Molokhiyah ملوخية

Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
Australia

Masakan arab yang sangat popular terutamanya di Sudan, Mesir, Syria dan lain². Walaupun rupanya nampak tak menarik tapi rasanya sedap. Molokhiyah dalam English dipanggil Jute Mallow. Saya tak pasti di Malaysia ada ditanam atau tak daun ni. Selalunya saya beli di kedai runcit Arab , sama ada yang kering atau yang frozen. Molokhiyah adalah salah satu makanan superfood yang banyak nutrisi untuk badan. Ini saya masak versi Sudan dengan sedikit style Egyptian.

Molokhiyah ملوخية

Masakan arab yang sangat popular terutamanya di Sudan, Mesir, Syria dan lain². Walaupun rupanya nampak tak menarik tapi rasanya sedap. Molokhiyah dalam English dipanggil Jute Mallow. Saya tak pasti di Malaysia ada ditanam atau tak daun ni. Selalunya saya beli di kedai runcit Arab , sama ada yang kering atau yang frozen. Molokhiyah adalah salah satu makanan superfood yang banyak nutrisi untuk badan. Ini saya masak versi Sudan dengan sedikit style Egyptian.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2-3 orang
  1. 500 gdaging kambing/lembu/ayam/stok sayuran
  2. 1biji bawang besar
  3. 2 Tbsptomato paste
  4. 2 tspgaram masala
  5. 1tapi serbuk ketumbar
  6. 400 gmolokhiyah
  7. Air untuk rebusan daging/ayam
  8. Untuk Tashhah
  9. 3 ulasbawang putih
  10. 1 tspserbuk ketumbar

Cara Memasak

  1. 1

    Inilah daun molokhiyah.
    Mula² panaskan minyak masukkan bawang besar dan garam.

  2. 2

    Apabila bawang kelihatan lembut, masukkan ayam/daging/kambing kacau sebentar masukkan air untuk rebusan daging/ayam, tutup periuk dan biarkan ianya lembut dan empuk. Ayam sekejap jela, daging ambil masa sedikit untuk empuk. Kalau suka versi vegetarian, boleh terus tambah stok sayuran dan masuk bahan lain dalam langkah seterusnya.

  3. 3

    Selepas daging/ayam lembut, masukkan tomato pes dan segala rempah. Kacau sedikit sehingga sedikit pekat

  4. 4

    Kalau beli yang jenis Frozen, tolong jangan defroze. Masukkan terus dalam periuk macam yang saya buat ni ye.
    Masukkan molokhiya, kacau sehingga sup menjadi pekat. Sup akan kelihatan sedikit berlendir. Kacau lagi dan biarkan terdidih

  5. 5

    Biarkan didih memekat

  6. 6

    Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih cincang tadi dan goreng bersama sedikit serbuk ketumbar sehingga garing. Masukkan bawang putih garing tadi ke dalam molokhiya yang panas dan kacau. Proses ini dinamakan tashha sebab bila anda letak bawang putih garing tersebut akan ada bunyi kan..
    Ketepikan dan boleh dihidangkan bersama roti atau nasi atau hirup begitu sahaja. Boleh perah dengan lemon atau limau jika suka.

  7. 7

    Yang ni saya masak dengan daging kambing dimakan dengan homemade bread.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
pada
Australia
🌸Orang 🇲🇾 duduk 🇦🇺🌸🇲🇾💖🇸🇩🌸Suka memasak, menyulam dan menulis, membaca dan banyak lagi🌸FB Recipe's Page👉🏻 Ayudi Kitchen🌸Cuba update resepi sekerap yang mungkin
Baca lagi

Komen (6)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Menariknya resipi ni😍. Sy terus goggle nak tahu “molokhiyah” tu apa? Rupanya daun. Tengok2 kat Shopee ada jual. Nanti sy nak beli daun tu dan cuba masak resipi ni yer. Terima kasih untuk resipi❤️

Resipi Sepertinya