Ayam Masak Palembang

Ayam masak palembang ini jika dilihat sekilas, kita akan tertukar dengan masakan ayam masak kicap biasa. Tetapi sebenarnya ia mempunya tekstur kuah yang lebih pekat dan menyengat.
Biasanya menu ini akan dihidang semasa hari raya atau di waktu kenduri kendara. Sangat enak dinikmati bersama Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, nasi putih, roti mahupun lontong. Selain ayam, boleh juga digantikan dengan daging.

Cara Memasak
- 1
Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng setengah masak dan ketepikan
- 2
Panaskan minyak dan minyak sapi
- 3
Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sampai naik bau.
Masukkan cili blend.
Tumis sampai pecah minyak. - 4
Masukkan rempah kari, serbuk jintan dan kerisik.
Masukkan daun kari. - 5
Tumis sekejap, masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
Masukkan asam keping.
Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. - 6
Masukkan santan.
- 7
Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)