Rendang Maman Nogori

Mimi Azura bt Zaidin
Mimi Azura bt Zaidin @cook_111053999
Gemencheh, N. Sembilan

Maman adalah sejenis sayuran yang terdapat di Wilayah Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Malaysia Dan Thailand. Maman ini berdaun Kecil, tumbuh di ladang Dan kebun. Rasanya pahit tetapi jika diolahkan akan rasa sedap.Biasanya tumbuh liar di ladang atau kebun.

Maman ini begitu sukar untuk hidup jika tidak dijaga dengan baik. Ia tidak boleh hidup jika terlebih air. Sekiranya di petik ia tidak tahan lama kerana ia mudah berair. Penjagaannya selepas dipetik hendaklah di bungkus dengan surat Khabar atau kain yang dilembabkan agar nampak segar. Jika tidak Maman ini akan rosak Dan lembik.

Maman ini mengandung antioksidan yang baik untuk tubuh Dan kaya dengan vitamin C, zat besi Dan kalsium. Khasiatnya boleh melancarkan pencernaan Dan membantu detoksifikasi tubuh.

Di Malaysia, daun maman Ini sering digunakan untuk membuat hidangan tradisional seperti Pekasam Ikan (fermentasi ikan dengan daun maman), jerok Maman Dan rendang Maman.

Saya ingin memperkenalkan Maman masakan tradisi dari N. Sembilan dengan dikenali lauk Rendang Maman.

Rendang Maman ada pelbagai jenis yang dihidangkan iaitu
1. Rendang Maman Ayam
2. Rendang Maman Itik
3. Rendang Maman Daging

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
5 orang
  1. 2 ekorAyam
  2. 1 kgMaman
  3. 1 bijiKunyit
  4. 5 kepingAsam Keping
  5. 15-20 bijiCili Api
  6. 2 kgsantan pekat
  7. secukup rasaGaram

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Blender atau tumbuk Kunyit Dan Cili Api. Kemudian masuk ke dalam kuali.

  2. 2

    Potong ayam kecil-kecil. Selepas itu, masukkan ke dalam kuali tadi.

  3. 3

    Kemudian masuk 1 1/2kg santan pekat dan tambah air agak2 terendam sikit ayam tersebut. Kemudian tunggu dia agak2 pekat Dan nampak ayam agak2 empuk..Masukkan garam.

  4. 4

    Kemudian masukkan Maman ke dalam kuali. Gaul- gaulkan sekejap. Kemudian masak sehingga agak- agak kering. Masukkan selebih santan tadi. Lepas itu, masak hingga rendang Maman kering. Siap!!!

  5. 5

    Ada yang suka berminyak Dan ada yang tidak suka berminyak. Dan ada yang suka manis. Jika hendak rasa manis, tambah gula sikit. Jika nak tahan lama, tambah santan kotak sikit semasa hampir masak. Selamat mencuba..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mimi Azura bt Zaidin
Mimi Azura bt Zaidin @cook_111053999
pada
Gemencheh, N. Sembilan
Saya orang Pahang Dan Selangor. Saya dibesarkan di N. Sembilan. Saya minat memasak Dan pernah berniaga di western bangi, food court bangi Dan restoran De Selera Desa Kajang Utama. Saya juga berniaga di kantin sekolah. Alhamdulillah, makanan saya disukai ramai terutama rendang Maman, Mee Kari, laksa penang Dan ikan patin tempoyak. Saya pernah menghantar rendang Maman ke semua lokasi di Kajang. Terima kasih kepada pelanggan saya yang berminat dengan makanan saya. Terima kasih sekali lagi.
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Salam dan welcome to Cookpad, Mimi! Terima kasih sebab sudi share resipi ni dengan kami semua 🤗

Resipi Sepertinya