Ikan Pelata Masak Asam Jawa

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

166/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1560 #pejuang2kresipi
Semalam hakak post di Tiktok dan sebut ikan pelata. Rupanya ramai yang tak pernah dengar nama sebegitu. Nasib ler Ada sorang teman pernah beritahu (bapa mentua dia nelayan) yang Ikan Pelata ni mirip seperti Ikan Selar Kuning. Cuma Pelata ni lebih leper dan lebar shape dia berbanding ikan selar kuning. Tapi both memang ada jalur kuning di badan.
.
Hakak biasa dengar nama ikan pelata ni dari kecil. Ingat lagi Uncle jual ikan dari rumah ke rumah dulu sebut. Hari ini Pelata ada, kembung ada, selar kuning, plotan ada, ikan merah pun adaaa🤭. Tapi Ada juga kata, belah Utara Memang sebut nama ikan pelata tu☺️
.
Tapi certain info di goggle kata. Sama je dua2 ikan tu. Ada juga kata tak sama. Tapi tula.. nak beli baca je signboard @ tanya je penjual. Ini ikan apa 😆

Ikan Pelata Masak Asam Jawa

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30minit
4-5orang
  1. 2 ekorikan pelata (dipotong 3)
  2. Secukupnyagaram dan serbuk kunyit (untuk menggoreng)
  3. 1 bijibawang besar (dihiris)
  4. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  5. 1 incihalia (dihiris)
  6. 1 bijicili merah (dihiris)
  7. 3 bijicili padi hijau (dihiris)
  8. 1 sudu besarpes asam jawa
  9. 1/3 cawanair
  10. Secukupnyagaram
  11. 1 sudu tehserbuk cukup rasa

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Ikan pelata digaul dengan garam dan serbuk kunyit sehingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.

  2. 2

    Ambil sedikit minyak goreng ikan tadi. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi hijau dan halia hingga naik bau dan sedikit layu.

  3. 3

    Masukkan air asam jawa dan air biasa. Didihkan seketika.

  4. 4

    Masukkan ikan pelata dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Kacau sebati.

  5. 5

    Didihkan seketika. Tutup api.

  6. 6

    Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya