Udang Goreng Butter

Mama.Dhira
Mama.Dhira @mamadhira

Sebab udang merah banyak, jadi buat la udang goreng butter ni.. Family suka😁

Udang Goreng Butter

Sebab udang merah banyak, jadi buat la udang goreng butter ni.. Family suka😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

25 Minit
4-5 orang
  1. Udang yang telah dikupas kulit sepinggan 🦐🦐🦐
  2. Tepung gandum 1 gelas stgh
  3. Telur 🥚 sebiji
  4. Bawang putih sesudu kecil tumbuk lumat
  5. Cili ikut kepedasan masing2 nk banyak mana(dihiris)
  6. Daunkari 2 tangkai
  7. Secukup rasa
  8. Minyak masak untuk goreng udang
  9. Susu pekat manis sesudu teh

Cara Memasak

25 Minit
  1. 1

    Mula sekali kupas dan bersihkan udang.

  2. 2

    Kemudian gaul udang dengan serbuk secukup rasa dalam 1 sudu teh ataupun ikut kemasinan yang diinginkan

  3. 3

    Setelah digaul dgn secukup rasa, cuci bersih telur, kemudian masukkan ke dalam adunan udang.

  4. 4

    Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian gaul udang ke dalam tepung gandum, gaul dengan penuh kasih sayang sehingga nampak bekuping dan sebati.

  5. 5

    Kemudian goreng mcm biasa, mcm kita nak goreng ayam, sehingga garing, angkat dan toskan. Di bawah adalah gambar udang setelah digoreng.

  6. 6

    Dalam kuali yang lain, cairkan butter, kemudian masukkan cili, bawang putih dan Daun kari. Tumis sehingga kekuningan emasan. Haaa.. 🤣

  7. 7

    Seterusnya, masukkan susu pekat manis sesudu teh dan gaul rata.

  8. 8

    Tutup api, baru masukkan udang yang telah digoreng tadi.. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dimakan. 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mama.Dhira
Mama.Dhira @mamadhira
pada
Seorang Ibu bekerjaya yang suka memasak 💕Sahaja aku berkongsi resepi kerana Allah S. W. T. 🌹
Baca lagi

Komen (3)

Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
Udang butter mmg fav akk ni. Nmpk sedap tu #love

Resipi Sepertinya