Bubur Lambuk Pucuk Paku Merah, Daging & Sotong

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

42/2024 (1587/2K)
Global Apron Challenge 2: Iftar

Alhamdulillah..menu wajib dalam ramadan untuk dikongsi..boleh add banyak jenis lauk lagi dalam bubur ni, tapi Uchu cuma guna isi ikan, daging dan sotong sahaja.

Kalau nak point untuk GA lebih, terus je boleh masukkan udang harimau, dah dapat 9 points. Kalau masuk black fungus, dapat 12 points, kalau masuk ketam..ehhh..melampau la pulak kan..segala mak nenek nak masukkan dalam satu resepi..tapi!!! Untuk bubur lambuk berlauk macam ni, memang sesuai je nak campur pun..hehe..jadik bubur lambuk superduper premium la pulak kan..😂

Tapi Uchu simpan udang harimau untuk masak masakan lain…jimat2 sikit kan..😁
Tu pun dah meriah dan manis rasa bubur ni. Dengan rasa pucuk paku merah pulak..adui..dap sangat..

#GlobalApron2024
Pucuk paku 3p + Daging 3p

Bubur Lambuk Pucuk Paku Merah, Daging & Sotong

2 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 cawanberas
  2. 4 ikatpucuk paku merah
  3. Sedikitdaun kaduk
  4. Sedikitdaun serai kayu
  5. 1-2 cawandaging batang pinang/bahagian lembut dan mudah masak (hiris nipis)
  6. 3-4 ekorsotong saiz sederhana (20-30 cm panjang)
  7. 4-5 ekorikan selayang/kembung/lolong (direbus, ambil isi, kisar)
  8. 3-4 genggamkeropok keping
  9. 1 kotakkecil santan kara (lebihkan jika suka lebih lemak)
  10. 2 sudu makankerisek
  11. 2 sudu makanserbuk lada hitam (lebihkan jika suka)
  12. SedikitBudu warna kelabu (tambah jika suka)
  13. Bahan kisar
  14. 4 bijibawang merah besar
  15. 10 ulasbawang putih
  16. 4 incihalia

Cara Memasak

  1. 1

    Tip supaya bubur lambuk yang dinikmati tidak terganggu dengan kehadiran isi-isi yang berserat keras:
    Bahagian daun berwarna merah dan lembut, boleh la dipetik semua. Asal lembut.
    Bahagian daun bewarna hijau tapi masih muda pula, raut daunya sahaja. Jangan ambil urat tengah..
    Begitu juga dengan daun serai kayu dan daun kaduk.

  2. 2

    Masuk beras dan air yang berlebihan dalam periuk. Masak sampai beras nampak kembang sikit sahaja.

  3. 3

    Masukkan daging (gunakan bahagian daging lembut sahaja)

  4. 4

    Masukkan isi ikan yang telah dikisar.

  5. 5

    Masukkan keropok keping dan keledek.

  6. 6

    Masukkan serbuk lada hitam dan bahan kisar.

  7. 7

    Masukkan pucuk paku, sotong dan kerisek.

    (Lupa snap gamba masuk kerisek 😅)

  8. 8

    Masukkan santan. Masak sampai bubur mendidih dan kembang. Kacau rata.

    (Masak bubur dengan api sederhana dan selalu dikawal supaya tidak hangus di bahagian dasar periuk)

  9. 9

    Sedia dicedok2..jom sedekah kat jiran2 jugak..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya