Ramuan

  1. Nasi tomato
  2. 4 cawanberas basmathi Moghul (dibasuh dan direndam kira-kira 10-15 minit)
  3. 1labu bawang merah India (dihiris)
  4. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  5. 2inci halia (dihiris)
  6. Sedikitkulit kayu manis
  7. Sedikitbunga lawang
  8. Sedikitbunga cengkih
  9. Sedikitbuah pelaga
  10. 3sudu besar minyak sapi
  11. 1/2 cawanminyak masak
  12. 4 cawanair
  13. 1/2 cawansusu cair
  14. 6sudu besar puri tomato
  15. 3biji tomato dicincang
  16. 3-4 helaidaun pandan disimpul
  17. Sedikitgaram
  18. Ayam masak merah
  19. Seekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
  20. Segenggam cili kering (direbus dan dikisar halus)
  21. 5biji bawang merah*
  22. 1labu bawang holland*
  23. 5 ulasbawang putih*
  24. 3inci halia*
  25. 3biji tomato dikisar halus
  26. 4sudu besar puri tomato
  27. 1 cawansos cili
  28. 1/2 cawansusu cair (ikut suka tak nak letak pun boleh)
  29. Sedikitair
  30. Sedikitminyak untuk menumis
  31. Sedikitkulit kayu manis
  32. Sedikitbunga lawang
  33. Garam
  34. Gula
  35. Serbuk perasa
  36. Acar Jelatah
  37. 2biji timun dibuang empulur nya (dipotong mancis)
  38. 2 batanglobak merah(dipotong mancis)
  39. 1/2biji nenas saiz kecil (dipotong kecil)
  40. 1/2labu bawang merah India (dipotong memanjang)
  41. 1biji cili merah (dipotong kecil)
  42. Cuka
  43. Garam
  44. Gula
  45. Bahan lain
  46. Bawang merah goreng
  47. Sedikitdaun ketumbar (saya cari tak jumpa, saya gantikan dengan daun parsli kering)

Cara Memasak

  1. 1

    Untuk nasi nya, panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumis bahan-bahan hiris naik bau. Masukkan bahan rempah. Bila bawang hampir kekuningan baharu lah masukkan puri tomato.

  2. 2

    Masukkan tomato cincang. Gaul lagi. Masukkan air, daun pandan dan susu cair. Apabila menggelegak, masukkan beras dan garam. Masak lah hingga nasi masak.

  3. 3

    Untuk ayam masak merah pula, kisar bahan-bahan bawang dan halia. Tumis bahan-bahan kisar berserta bahan rempah hingga pecah minyak. Masukkan ayam. Biasa nya ayam tu saya perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap sahaja tetapi oleh kerana saya nak cepat saya tak goreng dulu.

  4. 4

    Masukkan tomato kisar, sos cili dan puri tomato serta susu cair. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga ayam lembut dan kuah nya sedikit pekat. Apabila nasi sudah masak gembur-gemburkan dengan chopstick supaya nasi tak patah.

  5. 5

    Untuk acar jelatah, campur kesemua bahan hiris/potong dengan cuka, garam dan gula.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (2)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sukatan air 4 cawan dan 1/2 cawan susu cair F&N. Krn sy menggunakan beras basmathi moghul. Klau guna beras jenama lain sila ikut arahan pd pek beras tersebut. Harap ianya dpt membantu saudara Dzulkifli 😀

Ditulis oleh

Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Resipi Sepertinya