-santai di rumah mak sambil borak-borak berkumpul bersama adik beradik yang lain. Memang tak sempat nak snap gambar yang elok-elok bila dah di rumah mak. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Nasi Air Kelantan Nasi Air Kelantan
#MerdekaMonth Citarasa Pantai Timur - Nasi [Week 2]Saya baru je baik daripada demam, batuk dan sakit tekak beberapa hari lepas, diikuti suami saya pulak. Terasa nak makan bubur nasi terus teringat pada resipi nasi air Kelantan daripada @salina_jalaludin . Kebetulan Cookpad Malaysia pun ada membuat cabaran untuk hari kemerdekaan untuk negeri-negeri pantai timur, jadi memang ngam sangat la untuk saya cooksnap. Merata tempat suami saya cari sayur kangkung tak jumpa. Hmm.. waktu nak guna takde pulak, kalau yang ada pun yang sudah kering dan tak segar lagi. Jenguk ke belakang rumah, ingatkan nak gantikan dengan sayur bayam tetapi sayur bayam pun dah tak berapa nak nampak kerana ditutupi rumput dan lalang. Cuaca asyik hujan suami saya tak dapat nak memotong rumput dan lalang di belakang rumah saya. Terpandang pada pucuk ubi kayu kerinting, tanpa berlengah saya terus memetik nya. Pucuk ubi kerinting ni lebih lembut jika dibandingkan dengan pucuk ubi kayu yang lain. Tempoh masa memasak nya juga lebih cepat. Berselera suami saya makan, siap kata sedap sambil tunjuk 👍. Dapur Yusfarisyia -
Gulai Kuning Ikan Tongkol Gulai Kuning Ikan Tongkol
#cookpadapron2025#week3COOKPAD MAGIC CART:SANTANKUNYITTeringin gulai kuning ikan tongkol, nasi panas makan dgn sambal jate.Fuhh ala ala Breakfast nasi berlauk kelate.Memey sedak dooh. Kakak Faa -
Nasi Berlauk ala Kak Wok Nasi Berlauk ala Kak Wok
#selangor #goldenticket #cookpadmy1stbday teringat kampung halaman. Nasi Berlauk Kak Wok memang femes sangat kat Kelantan. Dah tu bila kerinduan melanda..bab makan nombor satu kan. Hahaha...ada satu hari anak2 ni request nak makan nasi berlauk k.wok yg macam kat kampung. Haaa sudah tudia punye permintaan kan. Demimu anak2 mama tetap penuhi permintaan kamu dengan buat gulai n ayam goreng ala k.wok aje lah ye nak biar pun x sama 100% tapi yang pasti anak2 makan bertambah tu maknanya apa ? Sedap le tu kan. Depa cakap dah nak sama sedap bah kan lagi sedap. Amboi kemain bodek mama awak kan. Haaa... Meh la jenguk resipi kakak ni ye. Nuharahmat -
Gulai kuning ikan aya/tongkol Gulai kuning ikan aya/tongkol
Salah satu lauk kesukaan saya, kalau masak lauk ni memang banyak saya makan nasi. 1 lauk ni pun dah cukup bagi saya. Kalau ada sambal lagi la sedap. Azizah Mansor -
Nasi dagang, gulai ikan aye & acar timun Nasi dagang, gulai ikan aye & acar timun
Walaupun mak orang kelantan.. tapi nasi dagang ni menu yang paling rare kami makan. Jadi kebetulan raya haji haritu.. ibu mertua request nak makan.. jadi gagahkan jua untuk masak..Alhamdulillah.. menjadi...Cara saya mungkin berbeza dengan yang ori kelate.. tapi rasa masih ada urrmmphh.#masakannegeri#semangatmerdeka#goldenapron Mazwin -
Sayur Pucuk Ubi Goreng Sayur Pucuk Ubi Goreng
Hanya Ada Vege Dalam PetiSayur pucuk ubi masih segar di dalam peti sejuk. Dipetik suami saya di tepi rumah mak nya tengahari semalam. Selalu nya pucuk ubi suami saya suka digoreng belacan. Saya pun suka juga, selain itu saya juga suka buat ulam, pekasam atau pecel.Saya #ChooseToCook #VegetarianDish resipi @cook_Jemiyus1973 Jom buat @zarafafiis 😅❤️ Dapur Yusfarisyia -
Gulai Ikan Tongkol Putih Gulai Ikan Tongkol Putih
#goldenapron2020 #week8 Mendapat pujian encik suami dan anak2 makan pun bertambah2. Jadi mehla kakak abadikan resipinye disini. Kata encik suami gulai kakak ni boleh dbuat jual dan mengingatkan nostalgia masa kami masih lagi berada di kampung di kelantan. Pagi2 mesti wajib keluar cari nasi berlauk ikan tongkol atau kat sana kami panggil nasi berlauk ikan ayo. Makan pulak dengan sambal lada dan lada hijau siam. Aduhhh mmg ngam la rasanya padu beb! Nuharahmat -
Gulai ikan tongkol Kelate (nasi belauk) Gulai ikan tongkol Kelate (nasi belauk)
Kalau balik kelate, nasi belauk memang tak asing lagi. Pagi-pagi dah start moto cari nasi belauk. Favorite saya gulai ikan tongkol atau ikan aya. Sebenarnya boleh masak sendiri tapi kat kelate, lagi senang beli sebab banyak pilihan. Resepi ni saya dapat dari mak saya sendiri. Cuma remeh sketlah nak buatnya. Sebab ada 2 step. Kena rebus ikan dulu. Lagi lama lagi sedap dan kalau ditinggalkan ikan rebus overnight sebelum masak gulai lagi sedap rasanya. w. azan shahalan mahmood -
Ikan Tongkol Masak Cuka Ikan Tongkol Masak Cuka
#cooksnap daripada cookpader @limited_edition Sedap rupa nya ikan masak cuka ni. Suami saya pun siap bagi tanda jari 👍😋dan tanya ni masakan apa nama nya? Terima kasih Ziana atas resipi nya. Memang #WAJIBcooksnap Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen