Sambal Belacan Goreng

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

#goldenapron2020
#minggu32
Siapa suka makan sambal belacan versi goreng? Boleh cuba resepi ini. Sangat mudah dan sedap. Kalau makan sambal belacan nie, pasti bertambah-tambah nasi.
Anak-anak suka sangat makan sambal belacan ini, tak sempat simpan esok sebab habis. Biasanya kami satu famili makan dengan ulam raja, pegaga, timun, salad dan apa-apa sebarang ulam untuk cicah sambal belacan ini. Makan dengan ayam goreng pun sedap😋

Jom la cuba😘😘😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6biji cili merah
  2. 10biji cili padi
  3. 1biji bawang besar
  4. 1biji tomato
  5. 3 ulasbawang putih
  6. 1inci belacan
  7. 3biji air perahan limau nipis
  8. 1-2sudu besar cuka (optional)
  9. 3sudu besar gula perang (jika ingin kurang pedas boleh tambah)
  10. 1sudu kecil garam
  11. 1-2sudu besar minyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Potong kasar cili merah, bawang besar, bawang putih, cili padi dan tomato kecuali belacan dan limau nipis

  3. 3

    Bakar belacan atas dapur seperti dalam gambar

  4. 4

    Goreng semua bahan yang dipotong kasar tadi dengan minyak. Bila naik bau dan nampak bawang layur seperti dalam gambar, angkat dan masukkan ke dalam pengisar. Minyak mengoreng tu tak perlu masukkan yea. Nak tumbuk guna lesung pun boleh

  5. 5

    Bila kisar sekejap, masukkan gula, garam serta perahan air limau nipis. Kalau nak halus lagi, boleh kisar lagi. Jika nak kasar-kasar, kisar sekejap jea cukup. Boleh dimakan bersama apa-apa ulam dan nasi panas, sedap weh😋😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya