Nasi Ayam Family

AsHzifi
AsHzifi @anak_bosu_ma

Nasi ayam dibuat dengan penuh kasih sayang olahan dari rasa-rasa nasi ayam yang pernah dimakan sehingga menjadi kegemaran keluarga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 15 minit
3 orang
  1. Ayam separuh ekor
  2. Sos tiram.Kicap manis.kicap masin.minyak bijan.madu.gula perang
  3. Halia
  4. Bawang putih
  5. Bawang merah
  6. Bawang holland
  7. Kiub ayam
  8. Mentega
  9. Beras 2 1/2 pot
  10. Kulit kayu manis.pelaga.bunga lawang
  11. Daunpandan
  12. Pewarna kuning
  13. Sup bunjut
  14. Cili merah
  15. Limau kasturi
  16. Cuka

Cara Memasak

1 jam 15 minit
  1. 1

    Perap ayam dengan 2hiris halia dan 3 ulas bawang putih tumbuk.panaskan air ikut banyak mana nak sekali untuk masak nasi ayam dan sup ayam.masukkan ayam perap dalam air yg dah mendidih.masak setengah jam.

  2. 2

    Sediakan bahan perap ayam untuk goreng.campur sekali 2sb sos tiram, 4sb kicap manis, 3 sb kicap masin, 1sb minyak bijan, 2sb madu, 1sb gula perang. Angkat ayam yg direbus tadi dan masukkan dalam campuran perapan td.biarkan dan boleh masak nasi dan buat sup dan cili dulu.

  3. 3

    Cairkan mentega ikut citarasa masing2 nk lemak mana nasi ayam tu nanti. Masukkan kulitkayumanis, pelaga, bungalawang, halia2hiris, bawang merah hiris 3ulas, bawang putih ketuk 3ulas, daun pandan 2simpul.masak hingga bawang merah nampak coklat sikit2 aedap nnt baunya.masukkan beras yg dh dibasuh dalam gorengan.kacau2.masukkan air rebusan ayam td sampai tutup beras jea dulu.gaul2 tutup api.masukkan beras dalam periuk nasi dan tambah air rebusan ikutv level air masak nasi.maka, masakla nasi.siap.

  4. 4

    Untuk kicap.ambik bahan perapan ayam tadi panaskan.campurkan air rebusan ayam 1 senduk.biar mendidih.siap.

  5. 5

    Untuk cili.ambik cili merah besar 2 biji.cili api 1 biji kalau nak pedas. Potong dua limau kasturi.separuh masuk blender.separuh perah air sahaja. Bawang putih 1 ulas. 1sb gula. 1sk garam. cuka 2sb. air rebusan ayam 1senduk.blend.siap.

  6. 6

    Dah siap semua.jgn lupa goreng ayam yg diperap tadi.hidangkan bersama salad, timun jepun, tomato.selamat mencuba.🌹

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
AsHzifi
AsHzifi @anak_bosu_ma
pada

Komen (3)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
kita pun suka buat nasi ayam, ayamnya letak sos tiram dgn kicap.. sedap wlpun simple.

Resipi Sepertinya