Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#goldenapron
Roti jala pandan yg lembut & dicicah dgn sos yg pekat & lemak manis..inspirasi daripada mak mentua saya...sungguh sedap di nikmati

Roti Jala Pandan Bersama Sos Manis

#goldenapron
Roti jala pandan yg lembut & dicicah dgn sos yg pekat & lemak manis..inspirasi daripada mak mentua saya...sungguh sedap di nikmati

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 💚 3 cawan tepung gandum
  2. 💚 2 1/2 cawan air daun pandan (blend air +6 helai daun pandan)
  3. 💚 1/2 cawan santan pekat
  4. 💚 2 biji telur
  5. 💚 1 sudu teh garam halus
  6. 💚 2 sudu teh gula (optional)
  7. 💚 3 sudu bsr minyak
  8. 💚 pewarna hijau

Cara Memasak

  1. 1

    Campur semua bahan2 & kacau. Blend hingga sebati

  2. 2

    Masukkan adunan ke dlm botol muncung 3. Panaskan kuali non stick dgn api kecil. Jalakan melintang dulu, kemudian menegak. Biarkan beberapa saat, x perlu diterbalikkan. Angkat

  3. 3

    Posisikan roti jala menjadi diamond..iaitu bucu ke atas. Lipat sebelah kanan & kiri ke tgh. Lipat pula di bahagian atas sedikit supaya lebih kemas & gulungkan sampai habis

  4. 4

    Tinggalkan sedikit adunan utk membuat sos dlm 1/2 @ 1 cawan. Campur 1/2 cawan santan, 1/2 cawan gula & 1 cawan air. Sukatan ini saya agak2 saje. Masak di atas api kecil & kacau sentiasa hingga sedikit pekat & berlikat. Hidangkan roti jala bersama sos pandan

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Resipi Sepertinya