Ikan Aya Masak Asam Simple

Jekfer vs Lailer Cook Off.
Pilihan Yani kali ini menyebelahi Jekfer sebab di kala tekak belum berapa baik dari sakit ni menu macam ni akan bantu membuka selera untuk makan. Rasanya yang masam dan tidak terlalu pedas sesuai untuk dimakan bersama nasi yang panas-panas. Sambil makan, sambil berpeluh....memang syok🤭🤣.
Ok, jom lihat resipinya...bagi Yani mudah saja.
Ikan Aya Masak Asam Simple
Jekfer vs Lailer Cook Off.
Pilihan Yani kali ini menyebelahi Jekfer sebab di kala tekak belum berapa baik dari sakit ni menu macam ni akan bantu membuka selera untuk makan. Rasanya yang masam dan tidak terlalu pedas sesuai untuk dimakan bersama nasi yang panas-panas. Sambil makan, sambil berpeluh....memang syok🤭🤣.
Ok, jom lihat resipinya...bagi Yani mudah saja.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan disediakan. Ikan Aya tu dilumurkan dengan garam dan kunyit kemudian goreng sehingga masak. Angkat ikan dan toskan minyak.
- 2
Selepas ikan siap digoreng, kurangkan minyak dan mula tumiskan bawang putih, halia dan cili bila sedikit kekuningan masukkan asam jawa 2 sudu makan. Kemudian masukkan air dan tomato. Kacau sehingga mendidih kuahnya. Masukkan ikan dan taburkan bawang besar. Kacau rata, biar mendidih semula kemudian tutupkan api memasak.
- 3
Siap dihidangkan. Mudah je. Selamat mencuba😁.
Resipi Sepertinya
-
Ikan masak asam semasam lailer pada jekfer Ikan masak asam semasam lailer pada jekfer
Jekfer vs Lailer Cook-OffJekfer kan kampung boy jadi pasti lah suka makan masakan cam gini, lainlah lailer kan.. tpi mggunakan resepi mungkin lailer suka mkn benda ni.. jomlah try KAM -
Ikan masak asam rebus Ikan masak asam rebus
💖 402 : 33/2022 💖Jekfer vs Lailer Cook OffUntuk Jekfer dan Lailer jangan gaduh -gaduh yea...Meh cuba Ikan Tulai masak asam rebus Ummi paling simple dan pastinya sedap ni...Kompom menambah-nambah makan nasi dengan ikan masak asam rebus ni.... Q'leenalee's Kitchen -
👩🍳Masak Asam Utara Ikan Jenahak 👩🍳Masak Asam Utara Ikan Jenahak
Jekfer Vs Lailer Cook-OffIkan Masak Asam Vs Kek CawanKampung Boy Jekfer & City Minah Lailer sedang hangat berdebat tentang hidangan mana lagi sedap, Ikan Masak Asam atau Kek Cawan?1 Cook-Off supaya Jekfer dan Lailer dapat ‘see eye to eye’ tentang dua hidangan ini.Bagi saya dua hidangan ini tak boleh dibandingkan kerana yang satu ialah lauk; satu lagi ialah pencuci mulut. Dua2 pun sedap😋🤗.Apa2 pun jom bantu cadang resipi ikan masak asam🤗💪👩🍳Credit Recipe: secukuprasa.com 🌹#JekferLailer_CookOffResipi 78/2022 Mahadiah -
Ikan Tenggiri Masak Asam Ikan Tenggiri Masak Asam
Jekfer Vs Lailer Cook-Off.:Antara Ikan Masak Asam dengan Kek Cawan,pada k.ha dua-dua sedap cuma berbeza waktu untuk dihidangkan.Hidangan Ikan sesuai untuk makan tengahari dan malam,Kek Cawan pula untuk dinikmati ketika minum petang @ ketika bersantai-santai bersama keluarga.Untuk berlaku adil 1 Cook-Off untuk Ikan Masak Asam dahulu.InsyaaAllah selepas ini 1 Cook-Off untuk Kek Cawan pula. ha.lim39 -
Ikan Mayung Masak Asam Cuka Ikan Mayung Masak Asam Cuka
💖 403 : 34/2022💖Jekfer Vs Lailer Cook OffIni lagi satu resepi ikan masak asam iaitu masak asam cuka. Menu ini juga menu kegemaran ummi.. Ummi yakin jika jekfer dan lailer rasa pasti jatuh suka pada menu ini. Q'leenalee's Kitchen -
Cencaru Masak Asam Cencaru Masak Asam
Jekfer vs Lailer Cook-OffPerdebatan di antara Jekfer & Lailer tentang hidangan Ikan Masak Asam atau Kek Cawan sedang hangat diperkatakan sehingga ke telinga kedua-dua mertua dan jiran.Oleh kerana Lailer tengah mengandung, Jekfer turut mengalami alahan “pembawaan budak” tu walaupun tak rami bakal-bakal bapa/ayah yang mengalami nya sewaktu isteri mereka tengah mengandung. Jekfer tak nak menyusahkan Lailer untuk memasak untuk nya walaupun Jekfer teringin sangat hendak makan ikan masak asam, Jekfer cuba berusaha juga untuk memasak walaupun dia alah pada bau bawang namun gagal. Ibu Jekfer kesian melihat anak nya dan mengirimkan lauk ikan masak asam untuk Jekfer. Dapur Yusfarisyia -
Asam Pedas Ikan Senangin Cara Yani Asam Pedas Ikan Senangin Cara Yani
#jekferlailer4eva #goldenapron2020Demi memikat hati bakal "mother in law", Lailer perlu memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Mak Jekfer. 😱😱😱😱Mujurlah masa Yani nak kawin dulu takde syarat suh masak Asam Pedas 🤣🤣...Kalau tak tentu fail❗Tetapi sekarang tidak lagi😊😍...Jom masak asam pedas cara Yani yang tentunya memikat perut Encik Suami Yani🤣.Selamat mencuba Lailer👍 Nur Azliani Amer -
Ikan Masak Asam Utara Ikan Masak Asam Utara
Jekfer vs Lailer Cook-OffIkan masak asam dengan cupcake dua-dua akak suka.Lagipun kedua-duanya dalam kategori yang berbeza, satu lauk pauk, satu lagi kuih muih.Jadi memang sukar nak buat pilihan. Kalau kena pilih jugak... Akak pilih dua-dua sekaligus.Ikan masak asam santapan ditengahariCupcake juadah untuk minum petang.Boleh tak macam tu?? 😁 😁Ok, kali ni akak share ikan masak asam utara dulu. So, boleh la Jekfer & Lailer cuba untuk makan tengahari. Memang sedap lauk ni dimakan dengan nasik panas-panas 😋. Norashikin Rahmat -
Ikan Aya Masak Asam Pekat Ikan Aya Masak Asam Pekat
Jekfer sukakan ikan masak asam .Tapi dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan..jekfer masak je apa yang ada dalam peti..janji rasa teringin tekak nya tercapai.. FZ Adzlin -
Bawal Emas Masak Asam Bawal Emas Masak Asam
55/2022/RoadtoWorldRecipes/1173❤️ Jekfer vs Lailer Cook-Off ❤️❤️ Ikan Masak Asam vs Kek Cawan ❤️Sejujurnya hakak kurang makan masak asam ni. Selalu balik rumah mak, memang mak masak. Tapi di rumah sendiri ini ler kali pertama masak gara-gara Si Jekfer dan Lailer ni. Udah merajuk bagai ehh. Jadi hakak sebagai jiran yang prihatin ni, usaha juga masak tu untuk bagi ke dorang 🤭😂. Tujuannya asal dorang bertenang dan tak hingaq ehh bergaduh siang malam bahas tentang masak asam dan cupcake sesaje..Untuk resipi masak asam ni, hakak guna bawal emas. Sebenarnya p pasaraya cari ikan nyok-nyok. Tapi dah tak de. Pastu tengok pulak ikan bawal sampai ada 3 jenis iaitu bawal putih, bawal hitam dan bawal emas. Jenuh tawaf dan berfikir, akhirnya hakak beli jela ikan bawal emas. Sebab bajet2 rasanya lagi sedap gamaknya (sejenis jarang beli ikan begini kan). Maka terjadilah resipi Bawal Emas Masak Asam. Sedap juga haaa 😋.Btw resipi ni inspirasi daripada @puanyani . Terima kasih ya. Resipi I ikut U Tapi ikan iolls tukar ☺️ Salina Jalaludin -
Shawarma Ayam Shawarma Ayam
Assalamualaikum wbt & selamat pagi Isnin yang indah.S untuk Sarapan apa pagi ini?S untuk Shawarma Ayam ialah sarapan pagi Yani hari ini.Ok, jom Yani kongsikan resipinya sambil-sambil Yani makan ni.😊 Nur Azliani Amer -
Ikan Cencaru Goreng & Terung Bakar Air Asam Ikan Cencaru Goreng & Terung Bakar Air Asam
#goldenapron2020 #minggu10Menu yang mudah, sedap dan buat Yani bertambah nasi. Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen