Nasi Lemak Telur Dadar

#goldenapron2020
Nasi lemak ni popular nauu dikalangan rakyat Malaysia. Setiap tempat punya resepi dan aroma tersendiri. Digabungkan dengan pelbagai bahan, menjadikan nasi lemak menu pilihan utama rakyat Malaysia. Kali ni saya buat nasi lemak telur dadar pula.
Nasi Lemak Telur Dadar
#goldenapron2020
Nasi lemak ni popular nauu dikalangan rakyat Malaysia. Setiap tempat punya resepi dan aroma tersendiri. Digabungkan dengan pelbagai bahan, menjadikan nasi lemak menu pilihan utama rakyat Malaysia. Kali ni saya buat nasi lemak telur dadar pula.
Cara Memasak
- 1
Cuci beras hingga bersih. Masukkan semua bahan-bahan nasi lemak mengikut sukatan yang saya berikan ke dalam periuk nasi elektrik. ON suis periuk. Masak nasi macam biasa.
- 2
Potong dan rebus cili kering. Toskan dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar bersama bawang besar dan belacan hingga halus. Mayangkan bawang. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga kekuningan. Tuang sambal yang dikisar tadi.
- 3
Masak sambal hingga pecah minyak. Lagi lama masak, lagi sedap. Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Biarkan mendidih lg. Tutup api.
- 4
Pecahkan telur dan kacau bersama bawang. Panaskan kuali, goreng telur dadar.
- 5
Cuci ikan bilis dan goreng hingga garing/kekuningan. Toskan.
- 6
Goreng kacang tanah hingga masak. Potong timun.
- 7
Sendukkan nasi ke dalam pinggan. Tabur kacang dan ikan bilis serta timun. Letakkan hirisan telur dadar. Tuang kuah sambal. Sedia untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam Nasi Lemak Nostalgia #ChefZam
#goldenapron #minggupertama #ChefZam #chefzam #merdeka #cookpadmalaysiaAssalamualaikum sahabat Cookpadders ❤️Sempena bulan Kemerdekaan kali ke 62 tahun ini, CN ingin kongsikan Menu Tradisi yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia, sama ada pelbagai bangsa mahupun agama. Menu tersebut ialah Nasi Lemak. 😋Resipi Nasi Lemak tradisi ini CN pelajari dari Mak. Nasi Lemak ini juga menjadi kegemaran suami CN. Setiap kali pulang dari belayar, suami akan minta CN masakkan Nasi Lemak ini. Menggamit nostalgia katanya. 😍Nasi Lemak sememangnya sedap jika dimasak menggunakan santan pekat. Kemudian dibungkus pula dengan daun pisang. Aroma harumnya memikat hati.. Mmm terkenang selalu. Selamat mencuba ya ❤️Nota:1. Nasi lemak ini juga enak dimakan bersama ayam goreng, sambal ayam goreng, sambal ikan dan sebagainya.2. Halia berfungsi membuang angin dalam badan dan ia juga memberikan aroma harum pada Nasi Lemak selain daun pandan.3. Penggunaan gula melaka menjadikan warna sambal sedikit gelap.#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Nasi lemak ni menu popular rakyat Malaysia. Juga menjadi menu yang banyak dijual di gerai-gerai tepi jalan. Nak kan kelainan, buatkan nasi lemak pandan. Bila letak air pandan, memang wangi semerbak le bau pandan ni semasa nasi ni mendidih.Hari ni, buat nasi lemak pandan untuk jiran-jiran sebelah rumah. Menu sarapan pagi ni merangkap makan tengahari ye. Untung buat menu macam ni, sekali masak je boleh makan sampai petang. Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Lemak 3 Benua Nasi Lemak 3 Benua
#200resepiMenu ke 200 untuk Cookpad ni penuh cerita tersendiri. Punyai kenangan manis yang tersemat dalam ingatan. Hari ni 1 April 2021, Nasi Lemak 3 Benua ni memenangi (Naib Johan) Pertandingan Masakan Aneka Nasi anjuran PUSPANITA dan membawa balik wang tunai RM120.00.Nasi lemak merupakan menu kegemaran anak-anak. Inspirasi nasi lemak ni adalah idea resepi dari kawan-kawan Cookpad Salina Jalaludin (Nasi Lemak Strawberry ) dan Latifah Nawawi (Nasi Lemak Pandan). Terima kasih Cookpaders Malaysia.Bercerita tentang 3 benua, sebenarnya berangan nak makan nasi 7 benua kat Penang, tetapi tak boleh merentas negeri kannn.. Maka buat la nasi 3 benua ja.. Lagi 4 benua nanti le buat.. Maklum le nak buat 7 benua mau pecah peluh jugak sorang-sorang nak buat. Okay, selamat mencuba ye! Rose Nani Nizah Nayan -
Nasi Lemak (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) Nasi Lemak (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR)
Nasi Lemak.Ianya sendiri simbolik negara Malaysia.Jika ditanya orang luar, apakah makanan popular di Kuala Lumpur atau Malaysia?Jawapan mesti nasi lemak.Nasi lemak famous seperti Nasi Lemak Antarabangsa, Nasi Lemak Wan Jo dan banyak lagi, semua di Kuala Lumpur.Nasi Lemak, cara masakan pun pelbagai cara, teknik, petua dan segala pantang larang dari memasak nasi sehingga ke sambal nya. Setiap negeri, setiap orang lain cara tapi tetap memegang nama Nasi Lemak.Makan nasi lemak bersama sambal, telur, timun, bilis dan kacang pun dah menambat selera. Apatah lagi digandingkan dengan pelbagai jenis lauk ayam goreng, rendang, udang sotong keran dan macam-macam lagi.Kali ni faa gandingkan dengan udang goreng kunyit. Padu!#merdekapassport Kakak Faa -
Nasi Lemak Halba Nasi Lemak Halba
#goldenapron2020Menu yang sering menjadi pilihan ketika sarapan.Setiap kali masak nasi lemak saya memang suka masukkan sedikit halba. Tak lupa juga sedikit lada hitam. Orang kata buat hambat angin.Tak kisahla apa pun, nasi lemak halba ni baunya memang wangi, sangat membangkitkan selera 😋 Norashikin Rahmat -
Nasi Lemak Nasi Lemak
#MerdekaPassportWP Kuala Lumpur.:Nasi Lemak memang menjadi pilihan no 1 rakyat Malaysia.Antara Nasi Lemak popular di Kuala Lumpur ialah Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru.Sambal Nasi Lemaknya memang memikat selera dengan berbagai lauk pilihan.Tak dapat ke Kuala Lumpur,kena masak sendirilah Nasi Lemak bersama lauk-pauknya. ha.lim39 -
Nasi Lemak Bilis Telur Nasi Lemak Bilis Telur
Masak Apa Untuk POTLUCK?Nasi Lemak sangat sinonim dengan masyarakat kita orang melayu.Bila berkumpul ramai-ramai bersama keluarga atau rakan taulan menu Nasi Lemak pasti menjadi pilihan untuk dinikmati bersama.Sangat sesuai sarapan pagi dan juga untuk menu Potluck.Walaupun cara penyediaannya sedikit renyah namun ia adalah menu kegemaran Ramai.Nak pula dibungkus dengan daun pisang,aroma daun pisang tu membuatkan lagi berselera nak menjamah nasi lemak.Lebih senang dibawa berkelah atau makan-makan di tepi pantai,air terjun dan sebagainya semasa Potluck.Sebenarnya dah bertahun lama hakak tak buat nasi lemak .Resepi dan cara memasak nasi lemak ini adalah resepi semasa hakak berjualan dulu.Jom tengok resepi nasi lemak . Q'leenalee's Kitchen -
Nasi lemak pandan Nasi lemak pandan
Menu pilihan rakyat Malaysia.Nasi lemak pandan yg cukup mudah penyediaan bersama air daun pandan yg akan mewangikan dan menambahkan selera kita. Ziana Chesaad -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Nasi lemak yang berasaskan daun pandan dengan aroma dan warna yang sangat menambah selera untuk penggemar nasi lemak tradisional NURRULHIDAYAH BINTI AHMAD FADZILLAH -
Nasi Lemak Bunga Telang Dan Sambal Bilis Tok Wan Nasi Lemak Bunga Telang Dan Sambal Bilis Tok Wan
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!Alhamdulillah.. Selamat Menyambut Hari Merdeka yang Ke 67 Kepada Semua Rakyat Malaysia😁🥰Kali ini kita sambut merdeka dengan menu istimewa ye.. popular di Malaysia.. tak tau la istimewa ke tak yang kita masak ni🤭😬NASI LEMAK BUNGA TELANG & SAMBAL TUMIS BILIS TOK WANGlobal Apron 2024 Challenge 25: BIRU 💙bawang bombay / bawang besar ungu (2)bunga telang (2)#GlobalApron2024#MerdekaMonth Julia ALeen Aireish -
Nasi Lemak Lemuni Nasi Lemak Lemuni
Day132/366/2020/Mei/11Day55 #14harimencintaiku #PKPBNasi lemak ni dibuat menggunakan pucuk daun lemuni (untuk tengok cmne rupa pokok,boleh goggle yer). Bila masukkan air daun lemuni ni ke dalam masakan nasi lemak. Ia memberikan aroma bau dan rasa yang lebih sedap. Dimakan pula dengan sambal ikan bilis, ayam goreng berempah, ikan masin, telur masin, telur dadar dan timun. Fuhhh... sempurna rasanya iftar pada hari tersebut 😘 Hakak masak menu ni pada hari ke7 yang lalu. Salina Jalaludin -
Nasi Lemak Gemilang #ChefZam Nasi Lemak Gemilang #ChefZam
Tema Menu Merdeka kali ini saya memilih nasi lemak berbentuk bendera Malaysia 'Jalur Gemilang'. Nasi lemak ialah juadah tradisi yg sangat popular di Malaysia dan sudah menjadi 'national dish'. Juadah ini digemari oleh semua lapisan masyarakat Malaysia yg berbilang kaum. Bendera pula merupakan simbol negara yg berdaulat dan merdeka. Gabungan kedua2nya melambangkan perpaduan bangsa Malaysia yang dipertemukan melalui citarasa tradisi yg harmoni❤ Eka Zahra
Lebih Banyak Resipi
Komen