Bubur Lambuk Terengganu

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
Malaysia🇲🇾

Alhamdulillah...Ramadhan hampir tiba Syabaan pun berbaki hanya tinggal berberapa hari jer lagi...setiap kali bulan puasa inilah resipi dan juadah yang tidak pernah akk lupa Signature arwah 'Ma'(emak).
Bubur lambuk Terengganu memang berbeza dengan negeri2 lain kerana ramuannya ada bermacam2 sayuran kampung, resipi untuk kali ini sangat istimewa sebab akk campurkan buah tamar sebagai ganti gula atau nisang mengambil berkat makanan sunnah dibulan yang mulia.❤️🤲
Ok jom intai resipi ikhlas dari akk semoga semua cookpaders sudi mencuba yang pasti
sangat2 sedap...😍😘👍👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
8-10 sajian
  1. 2 potberas dicuci bersih dan di rendam air
  2. 4 ekorikan kembong/ Selayang (rebus ambik isi)
  3. 500 mlsantan pekat
  4. 70 mlbudu bilis
  5. 7-9 bijitamar (buah kurma)
  6. 3 sudu makankerisik kelapa
  7. 30 gkeropok keping (keropok ikan)
  8. 3 bijiubi keledek oren (dipotong kecil)
  9. 7 ulasbawang putih*
  10. 2 labubawang besar bombay*
  11. 3 incihalia*
  12. 3 incilengkuas*
  13. 5 batangserai*
  14. 70 glada hitam*
  15. 2 sdtgaram
  16. Air - (secukupnya)
  17. Bahan2 Sayuran (Ikut pilihan)
  18. Pucuk paku merah, pucuk kaduk, daun kunyit, daun pucuk manis
  19. Daunkesom, pucuk ulat bulu/letop2, pucuk labu kuning,pucuk ubi
  20. Bahan Rencah tambahan (pilihan)
  21. Udang dan sotong

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Rebus ikan kembung bersama asam keping dan sedikit garam, sediakan kesemua bahan yang tertulis diatas...kesemua bahan bertanda * di kisar lumat.

  2. 2

    Cuci bersih kesemua sayuran dan toskan air, Kesemua sayuran di potong kecil dan buang batang keras...ambik yang lembut sahaja.

  3. 3

    Beras direbus hingga berkanji sampai menjadi bubur...masukan keledek, bahan kisar, isi ikan, buah tamar, budu, kerisik dan santan biar kesemuanya serata...dan tambahkan sotong atau udang serta keropok kacau sebati dan masukkan sayuran...pucuk paku merah masukan kemudian kerana terlalu lembut...biar seketika dan rasa lemak masin sesuai selera dan citarasa sendiri...kepekatan bubur terpulang pada citarasa ya...kalau terlalu pekat boleh tambah air panas.

  4. 4

    Bubur Lambuk Terengganu...#StyleAzaAaj is done hidangkan ketika berbuka puasa insya Allah pasti bertambah2 seleranya🥰...Marhaban Ya Ramadan🤲⭐🌙

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
pada
Malaysia🇲🇾
Cooking with ❤️ #StyleAzaAaj
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Masih terasa-rasa lagi kesedapan bubuk lambuk Kak Aza ni. Alhamdulillah ada jugak rezeki Ita nak merasa. Ni mmg terbaik la, bagi Ita lagi sedap drp bubur lambuk Kg Baru sebab meriah bahan siap bubuh sotong lagi ❤️

Resipi Sepertinya