Ayam Masak Halia

arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza

#goldenapron2020
#cookpadmalaysia

Pertama kali mencuba resepi ini semasa kami tinggal di Perlis. Resepi ini diperoleh daripada FB Tuan Khairul Muhammad Hakimin. Tapi resepi ini dah diolah sedikit daripada yang asal. Jom kita memasak.

Ayam Masak Halia

16 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020
#cookpadmalaysia

Pertama kali mencuba resepi ini semasa kami tinggal di Perlis. Resepi ini diperoleh daripada FB Tuan Khairul Muhammad Hakimin. Tapi resepi ini dah diolah sedikit daripada yang asal. Jom kita memasak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2ekor ayam (potong kecil)
  2. 1sudu kecil garam kunyit
  3. 1biji bawang holland (1/2 biji kisar, 1/2 biji potong separa bulat)
  4. 2 ulasbawang putih
  5. 1inci halia
  6. 1 batangserai
  7. 2 helaidaun limau purut
  8. 3biji cili padi
  9. 1/2sudu besar sos tiram
  10. 1sudu kecil air limau nipis
  11. 1/4sudu kecil garam
  12. 1/2 cawanair
  13. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Basuh ayam dan toskan. Gaul dengan garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.

  2. 2

    Kisar 1/2 bawang holland, bawang putih dan halia. Keluarkan minyak gorengan ayam tadi. Tinggalkan minyak dalam satu senduk. Panaskan minyak, masukkan serai yang telah diketuk, tumis bahan kisar. Goreng sehingga kekuningan.

  3. 3

    Tambah sedikit air sekiranya terlalu pekat. Masukkan sos tiram. Perasakan dengan garam. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati.

  4. 4

    Masukkan daun limau purut, cili padi dan potongan bawang. Kacau seketika. Tutup api dan tuang air limau nipis. Kacau sebati. Tutup kuali sekejap. Siap dan sedia untuk dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
arihasliza ariffin
arihasliza ariffin @arihasliza
pada

Komen

Resipi Sepertinya