Lemang Paper Cup

Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Jitra

Teringin nak makan lemang tapi takde buluh untuk nak buat lemang??

Meh cuba buat cara ni. Kita guna paper cup saja (cawan kertas)

Saya pun 1st time mencuba ni. Biasa memang buat dalam buluh.

Ehhh... Menjadi juga rupa-rupanya. Boleh la lepas gian nak makan lemang.

Takde rendang, kita cicah dengan serunding ja. Pulun la suami ngan anak-anak makan. 1/2 kilo tu, sekali hadap ja... 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 kgberas pulut
  2. 250 gsantan sederhana pekat
  3. Air secukupnya
  4. 3 sudu tehgaram halus @ secukup rasa (garam kasar lagi lemak)
  5. 1sdb gula (optional)
  6. Daunpisang
  7. Cawankertas

Cara Memasak

  1. 1

    Basuh beras pulut bersih-bersih. Toskan airnya. Kemudian rendam sekejap dengan santan yang dicampur air secukupnya.

  2. 2

    Sediakan paper cup dan daun pisang. Gulung daun pisang, masukkan kedalam paper cup.

  3. 3

    Isikan beras pulut memenuhi 3/4 paper cup. Kemudian tuangkan santan sampai pulut tenggelam.

  4. 4

    Panaskan kukusan. Kukus lemang selama 45 minit atau sampai masak. Selepas 30 minit mengukus, boleh tekan sikit lemang tu dengan sudu nak bagi padat.

  5. 5

    Bila lemang dah masak boleh bakar 10-20 minit dalam oven 180c kalau nak rasa garing sikit. Sejukkan lemang terlebih dahulu. Bila nak makan potong lemang dengan pisau yang tajam.

  6. 6

    Boleh nikmati lemang dengan rendang, serunding @ apa saja pencecah yang disukai.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norashikin Rahmat
Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
pada
Jitra
It's all about food 🍲 🍝🍜I ❤️ cooking
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya