Ayam Masak Halia dengan Sos Tiram

Afifah Adilah
Afifah Adilah @afifahadilah

Ini adalah resepi dari Allahyarhamah Mama saya. Tapi disebabkan memori saya yang tak berapa kuat, tak dapat nak ingat betul-betul semua cara-caranya, huhu. Ini kali pertama saya 'post' resepi di sini. Kalau ada salah silap, maafkan saya. Harap resepi ini berguna untuk anda semua.

Ayam Masak Halia dengan Sos Tiram

Ini adalah resepi dari Allahyarhamah Mama saya. Tapi disebabkan memori saya yang tak berapa kuat, tak dapat nak ingat betul-betul semua cara-caranya, huhu. Ini kali pertama saya 'post' resepi di sini. Kalau ada salah silap, maafkan saya. Harap resepi ini berguna untuk anda semua.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2-3 orang
  1. Bahan-bahan perapan
  2. 1-1 1/2 incihalia (dihiris / ricih)
  3. 3-4 ulasbawang putih (dihiris / ricih)
  4. 2-3 sudu makanSos Tiram
  5. 1-2 sudu makankicap manis
  6. Sedikitlada sulah dan lada hitam (optional)
  7. 4-5 ketulAyam (dipotong kecil-kecil)
  8. Bahan-bahan lain
  9. 2 inciLobak Merah (potong bulat-bulat)
  10. 1 tangkaiCili Merah / Hijau (dihiris atau dibelah 2)
  11. Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  12. Daunbawang (dihiris seinci-seinci)
  13. 1/2 cawanair (atau letak ikut suka kita nak berkuah atau tak)
  14. Lada Benggala / Capsicum (optional)
  15. Beberapatangkai cili api (optional, tak perlu potong)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan untuk perapan. Kemudian gaulkan hirisan halia, bawang putih, sos tiram dan kicap manis serta lada sulah dengan lada hitam (jika mahu) bersama ayam yang sudah dipotong kecil. Perap lebih kurang 10 minit.

  2. 2

    Panaskan kuali dan letak sedikit minyak masak. Kemudian masukkan semua ayam dan bahan yang diperap sekali tadi. Masakkan ayam hingga separuh masak.

  3. 3

    Bila ayam sudah sedikit masak atau empuk, masukkan air. Kalau nak sikit saja kuah, letak sikit saja. Kemudian, boleh masukkan bahan-bahan lain tadi seperti lobak merah, cili merah / hijau.

  4. 4

    Bila ayam sudah sepenuhnya masak, boleh rasa dulu. Kalau cukup semua rasa, tak perlu tambah apa. Kalau tak cukup rasa masin dan manis, boleh tambah garam dan gula. Kemudian tambahkan bawang besar dan daun bawang, masak lebih kurang 1-2 minit lagi kemudian tutup api.

  5. 5

    Sedia untuk dihidang!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Afifah Adilah
Afifah Adilah @afifahadilah
pada

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Terima kasih Afifah sudi share resipi arwah Mama Afifah. Air tangan ibu tu memang tiada tolok bandingannya kan? Moga dengan perkongsian resipi ni, pahala ilmu terus mengalir buat arwah Mama Afifah. Al-Fatihah buat Mama ❤️ Kalau ada lagi resipi arwah Mama yang Afifah boleh ingat share lah lagi dengan kami.

Resipi Sepertinya