Ramuan

1 jam
5-6 Sajian
  1. 1/2 ekorayam sederhana dipotong sesuai citarasa
  2. 2 sudu makanmembukit Rempah Gulai Ayam / Daging(saya guna rempah timbang dari Kelantan)
  3. 5 ulasbawang merah*(kisar)
  4. 2 ulasbawang putih *(kisar)
  5. 1 cmhalia *(kisar)
  6. 2 cmlengkuas *(kisar)
  7. 1 sudu kecilserbuk kunyit
  8. 1 sudu makankerisik
  9. 250 mlsantan kotak
  10. 1/4 cawanair asam jawa
  11. 1 sendukcili kisar
  12. secukupnyaMinyak masak
  13. secukupnyaAir
  14. Perasa garam, gula,ajino
  15. Telur rebus beberapa biji
  16. Ubi kentang
  17. Tomato
  18. Cili bandar merah dan hijau

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Tumiskan bahan kisar,masukkan cili giling dan tumis sehingga garing.
    Masukkan rempah gulai dan tumis lagi sehingga naik bau
    Masukkan air asam jawa.

  2. 2

    Masukkan ayam gaulkan dan kecutkan sekejap.
    Selepas itu masukkan air secukupnya.
    Masukkan ubi kentang.

  3. 3

    Bila ayam hampir masak,masukkan santan dan kerisik.
    Masukkan juga tomato dan cili bandar merah dan hijau serta telur rebus.
    Perasakan secukupnya.

  4. 4

    Tunggu sehingga naik minyaknya dan bolehlah ditutup api.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Farrah
Farrah @farrahdean
pada
Kuala Lumpur
Salam Sejahtera kepada warga Cookpad dan mereka yang melayari laman ini🥰Terima kasih kepada yang menyukai resepi saya😚Saya tidaklah pandai masak cuma kalau datang rajin kadang-kadang tu baru memasak..hehe
Baca lagi

Komen

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Hehe tgk warna gulai tahu dah..bukan rempah gulai kat kedai biasa2. Rempah sana je dapat warna gini.

Resipi Sepertinya