Nasi Kebuli Darul Makmur

Nasi Kebuli Pahang. Lebih kurang macam nasi arab..
Harini masak special nasi kebuli nak hantar untuk anak dara kat asrama. Dah siap2 baru call bagitau nak datang, rupanya kakak demam sejak jumaat. Lembik suara. Apsal tak bagitau..hmm. Kalau tahu lebih baik masak bubur atau something yang lebih comfort. Pack makanan sekali dengan ubat-ubat.
Biasanya nasi ni di makan dengan ayam goreng, sup dan air lada. Tapi Uchu ganti air lada dengan sambal gesek kegemaran kakak.
Cc: @lilynurin37
TM6 Thermomix 6
Nasi Kebuli Darul Makmur
Nasi Kebuli Pahang. Lebih kurang macam nasi arab..
Harini masak special nasi kebuli nak hantar untuk anak dara kat asrama. Dah siap2 baru call bagitau nak datang, rupanya kakak demam sejak jumaat. Lembik suara. Apsal tak bagitau..hmm. Kalau tahu lebih baik masak bubur atau something yang lebih comfort. Pack makanan sekali dengan ubat-ubat.
Biasanya nasi ni di makan dengan ayam goreng, sup dan air lada. Tapi Uchu ganti air lada dengan sambal gesek kegemaran kakak.
Cc: @lilynurin37
TM6 Thermomix 6
Cara Memasak
- 1
Masukkan semua bahan yang dihiris bersama ayam, bunjut sup dan air dalam periuk. Rebus selama 15-20 minit.
Tm6:
Pasang blade cover. Masukkan ayam dan bahan rebusan.
Rebus 20-25 min/100°C/kelajuan 1. - 2
Setelah masak, perap ayam dalam air rebusan lebih kurang 30 minit. Lebih lama lebih mesra dan sedap.
Kemudian tapis air rebusan ayam.
Tm6:
Tapis guna simmering basket pun boleh. - 3
Panaskan minyak. Goreng ayam yg diperap tadi sehingga nampak kekuningan. Jangan lama sebab ayam dah masak pun semasa merebus tadi.
Angkat ayam dan toskan. - 4
Tinggalkan anggaran satu
senduk minyak goreng ayam tadi, kemudian goreng beras sehingga semua minyak tadi dah serap atau lekat pada beras. - 5
Beras yg siap digoreng tadi masukkan kedalam rice cooker bersama daun pandan. Kemudian isi air rebusan
ayam tadi. Masak nasi seperti biasa.Tm6:
Masukkan air rebusan ayam ke dalam bowl. Didihkan air rebusan terlebih dahulu. (Tips supaya nasi masak elok untuk TM6)
✅Rebus 5 min/100°C/speed 1.Masukkan beras Basmati + pandan ✅mulakan Rice Cooker mode.
- 6
Setelah nasi masak, alihkan periuk dari cooker supaya tak berkerak kemudian biarkan nasi dalam periuk selama 15 minit. Baru digemburkan.
Tm6:
Wajib biarkan nasi dalam bowl 15 minit sebelum ditelangkupkan dalam mangkuk hidangan. - 7
Pindahkan ke mangkuk hidangan.
Hiaskan dengan daun ketumbar dan bawang gorengTm6:
Telangkupkan bowl, buka base dan tolak blade. Kemudian alihkan blade pada nasi, baru gemburkan nasi. - 8
Panaskan baki air rebusan ayam, tambahkan air dan satu ketul kiub ayam. Perasakan.
- 9
Hidangkan nasi dengan ayam goreng, sup dan air lada.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi kebuli Nasi kebuli
#goldenapron2020 #minggu6 Nasi kebawah Duli ataupun nasi kebuli sangat terkenal di negeri Pahang bagi dearah Kuala Lipis.nasinya yg lembut dan rasa rempah sangat sedap tidak heran la ia merupakan sajian istana bagi golongan diraja Pahang.. Pada mulanya saya pun tak pernah makan tapi kakak ipar selalu masakkan.dari situlah saya mmula jadi penggemar nasi kebuli. Lily Suryani Mohd Ali -
Bubur Ala Mekdi Bubur Ala Mekdi
Bila dah jenuh makan menu raya haritu, masak bubur untuk baby MinMon sekaligus untuk abang,kakak,adik, mak, pak..✌️Cc:@NOADZ17#TM6 Thermomix Sesimple Loralin -
Nasi Ayam Hainan|Multilayer Cooking (Pengukus Biasa vs. TM6) Nasi Ayam Hainan|Multilayer Cooking (Pengukus Biasa vs. TM6)
Nasi ayam hainan inspirasi daripada Jeehan @Malindo yang Uchu apply secara multilayer cooking dalam TM6. Multilayer cooking ni juga boleh juga di apply menggunakan pengukus biasa atau pengukus elektrik.Langkah-langkah nampak panjang sebab Uchu perincikan satu persatu untuk dua kaedah iaitu secara kukusan konvensional juga menggunakan TM6. Mudah sahaja sebenarnya.TM6 Thermomix 6 Sesimple Loralin -
Nasi Kebuli Nasi Kebuli
368/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1763 #pejuang2kresipiNasi Kebuli ini adalah makanan tradisional Negeri Pahang khusunya bagi Daerah Lipis seperti yang dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis. Mengikut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis..Kewujudan nasi ini bermula apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong. Baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung. Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada Sultan. Berdasarkan peristiwa itulah lalu dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Ke Bawah Duli (Sumber : Goggle).Resipi ni hakak masak untuk Contest Beras Basmathi Jati. Salina Jalaludin -
Ayam Percik Air Fryer Ayam Percik Air Fryer
Harini masak 6 ketul whole leg ayam. 3 ketul untuk kami, 3 ketul untuk di bawa ke rumah abang.Kakak ipar baru lepas dibedah akibat slip disc jadi tak dibenarkan lah buat apa-apa kerja. Alhamdulillah, dah nampak lebih kuat bila berjalan dengan bantuan tongkat. Selain ayam percik, sempat juga Uchu masakkan sambal goreng jawa feveret kakak ipar Uchu. Adik ipar mithali la katakan..😆😆Masak-masak dengan TM6 Thermomix 6 dan Air Fryer Sesimple Loralin -
Nasi Daging Simple Nasi Daging Simple
Tak buat daging bakar pun, camni cukup dah. Kalau buat sikit2 je dan nak mudah..guna je kari daging Adabi dalam tin pastu tambahlah serbuk kurma’ masa nak tumis nasi tu..cara gitu pun biasa Uchu buat, especially hari Jumaat, nak makan special tapi nak cepat sementara husben dan anak gi solat Jumaat. Campak je siap.😅 Sesimple Loralin -
Nasi Arab Nasi Arab
Lama dah teringin nak masak nasi arab..tapi nampak macam renyah sebab banyak bahan..harini buat jugak alang² ada tetamu nak datang.Rupanya senang sangat..lepas ni pejam mata pon boleh buat🤣takde susah mana pon bagi sya yg first time masak dan makan nasi arab ni. Walaupun resepi ni agak simple tapi serius sedap😋Inspirasi resepi @salina_jalaludin 🥰Resepi ni untuk 3 whole leg boleh makan 5 ke 6 orang..tapi sya guna 6 ketul drummet je sebab nak makan dengan lauk daging masak putih..hehe shazrina -
Nasi arab ayam Nasi arab ayam
Hujan rahmat pagi jumaat.. teringin nak makan nasi arab.. buat ja la.. tak yah keluar hujan2 ni..#goldenapron2020 Rohani Md. Isa -
Ayam Goreng Berempah Hexa Ayam Goreng Berempah Hexa
#ResepiMudah #TakLebih6BahanKeluarkan ayam ingat nak buat nasi ayam untuk malam tapi jadi ayam goreng berempah pulak.Kakak ipar call suruh gi amik kuih koci kat rumah dia, sebab dia malas nak hantarkan. Biasanya lah menyembang..Pastu amik anak balik sekolah terlewat sejam, 4.30 petang baru amik..hahaha..sebagai balasannya, anak-anak ajak singgah supermarket. Upah menunggu.Si kecik Uchu yang sentiasa mengikut ke mana sahaja, ada je mainan yang di amik..Minmon beli mainan block Ala2 LEGO padahal bukan dia pandai nak pasangkan pun..sampai rumah suruh abang dia pasangkan..tapi abang dia cakap tunggu lepas abang siap workout 🏋️ sebab dah lewat petang takut tak sempat. Suruh kakak, kakak pulak tido kepenatan! Adiknya mana boleh sabar..😆 Akhirnya, ummi jugak jadi mangsa kena pasangkan ikut buku manual dia lebih 25 pages. Adoi laaa.. pukul 7 malam baru siap pasang duk ralit..tu pun suruh abang sambung tinggal nak tepek sticker-sticker je.Cancel nasik ayam! Jadi ayam goreng berempah je..nasib baik ada rempah siap Hexa . Adjust sikit bahan, perap ayam..buat sambal belacan, celur ulam terung telunjuk..settle untuk makan malam. Alhamdulillah sempat juga masak cepat2. Kebetulan siap solat maghrib, husben kata kena gi keje jap sebab ada masalah tak settle..mujur lah dah siap masak..kalau tak, mesti rasa bersalah kat encik husben terchentaaa!😄 Sesimple Loralin -
Ayam Bakar Kewpie Roasted Sesame Ayam Bakar Kewpie Roasted Sesame
91/2024 (1636/2K)Lebih kurang ayam bakar mayonis. Harini keluarkan ayam dan fikir nak masak sesuatu yang mudah sahaja. Mudah bagi Uchu sebab gunakan bahan yang tak perlu diprep pun, tayah kupas bawang lada, tayah blend apa pun, tayah keluarkan kuali dan tayah menggoreng, menumis..hehe. Squeeze-squeeze je apa yg ada dari botol, perap dan bakar je dalam air fryer..bunyik ‘ting..ting..ting..’ AF memanggil bagitau dah siap..dah siap..haaa. Alhamdulillah..jom berbuka puasa tepat pada waktunya dengan hidangan mudah, nampak special di mata keluarga dan rasanya pun melantun..Uchu cooksnap @huda90 dengan sedikit olahan. Sesimple Loralin -
Nasi Keduli - Pahang Darul Makmur Nasi Keduli - Pahang Darul Makmur
Sumber: GoogleAsal usul Nasi Keduli:Nasi Keduli asalnya hanya menjadi makanan warisan DiRaja atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Hidangan ini sangat popular di semua daerah khasnya Kuala Lipis, Pahang. Namun, hidangan ini bukan lagi hanya boleh dinikmati oleh golongan diRaja bahkan masyarakat setempat..Biasanya nasi Keduli dinikmati dengan ayam Yang diperap serta digaul bersama garam dan kunyit Yang ditumbuk halus. saya hanya memasak nasi sahaja tanpa ayam.. dan menggunakan rice cooker dan tanpa santan. Saya pernah memasak nasi ini versi Indonesia juga..#merdekapassport Zarafafiis ❣️🌹 -
Nasi Ayam Pertama Nasi Ayam Pertama
Menggamit nostalgia bila ingat tentang Nasi Ayam ni. Hubby tiba-tiba request nak makan nasi ayam yang Aznie masak dulu masa mula-mula kawin🙈 Ingat lagi time raya masa tu baru kahwin. Tapi nak Aznie nak jugak buat nasi ayam. Memang nasi ayam ni simple je, senang nak buat dan tak banyak kerenah. Tapi walau pun sinple tapi ia sedap tau tak tipu punya😂. Masa tu Aznie ingat lagi masak untuk teman hubby nak datang beraya. Yang kebetulan Aznie pun kenal sebab satu tempat kerja jugak masa tu. Abang Nik ngan abang Mie. Datang dengan wife masing-masing. Seronok tengok diorang makan. Diorang tak tau tu la kali pertama Aznie masak nasi ayam. Tengok comfident tu penting🤣. Dalam hati berdoa jangan la ada yang sakit perut pulak. Biasa la bila masak ikut gerak hati kan🙈. Rasa tak percaya bila diorang puji cakap sedap. Masa tu ingat diorang cakap sebab saje nak ambik hati. Biasa la kan baru kahwin🤭. Bila diorang balik abang cakap sedap nasi ayam Aznie masak. Masa tu memang rasa seronok sangat dah. Rasa diawang-awangan dah🤣. Sampai sekarang setiap kali jumpa abang Nik mesti dia cakap bila nak masak nasi ayam macam dulu. Memang tak boleh lupa sedap. Setiap kali dengar Nasi Ayam tu mesti rasa nak ketawa. Ni bila hubby request lagi, sambil masak sambil senyum. KENANGANKU🥰.. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen