Daging Masak Hitam SuperSimpleSedap

hanimaj min
hanimaj min @cook_min86

Sesuai untuk berbuka dan sahur

Daging Masak Hitam SuperSimpleSedap

39 orang bercadang membuatnya

Sesuai untuk berbuka dan sahur

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan kisar
  2. 1biji bawang holland
  3. 2 ulasbawang putih
  4. Cili padi (ikut kepedasan)
  5. 1serai
  6. 1inci halia
  7. Bahan perapan daging
  8. 500 gmdaging
  9. 1sudu kecil jintan putih (kisar)
  10. 1sudu kecil jintan manis (kisar)
  11. 1sudu kecil ketumbar (kisar)
  12. 1sudu sos tiram
  13. 3sudu kicap pekat
  14. Bahan tumis
  15. 1biji bawang merah
  16. Rempah 3 sekawan
  17. 1/2biji tomato (potong dadu)
  18. 1sudu cili kisar
  19. Air
  20. Garam secukup rasa
  21. Kismis (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Perap daging dengan jintan manis,jintan putih,ketumbar,kicap pekat dan sos tiram. Perap selama 1/2 jam minimum. Lagi lama perap,lagi sedap😁.

  2. 2

    Panaskan minyak. Masukkan rempah 3 sekawan. Masukkan bawang. Setelah bawang hampir layu, tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Selepas itu,masukkan cili kisar.

  3. 3

    Setelah naik minyak,masukkan tomato. Tumis sehingga tomato layu.

  4. 4

    Kemudian,masukkan daging yang telah diperap tadi. Gaul-gaulkan dan biarkan daging masak dan empuk. Sekiranya terlelu pekat,boleh tambah air. Masukkan sedikit kicap jika suka.

  5. 5

    Setelah empuk,masukkan cili merah dan bawang holland yang telah dihiris kecil. Masukkan kismis (tiada dalam gambar).Masukkan garam jika suka. Sis tak letak garam dah sebab rasa kicap pun dah cukup. Kismis untuk rasa manis dan masam sedikit selain menaikkan warna hitam.

  6. 6

    Tutup api. Dah siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
hanimaj min
hanimaj min @cook_min86
pada

Komen

Resipi Sepertinya