Acar Santan Umbut Pisang Warisan Pantai Timur

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

224/2024 (1777/2K)

Global Apron Challenge 21: Warisan
#GlobalApron2024

Cookpad Magic Pantry List:
Umbut, cili, buah keras, cuka, pelaga, asam jawa, gula melaka

Acar santan cara pantai timur ni memang tak sama dengan gulai. Acar santan ni menggunakan lebih cuka dan asam jawa, kuahnya masam, manis. Biasanya memang tak digabungkan dengan daging atau lauk lain sebab rasa cuka mungkin boleh mengurangkan rasa original manis daging atau lauk digunakan.

Harini Uchu gunakan umbut pisang, biasanya resepi yang sama ini sesuai juga menggunakan umbut kelapa, sawit atau pisang muda. Jika tak gunakan santan, cuma perlu lebihkan buah keras sebab penggunaan buah keras adalah untuk menaikkan rasa lemak dalam masakan terutamanya yang tidak gunakan santan dan tambahkan kerisek untuk rasa kelapa dan warna dan kepekatan yang lebih cantik.

Acar Santan Umbut Pisang Warisan Pantai Timur

1 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 mangkukumbut pisang
  2. 1 batangkayu manis
  3. 3 bijipelaga
  4. 1 kuntumbunga lawang
  5. 5 sudu makancuka ✅
  6. 1 sudu makanasam jawa (dibancuh air) ✅
  7. 40 g (1 ketul)kecil) gula melaka
  8. 1 cawan (1 kotak)kecil 200 ml) santan
  9. 40 g (2 sudu makan)kerisek
  10. Secukupnyagaram, perasa
  11. 2 cawanair
  12. Bahan kisar
  13. 1 bijibawang merah
  14. 5-6 bijibuah keras
  15. 4 ulasbawang putih
  16. 2 incilengkuas
  17. 2 batangserai (ambil bahagian lembut)
  18. 10 bijicili kering (direndam air panas)/ 3 sudu makan cili kisar

Cara Memasak

  1. 1

    Memproses umbut pisang:
    -ambil bahagian tengah batang pisang sahaja. Bahagian umbut yang lembut.
    -sambil dihiris, sambil tarik dan buang getah umbut
    -rendam umbut dalam air garam sementara di masak

  2. 2

    Kisar bawang merah, lengkuas, buah keras, cili kering (jika digunakan), bawang putih dan serai.

    Tm6:
    Blend: 6 saat/speed 10 (scrape, repeat)

  3. 3

    Tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, biji pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai pecah minyak.

    Tm6:
    Tumis: 10 minit/100c/reverse blade, speed 0.5

  4. 4

    Tambahkan cuka, air asam jawa, air, gula melaka, garam.

  5. 5

    Masukkan umbut pisang dan kerisek. Masak sampai mendidih.

    Tm6:
    Masak: 25 minit/100c/reverse blade, speed 0.5

  6. 6

    Masukkan santan. Masak sampai umbut lembut.

    Adjust rasa jika perlu. Acar santan ni patutnya rasa masam, manis, pedas.

    Tm6:
    Masak: 15 minit/100c/reverse blade, speed 0.5

  7. 7

    Semasa memasak, kacau kuah dan bolehlah sambil-sambil tu buang getah umbut yang melekat pada senduk.

    Untuk Tm6, getah umbut yang masih ada untungnya terlekat pada blade..

  8. 8

    Sedia dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya