Ayam Masak Palembang

#goldenapron
#minggukeduapuluhsatu
#saturesipisatupohon
Ayam Palembang ni saya mula kenal dan makan hanya dari masakan mama saya. Saya belum pernah rasa masak Palembang ni dari orang lain. Bagi saya masakan palembang dari tangan mama ini sangat sedap dan saya tidak mahu orang lain merosakkan keenakan yang saya rasa. Sampai begitu sekali keistimewaan hasil air tangan mak saya kan?
Tapi jujurnya keenakan masakan palembang ni secukup rasa. Penuh rasa santan, rempah dan kerisik. Kuahnya pekat, dihidang pula bersama ketupat atau lontong cukup membuatkan ianya sempurna.
Mama pesan kepada saya, supaya belajar hidangan ini supaya satu hari nanti ada pengganti yang akan mewarisi masakan dia 😭😭
Sedih pula saya nak menaipnya.
Okay lah saya kongsikan resipi ayam Palembang ni bersama korang semua supaya korang juga boleh turut rasa keenakkan dan kelazatan hidangan ini
Ayam Masak Palembang
#goldenapron
#minggukeduapuluhsatu
#saturesipisatupohon
Ayam Palembang ni saya mula kenal dan makan hanya dari masakan mama saya. Saya belum pernah rasa masak Palembang ni dari orang lain. Bagi saya masakan palembang dari tangan mama ini sangat sedap dan saya tidak mahu orang lain merosakkan keenakan yang saya rasa. Sampai begitu sekali keistimewaan hasil air tangan mak saya kan?
Tapi jujurnya keenakan masakan palembang ni secukup rasa. Penuh rasa santan, rempah dan kerisik. Kuahnya pekat, dihidang pula bersama ketupat atau lontong cukup membuatkan ianya sempurna.
Mama pesan kepada saya, supaya belajar hidangan ini supaya satu hari nanti ada pengganti yang akan mewarisi masakan dia 😭😭
Sedih pula saya nak menaipnya.
Okay lah saya kongsikan resipi ayam Palembang ni bersama korang semua supaya korang juga boleh turut rasa keenakkan dan kelazatan hidangan ini
Cara Memasak
- 1
Ayam dibasuh, ditos airnya. Kemudian digaul bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
- 2
Dengan menggunakan minyak gorengan ayam,tumiskan daun kari,biji pelaga, kayu manis, bunga lawang dan serai. Masukkan bawang putih,bawang merah,lengkuas,halia dan cili yang telah dikisar halus.Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan pula serbuk ketumbar,jintan putih dan jintan manis.
- 3
Masukkan gula merah dan garam. Gaul rata. Kemudian tuangkan santan dan air. Gaul rata lagi.
- 4
Tuangkan kicap manis dan kicap pekat. Gaul sebati dan biarkan mendidih.Kemudian masukkan kerisik.Gaul lagi. Akhir sekali masukkan ayam. Masak sehingga ayam sebati dengan kuah.
- 5
Sedia dihidang bersama ketupat.
Resipi Sepertinya
-
Daging Masak Palembang Daging Masak Palembang
#kambu#goldenapron#1post1hopeHidangan ini wajib ada di dapur rumah Mama setiap kali tiba perayaan.Entah kenapa kalau mama tak menyediakan hidangan istimewa ini,rasanya kurang sempurna.Oleh itu,mama turunkan resipinya kepada kami (anak-anak) supaya orang lain masih boleh merasai kelazatan Daging Masak Palembang.“Masak Palembang “Secara ringkasnya,masakan ini mempunyai rasa lemak manis dari santan kelapa,kicap dan kerisik.Ditambah pula dengan secukup rasa ketumbar,daun kari dan rempah-rempah campuran menambahkan lagi selera sesiapa yang mencubanya.Rahsia kelazatan resipi ini adalah “rempah campuran” yang mama ajar kepada saya iaitu•Serbuk ketumbar•Serbuk jintan manis•Serbuk jintan putihSatukan kesemua rempah ini dalam satu balang dan goncangkan.Sesungguhnya,sajian ini sangat sedap.Jom cuba!! Gyna Elenna -
Rendang Daging Batang Pinang Rendang Daging Batang Pinang
#selangor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySi adik dah pesan sebelum pergi sekolah.“Mummy, nanti i nak rendang dengan pulut kuning”Si kakak pun mencelah, “i pun nak !!!”Gara- gara si adik bawa pulang rendang ayam dan pulut kuning sempena harijadi kawan di sekolah. Agaknya tak puas makan sebab tu minta sajian yang sama. Cuma kali ni saya tukar kepada daging batang pinang yang dibeli suami di pasar kelmarin. Saya sangat tersentuh dengan si adik, katanya dia menyimpan pulut kuning dan rendang yang diberi temannya untuk dibawa pulang. Hanya kerana ingin makan bersama saya. Yang paling membuatkan saya rasa terharu, katanya lagi semua teman-temannya makan beramai-ramai. Sedangkan dia hanya melihat temannya menikmati sajian kegemaran dia. Disimpan rapi makanan itu supaya tidak terjatuh. Sampai di rumah, saya hidangkan dan makan bersama. Saya hanya makan sesudu sebab takut Dia tak puas makan. Apatah lagi di kongsi bersama si kakak.Bersungguh saya masak hari ni supaya anak-anak puas makan rendang dan pulut kuning. Semoga hidangan yang saya masak hari ini penuh dengan kasih sayang. Alhamdullillah anak-anak kata “sedapnya rendang daging ni”Puas hati seorang ibu bila melihat anak-anak gembira menikmati air tangannya. Saya percaya semua ibu di luar sana berasa sama seperti saya.Jangan sedih ya bila baca kisah ni. 😊 Gyna Elenna -
Ayam Masak Palembang Ayam Masak Palembang
Ayam masak palembang ini jika dilihat sekilas, kita akan tertukar dengan masakan ayam masak kicap biasa. Tetapi sebenarnya ia mempunya tekstur kuah yang lebih pekat dan menyengat.Biasanya menu ini akan dihidang semasa hari raya atau di waktu kenduri kendara. Sangat enak dinikmati bersama Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, nasi putih, roti mahupun lontong. Selain ayam, boleh juga digantikan dengan daging. Nora Hj Talib -
Daging Palembang Daging Palembang
Asalnya nak masak kicap jer...tapi rasa tak best la pula...jadi kita cuba Daging Palembang...#GlobalApron2024#Challenge41IndonesianFood#DagingSeraiLengkuasCiliHaliaKicapManis Muniroh Annuar -
Ayam Percik Bazar Ramadan 2020 Ayam Percik Bazar Ramadan 2020
#bazaarramadan#goldenapron2020Musim pkp ni memanglah banyak masa di rumah. Macam2 resepi hendak dicuba. Terkena pulak bulan ramadan merupakan satu kesempatan untuk menyediakan juadah berbuka sendiri. Biasanya kalau teringin makan apa2 terus je ke bazar ramadan. Namun tahun ini tiada bazar ramadan seperti biasa. Cuma bazar ramadan online sahaja yg ada. Berbagai juadah disediakan. Tinggal nak order sahaja. Gemok betul tahun ni. Duduk di rumahpun dapat makan menu bazar ramadan. Cuma perlu hello hello je. So dikesempatan ini saya juga cuba test market dengan resepi saya ini. Ternyata tidak mengecewakan. Alhamdulillah order meningkat hari ke hari. Dengan penuh kesyukuran saya kongsikan resepi ayam percik saya (untuk seekor ayam)untuk semua. Lepas ni andapun boleh test market juga. Semoga ilmu ini bermanfaat dan dapat menambahkan sumber rezeki anda semua. Jom kita lihat resepinya. 100% customer berpuashati dgn rasanya. Cubalah... Hamidah binti Mokhtar -
Ayam Palembang Ayam Palembang
Ayam kampung dimasak Palembang pengubat rindu lailer terhadap pasangannya jekfer yang sukakan menu ini untuk dimakan bersama ketupat. Jekfer juga masak palembang ini untuk kambing dan lembu. Ini lah makanan kegemaran jekfer semasa menyambut Hari raya aidil adha.#cppassport Ani Delighted -
Kari Ayam Kari Ayam
#goldenapron#minggu keduaMinggu ini saya kongsikan bersama anda resipi kari ayam yang kurang santan tetapi pekat dengan rasa rempah.Ala-ala kari mamak gitu tapi yang ini resipi ala-ala chep Gyna.Chep Okay bukan chef.Belum layak saya digelar chef tapi memadai sangat kalau menjadi chef dihati anak-anak dan keluarga.Nak juga gelaran tuh 😂Okay,balik kepada cerita tentang kari.Sudah menjadi sebati cara saya memasak kari,penggunaan santan adalah sedikit tetapi untuk kekalkan kepekatan kuah,saya lebihkan rempah.Yang penting sekali yang perlu anda ingat kalau nak ikut cara saya,bahan kisar seperti bawang dan halia wajib ditumis sehingga keperangan dan kering.Tetapi bukan hangus.Begitu juga dengan tumisan rempah,harus ditumis sehingga terbit minyak.Ini adalah kerana untuk mengelakkan kari menjadi pekat apabila sejuk.Adapula nanti rasa kuah masih kuat dengan rasa bawang mentah sehingga menganggu keenakan rasa kari.Untuk kari ayam,bawang dan halia lebih sedap dikisar.Berbeza dengan kari ikan atau sotong dimana bawang dan halia akan saya mayang halus.Penggunaan perahan limau nipis pula,saya tidak menggunakan asam jawa mahupun asam keping untuk resipi kari ayam.Saya gantikan dengan perahan limau nipis.Ada perbezaan rasa bila kita masak kari menggunakan asam keping atau limau nipis.Ingat ya!perahan limau nipis sedap untuk kari ayam tetapi bukan kari ikan.Kalau nak tahu apakah nikmatnya,anda harus cuba resipi saya. Gyna Elenna -
Rendang Ayam Rendang Ayam
#goldenapron#mingguketujuh#1post1hopev2Kalau raya mesti tak akan tertinggal masakan rendang.Tak kiralah rendang ayam,daging atau pun kerang.Mesti rendang akan jadi hidangan utama ketika menjelang raya.Kadang-kadang bila hari biasa pun kita rindu rendang.Makan dengan nasi pun terasa nikmatnya.Jom cuba resipi Rendang Ayam resipi saya yang biasa-biasa saja tapi nikmat kelazatannya ya ampunnnnn..!!😂 Gyna Elenna -
Ikan Kembung Masak Pindang Ikan Kembung Masak Pindang
#goldenapron#mingguketujuhbelasJangan keliru ikan singgang dan pindang ya. Saya terbiasa makan lauk pindang berbanding singgang. Kalau singgang berwarna putih tetapi lauk pindang berwarna kuning.Cara memasak pula, saya akan tumis dahulu hirisan bawang, halia dan lain2 sehingga layu sebelum masukkan ikan. Rasanya pula bagi saya sangat segar kerana ada rasa kunyit dan kuahnya rasa masam-masam secukup rasa. Lagipun semua orang tahu kunyit ada pelbagai khasiat. Kalau demam atau sedang berpantang memang sesuai sangat sajian ini. Ikan juga boleh di tukar mengikut selera masing-masing. Kalau ada sambal belacan dan ulaman, walahhhhh!! sedap sangat tu. Gyna Elenna -
Ayam masak kentang & cendawan Ayam masak kentang & cendawan
Hmm.. Pada zaman dahulu, suami saya ni time dia masi di sekolah menengah, dia join kelas karate.. Dan setiap kali sebelum bertanding, ibu dia akan masak masakan ni.. Untuk tenaga supaya menang bawa pulang emas.. Orang yang gemar join marathon pun baik makan ni sehari sebelum berlari.. Ini macam isi minyak kereta. Biar full.. So, saya belajar la masak resipi ni.. Originally, cuma kentang dan ayam sahaja tapi saya pandai2la letak cendawan, not bad the result.. Hehe.. Selamat mencuba.. imel_recipe -
Resepi Ayam Pandan Kuning (Tuturuga) Resepi Ayam Pandan Kuning (Tuturuga)
Ayam tuturuga adalah masakan ayam khas Manado yang dimasak dengan daun pandan dan daun kemangi. Tetapi saya agak susah mendapatkan daun kemangi di KL. Jadi saya biarkan saja. Resepi ini boleh dimasak kering atau berkuah. Saya sajikan versi kuah agar boleh dicecah dengan roti canai.#goldenapron2020 Meithya Rose -
Nasi Lemak Rendang Ayam Nasi Lemak Rendang Ayam
Nasi lemak ringkas bersama rendang ayam. Rasheeqa Bahida
Lebih Banyak Resipi
Komen