Mee Hailam

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Yeaayy.
Menyerikan kemeriahan hari raya dengan menjamu rakan dan saudara.
Mee hailam antara menu hidangan kesukaan ramai.
Mari kita raikan raya bersama mee hailam sukaramai ini😋
Resepi ini mengikut sukatan portion yang sedikit.
Time nak buat open house nanti,
gandakan bahan untuk jamuan yang lebih besar dengan bilangan kehadiran yang lebih ramai ye.

Bahan-bahan magic pantry:
Ayam, cili padi, daging, mee kuning, sayur sawi, tauhu, tomato, udang

#GlobalApron2024

Mee Hailam

Yeaayy.
Menyerikan kemeriahan hari raya dengan menjamu rakan dan saudara.
Mee hailam antara menu hidangan kesukaan ramai.
Mari kita raikan raya bersama mee hailam sukaramai ini😋
Resepi ini mengikut sukatan portion yang sedikit.
Time nak buat open house nanti,
gandakan bahan untuk jamuan yang lebih besar dengan bilangan kehadiran yang lebih ramai ye.

Bahan-bahan magic pantry:
Ayam, cili padi, daging, mee kuning, sayur sawi, tauhu, tomato, udang

#GlobalApron2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4-5 orang
  1. 1 peketmee kuning 500 gram
  2. 150 gramAyam - potong kecil
  3. 1 mangkukleher ayam/bahagian-bahagian tulang
  4. 150 gramDaging - potong kecil
  5. 100 gramUdang
  6. 10 bijiCili Padi - ketuk/hiris
  7. 2-3 pokokSayur Sawi
  8. 3-4 bijiTomato
  9. 3 bijiTauhu
  10. 2 bijiLobak Merah
  11. 5-6 bijiCendawan Shitake
  12. 4 pcsBaby Corn - jika suka
  13. 1/2 peketfishball
  14. 1/2 peketfishcake
  15. 2 bijiBawang Besar - hiris
  16. 5 ulasBawang Putih - hiris
  17. 1 inciHalia - hiris
  18. 2 sudu tehSerbuk Lada Hitam
  19. 2 sudu tehGaram (secukupnya)
  20. 2 sudu tehserbuk perasa
  21. 1 bijiKiub Pati Ayam
  22. 1 sendukSos Tiram
  23. 1 sendukKicap Manis
  24. 1 sendukKicap Pekat
  25. 1 sendukSos Cili
  26. 1 sendukSos Tomato
  27. 1 cawanMinyak Masak
  28. 1 literAir
  29. 2 suduTepung Jagung (untuk pekatkan kuah)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    PENYEDIAAN MEE:
    1. Renjiskan kicap pada keseluruhan mee kuning, gorengkan dengan sedikit minyak masak.
    Goreng sebentar, angkat dan asingkan di dlm satu bekas.

  2. 2

    PENYEDIAAN KUAH:
    2. Bahan dibersihkan dan disediakan seperti yang sepatutnya.

  3. 3

    3. Tumis bahan hirisan sehingga harum.
    Masukkan ayam dan daging bersama serbuk lada hitam. Gaul rata sehingga ayam dan daging separuh masak.
    *saya menggunakan daging batang pinang dan tidak perlu direbus terlebih dahulu. Jika menggunakan daging biasa, perlu direbus dahulu biar empuk sebelum di masukkan.

    Masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Masukkan air. Biarkan mendidih.

  4. 4

    4. Masukkan udang, fishball, fishcake, lobak merah, cendawan, sayur sawi, tomato, baby corn dan tauhu. Juga masukkan garam dan kiub pati ayam.
    Biarkan mendidih.
    Pekatkan kuah dengan jirusan bacuhan tepung jagung bersama sedikit air. Matikan api dan sedia dihidangkan bersama mee kuning yang telah di sediakan.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya