Ikan Sebelah/Ikan Selipar Bakar Sambal

Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD
#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾
#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCulture
Menu Ikan Sebelah atau nama lain nya Ikan Selipar Bakar Sambal ni memang famous di Sarawak. Tak pasti kalau di negeri lain mungkin nama nya berbeza. Selalu kalau kami sekeluarga pergi makan di kedai makan, kami akan order yang saiz kecil sebab takut tak habis dan ada makanan sampingan yang diorder jadi cepat kenyang. Lagi pun anak-anak masih kecil dan tak makan banyak. Tapi sekarang anak-anak dah besar panjang boleh lah masak seekor ikan yang bersaiz besar dan makan duduk semeja sambil berborak. Si bujang saya lah yang paling terror dalam bab meratah ikan, favourite dia asal ada ikan. Hidangan ni saya buat sewaktu anak bujang balik bercuti. Rindu dapat meluangkan masa bersama dengan nya lebih-lebih lagi apabila tengok dia berselera dengan masakan daripada air tangan mama dia yang lama tak dirasa. ❤️
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Belacan (1) + halia (1) + ikan segar (1) + limau kasturi (1) + serai (1)
Ikan Sebelah/Ikan Selipar Bakar Sambal
Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD
#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾
#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCulture
Menu Ikan Sebelah atau nama lain nya Ikan Selipar Bakar Sambal ni memang famous di Sarawak. Tak pasti kalau di negeri lain mungkin nama nya berbeza. Selalu kalau kami sekeluarga pergi makan di kedai makan, kami akan order yang saiz kecil sebab takut tak habis dan ada makanan sampingan yang diorder jadi cepat kenyang. Lagi pun anak-anak masih kecil dan tak makan banyak. Tapi sekarang anak-anak dah besar panjang boleh lah masak seekor ikan yang bersaiz besar dan makan duduk semeja sambil berborak. Si bujang saya lah yang paling terror dalam bab meratah ikan, favourite dia asal ada ikan. Hidangan ni saya buat sewaktu anak bujang balik bercuti. Rindu dapat meluangkan masa bersama dengan nya lebih-lebih lagi apabila tengok dia berselera dengan masakan daripada air tangan mama dia yang lama tak dirasa. ❤️
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Belacan (1) + halia (1) + ikan segar (1) + limau kasturi (1) + serai (1)
Cara Memasak
- 1
Gunting/potong cili kering dan rebus hingga lembut. Cuci dan buang air nya, toskan.
- 2
Kisar bahan-bahan kisar* (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili kering, udang geragau, belacan dan air.
- 3
Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar dan masak hingga cili masak dan pecah minyak.
- 4
Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan jus asam jawa, kacau rata. Adjust rasa mengikut sesuai selera. Masak hingga sambal pekat dan tutupkan api, ketepikan.
- 5
Tengok lah saiz nya yang besar ni. Lupa pulak tengok kat plastik berapa berat nya sebab sticker harga di plastik dah terbuang sebab terkoyak. Siang ikan dan kelar.
- 6
Alas daun pisang di atas kuali non stick dan lumur sedikit garam pada ikan. Sapukan dengan nipis sambal tadi pada kedua belah bahagian ikan dan bakar. Terbalikkan kuali non stick dan bakar lagi sebelah bahagian ikan hingga masak. Hidangkan ikan dengan menyapukan lagi baki sambal pada ikan tadi dan sediakan hirisan limau kasturi. Jika hendak dimakan, baru perahkan jus nya.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Tumis Belacan Umbut Rebung Tumis Belacan Umbut Rebung
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanUmbut rebung ni juga kesukaan kami sekeluarga terutama nya anak-anak. Kalau makan tu kadang lebih kepada meratah. Mereka tak suka dipotong nipis atau kecil, tak best makan sebab takde rasa rangup nya kata mereka. Kalau buat tu, mesti nak pedas dan sedikit manis baru lah sedap. Tumis umbut rebung ni perlu lebihkan sedikit minyak masak nya. Tumis kering, sikittt jer kuah nya, memang tak pandang menu lain dah. Itu lah penangan tumis belacan umbut rebung pada keluarga saya. Sekarang ni dah diwarisi oleh anak-anak saya terutama si bujang saya yang tinggal di perantauan, bila dapat masak sebijik rasa macam mama dia memang senyum sampai ke telinga dia. Puas hati sebab boleh mewarisi resipi favourite keluarga kami.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili (R) + umbut (3) Dapur Yusfarisyia -
Sambal Tumis Petai & Terubuk Masin Sambal Tumis Petai & Terubuk Masin
Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCultureSelalu dibuat untuk menu kenduri sambal tumis terubuk masin ni. Saya sengaja tak letak bawang besar pada akhir proses seperti yang selalu dibuat pada resipi sambal tumis sebab anak dara tak suka ada bawang nampak seketul-seketul potongan macam tu 😅.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Belacan (1) + ikan masin (R) + (5 BONUS POINT per resipi jika guna ikan terubuk masin) Dapur Yusfarisyia -
Terung Bakar Balado Terung Bakar Balado
Global Apron 2024 Challenge 25: BIRU 💙#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Terung ungu memang favourite mak saya. Kalau dulu saya tak gemar makan sayur terung ungu tetapi disebabkan suami dan anak dara saya suka, maka nya saya jadi suka tak sengaja 😆 sebab selalu masak untuk mereka.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Bawang bombay / bawang besar ungu (2) + terung ungu (1) Dapur Yusfarisyia -
Tumis Asam Pedas Ayam Tumis Asam Pedas Ayam
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanMenu asam pedas antara menu kesukaan keluarga saya. Kalau tanya anak-anak nak masak apa, mesti jawapan nya asam pedas. Paling disukai asam pedas ikan. Si dara saya yang tak minat memasak pun nak belajar macam mana nak masak menu asam pedas, tak kira asam pedas tumis atau rebus. Kira nya dia nak belajar pada menu yang dia suka makan jer lah ye? 🤔😆 Yang dia tak suka makan, tak nak belajar. 🤷♀️ Si abang nya memang dah "pro" bab-bab memasak ni, kadang tu dia derhaka pada resipi sebab nak ikut tekak dia sendiri. Hidup di perantauan, dia lah harapan teman-teman serumah apabila bab memasak ni.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam keping (1) + ayam (1) + buah keras (2) + bunga kantan (2) + cili (R) + daun kesum (1) + daun kunyit (1) Dapur Yusfarisyia -
Bihun Goreng Sempoi Bihun Goreng Sempoi
Global Apron 2024 Challenge 13: PicnicBila ada cuti panjang boleh pergi berkelah bersama keluarga. Masa ni lah seronok dapat luangkan masa bersama, dapat buat aktiviti beriadah, menghirup udara segar, melihat pemandangan panorama yang indah. Tak lengkap rasa nya kalau berkelah atau piknik tanpa makanan dan minuman. Buat tak perlu banyak pun portion nya cuma boleh tambah pelbagai menu bagi nampak meriah. Antara menu nya, bihun goreng sempoi.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Bihun (1) + sosej (1) + telur (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi Jawa Sarawak Mi Jawa Sarawak
All About Aidiladha 🐐🐂🐪Kalau bercakap pasal daging korban, SEJUJUR nya, tahun ini merupakan tahun keempat kami menerima agihan daging korban. Tidak pernah menerima mana-mana pemberian daging korban pada tahun-tahun sebelum nya. Selalu nya kami hanya mendengar jer adik beradik/ipar duai/rakan-rakan yang tinggal di tempat lain bercerita dapat banyak daging korban. "Hmm.. Beruntung la.. " Kalau nak dibahaskan pun tak guna.Sejak pentadbiran surau dirombak dan dilantik dengan orang baru, baru lah kami dapat merasa daging korban. Setakat ini kami cuma dapat daging nya sahaja. Tak pernah lagi dapat mana-mana bahagian lain lembu/kambing. Syukur alhamdulillah dapat juga merasa daging korban. Sebelum tu kami beli jer daging di pasar untuk dimasak pada Hari Raya Aidil Adha/Raya Haji.Untuk hidangan Raya Haji tahun ni, saya masak mi jawa Sarawak. Kalau arwah bapak saya, dia suka campur sate daging/ayam di dalam mi jawa nya. Di Sarawak memang ada menjual mi jawa campur sate daging/ayam, kira nya add on ekstra la. Memang sedap. Dapur Yusfarisyia -
Percik Ikan Kembung Percik Ikan Kembung
Cookpad Apron 2025 : Week 6Cookpad Magic Cart Week 6 :-🛒 Ikan kembung🛒 SantanLama dah tak masak ikan percik. Tetiba teringin lah pulak. Selera selepas raya ni memang memilih sedikit, selera lebih kepada selera kampung, lebih-lebih lagi ikan dan ulam-ulaman. Ada ketika nya jemu jugak asyik makan ayam dan daging. Inspirasi daripada adik @ticer_cem sedap sangat, terima kasih resipi nya.#CookpadApron2025#Week6#CA2025 Dapur Yusfarisyia -
Kari Ikan Tongkol Kari Ikan Tongkol
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Masak kari sememang nya kegemaran cik suami dan anak bujang, asal masak kari jer memang tak pernah jemu. Bagi saya dan anak dara saya pulak lebih suka kari ikan.Kalau cuaca sering hujan, dapat makan menu kegemaran lagi lah seronok. Lagi bertambah-tambah nasi. Buat pulak kari yang ekstra pedas, fuhhh! Memang berpeluh makan dengan nasi panas.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Biji ketumbar (1) + biji sawi (1) + halba (2) + halia (1) + lobak merah (1) Dapur Yusfarisyia -
Pelaling Goreng Balado Cencaluk Pelaling Goreng Balado Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberKat rumah saya ni kalau masak ikan pelaling, lebih suka digoreng. Suami dan anak dara suka meratah cicah dengan sambal kicap cili api. Dia orang berdua ni kalau makan ikan yang besar-besar, hanya makan pada bahagian badan ikan jer. Belum lagi kalau makan jenis ikan yang banyak tulang halus, saya ni lah yang terpaksa buangkan tulang-tulang untuk diorang berdua tu hingga saya sendiri nak makan pun tak senang 😅 Kalau dah fed up tu saya bagitau mereka suruh buangkan tulang tu sendiri. Dah macam mulut anak-anak burung dah ku tengok, lepas satu mulut nganga tunggu disuap, satu lagi mulut nganga tunggu turn dia pulak. Akhir nya, mulut saya juga yang membebel geram sampai ke tua tak reti-reti bila makan ikan buang tulang ikan sendiri.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (R) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) Dapur Yusfarisyia -
Sup Ayam Ringkas Sup Ayam Ringkas
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Hari ni serba serbi tak kena rasa nya. Ada-ada je yang menghalang saya daripada membuat sesuatu kerja. Asyik tergendala. Jadi nya tak tahu nak buat kerja yang mana dulu. Dengan keadaan mata yang selalu terasa pedih dan berair menyukarkan pandangan. Tapi yang pasti nya perut perlu dialas dengan makanan biar pun makanan yang ringkas dan mudah, yang penting ada untuk dimakan. Best dapat hirup panas-panas, dapat pulak makan kentang lebih jadi nasi pun cuma ambil sesudu dua jer.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + buah pelaga (1) + bunga lawang (1) + cengkih (1) + cili padi (R) + halia (1) + kulit kayu manis (1) + lada hitam (R) + lada sulah (1) + lobak merah (R) Dapur Yusfarisyia -
Rendang Ayam Ee Rendang Ayam Ee
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberRendang ayam yang saya buat ni versi tak berapa pedas sebab yang nak makan nya anak saudara. Anak saudara suami saya yang seorang ni memang cukup rapat dengan kami. Dia anak tunggal kepada adik ipar saya. Anak emas lah kata kan. Walaupun dia anak tunggal tetapi ibu dan ayah nya tak 'manjakan' sangat apa kemahuan dia sebab nak didik dia jadi berdikari sendiri. Kadang tu saya kesian tengok dia seorang jer kat rumah kalau ayah dan ibu nya keluar bekerja di musim cuti sekolah. Ayah dan ibu nya akan pantau dia melalui cctv rumah melalui telefon bimbit mereka.Bila dia ke rumah kami, dia akan selalu tanya kakak dia mana sebab dia suka borak dengan si dara saya. Kalau si bujang saya, dia memang spontan sopan 😆 sebab dia takut pada abang dia. Dia ni boleh tahan tahap nakal dia. Orang lain tegur atau marah dia tak gentar tapi bila si bujang saya keluarkan suara dia terus tak bergerak, statik jer 🤣. Bila tanya kenapa takut dengan abang, dia cakap "abang polis, nanti dia tangkap Ee sebab nakal". (Dalam hati saya menahan gelak sambil kata "tahu pun kau ni nakal tahap gaban").#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (R) + ayam (R) + daun limau purut (1) + gula melaka (2) + kerisik (2) + lengkuas (R) + santan (R) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Ikan Terubuk Masin Goreng Perah Limau & Cili Ikan Terubuk Masin Goreng Perah Limau & Cili
Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September🇲🇾#Sabah #Sarawak #BorneoFoodCultureResipi terubuk masin goreng perah limau cili memang famous di Sarawak kerana itu resipi yang tersangattt mudah, sedap pun sedap. Ikan terubuk masin yang fresh memang sangat sedap kerana tahap masin nya tak seberapa, cukup lemak nya, perah pulak jus limau kasturi, makan pulak dengan cili padi potong, "perghhh! Nyaman sekali tek" (bak kata Sajat 🤣). Bagi bukan penggemar ikan yang banyak tulang mesti akan cakap, "biase jer nyah" (bak kata Jana Nick 😅).#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cili padi (1) + ikan masin (R) + (5 BONUS POINT per resipi jika guna ikan terubuk masin) + limau kasturi (R) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen