Sambal Belacan Kedai Siam

17 orang bercadang membuatnya
Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
Johor

Sambal belacan ni saya sentiasa sediakan sebagai stock, simpan dalam peti sejuk.
Biasanya saya buat untuk simpanan tempoh 2 minggu.
Tak perlu buat banyak-banyak.
Cukuplah sekadar keperluan biasa sahaja.

Bahan-bahan magic pantry:
cili thai, daun ketumbar, gula nisan, sos nampla, limau nipis, tomato

#GlobalApron2024
#playoff

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

15 minit
2 orang
  1. 1 genggamcili thai
  2. 1 genggamcili padi
  3. 3 pokokdaun ketumbar
  4. 1 sudu makangula nisan
  5. 1-2 bijitomato
  6. 1 bijibawang holland
  7. 4 incibelacan
  8. 1 labubawang putih jeruk
  9. 2 bijilimau nipis - perah, ambil jus
  10. 2 sudu makanair jeruk bawang putih
  11. 2 sudu makansos nampla
  12. 1/4 sudu tehgaram
  13. 1/4 sudu tehserbuk perasa
  14. 1 cawanair suam

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Bahan disediakan seperti yang disenaraikan.
    Cuci bersih, potong mengikut kesesuaian.

  2. 2

    Masukkan semua bahan dalam blender, kisar tak perlu terlalu hancur.
    Masukkan ke dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti ais.
    Boleh tahan sehingga 2 minggu.
    Gunakan sudu bersih & kering untuk mengelakkan sambal cepat rosak.

    Sekian olahan resepi dari Murni's LittleKitchenz.
    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera💐

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Murni's LittleKitchenz
Murni's LittleKitchenz @murnipandanwangi
pada
Johor
"Bukan Kuantiti Menjadi Sandaran. Jaminan Kualiti Sebagai Taruhan."#iambaker #iamphoper
Baca lagi

Resipi Sepertinya