Sambal Tumis Asas

#goldenapron Sambal asas ini boleh digunakan untuk memasak Tempe Masak Sambal, Telur Rebus Masak Sambal, Ikan Goreng Masak Sambal dan juga Sambal Nasi Lemak. Untuk masakan Kali ini saya menyediakan sambal asas bagi dua masakan. Senang bukan? Anda boleh menghasilkan 4 resepi dalam sekelip mata
Sambal Tumis Asas
#goldenapron Sambal asas ini boleh digunakan untuk memasak Tempe Masak Sambal, Telur Rebus Masak Sambal, Ikan Goreng Masak Sambal dan juga Sambal Nasi Lemak. Untuk masakan Kali ini saya menyediakan sambal asas bagi dua masakan. Senang bukan? Anda boleh menghasilkan 4 resepi dalam sekelip mata
Cara Memasak
- 1
Gambar pertama menunjukkan bahan-bahan masakan. Langkah pertama ialah melumurkan tempe dengan kunyit dan sedikit garam sebelum digoreng. Proses yang sama dilakukan keatas ikan kembung. Kemudian, tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
- 2
Panaskan minyak dan setelah panas, bolehlah menggoreng tempe yang telah dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Setelah selesai menggoreng tempe, bolehlah menggoreng ikan.
- 3
Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau. Setelah itu, masukkan cili giling dan tumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan garam, gula, asam jawa dan sedikit air. Masak sehingga bertukar warna ke 'caramelised colour'. Setelah itu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian digaulkan dengan tempe goreng dan satu bahagian lagi digaulkan dengan ikan goreng.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Tempe Ikan Bilis Sambal Tempe Ikan Bilis
Hari nie kalut pergi cari tempe semata-mata nak masak resepi sambal tempe ikan bilis. Tinggal separuh jalan kerja lain. Alhamdulillah, jumpa tempe kat kedai Aceh. Lega. Resepi nie senang sangat cuma rumit sebab kena goreng asing tempe dan ikan bilis dulu. Selamat mencuba#goldenapron #bonussoya Noor Hassan -
Sambal tumis ikan bilis petai Sambal tumis ikan bilis petai
Tengahari tadi balik Dari Taman nampak Ada orang Jual petai. Pakcik ni ambil petai Dari orang asli lepastu Jual. 4 papan Mata besar² rm5 je murah Kan.Dalam kepala ni ligat juga mikir nak jeruk ke nak buat masak sambal. Konon nak buat sambal petai kikis. Sambal ni masak sekali kulit petai tapi kikis dulu lepastu rebus Jap. Tapi baru kikis 3 ulas Aku dah malas! 🤣Jadi moh ler masak Yang biashe biashe je boleh post dekat sini memandangkan ni #minggu1 install apps ni. Di ingatkan lagi sekali ni resepi Untuk orang baru belajar masak Bukan untuk tokey² nasi lemak ye.. hahahah#goldenapron2020 Ayu Rohayu -
Sambal Bilis Tempe dengan Bunga Kantan Sambal Bilis Tempe dengan Bunga Kantan
Resipi asal ialah sambal bilis tempe yang diletak belacan. Tapi saya olah dengan letak ikan masin tumbuk.Masa kecil, saya sangat tak suka makan tempe. Mak selalu juga masak tempe. Biasanya digoreng kunyit atau masak lodeh. Mak kata bagus makan tempe, tapi dah lupa apa kebaikan tempe yang Mak cakap. Maklumlah, bila Ayah orang Terengganu, tempe ni jarang ada dalam menu 😆Dah menginjak sekolah menengah, bila tempe masak dengan sambal, jadi sedap pulak. Sejak dari tu saya suka makan sambal bilis dan tempe.Cuka (1 point)Ikan bilis (2 point)Ikan masin (2 point)Tempe (1 point)6 point#GlobalApron2024 #challenge15 #hometownfave Nihadriz Niha -
Sambal Tempe Sambal Tempe
#goldenapron2020#cooksnap#mentorloveHari makan sambal tempe sebab terinspirasi dengan Sambal Tempe Rangup krap Krupp Sis Nurul.Tapi Iman tak buat la sampai rangup sebab anak-anak suka makan tempe goreng. Kenalah masak tebal sikit. Ni pun masak tempe lepas tu bahagi dua. Half untuk anak, half untuk masak sambal Iman Hasanah Musa -
👩🍳Sambal Ikan Rebus 👩🍳Sambal Ikan Rebus
Seperti pos sy sebelum ini, sy masih menggunakan ikan rebus. Kali ini sy goreng untuk jadikan sambal. Lauk yang ringkas dan cepat siap dan tidak menggunakan banyak bahan.Sambal ini boleh juga dimakan dengan nasi lemak.#JiwaMerdeka#MerdekaMonth#AugustChallenge2208/3K352/2024 Mahadiah -
👩🍳Capati Sambal Bilis 👩🍳Capati Sambal Bilis
‘Capati’ ialah hidangan popular masakan orang India manakala 'Sambal bilis' pula ialah masakan biasa orang Melayu.Bagi kaum India, Capati selalu dihidangkan bersama kuah kari atau kuah dhal. Sambal bilis pula sinonim dengan hidangan nasi lemak.Kita gabungkan dua bahan ini menghasilkan satu hidangan dua bangsa ; Melayu dan India.#JiwaMalaysia#SeptemberChallenge2232/3K375/2024 Mahadiah -
Sambal Tempe Dan Bilis Sambal Tempe Dan Bilis
Sambal tempe ini ummi cooksnap resepi @Uchu sebenarnya. Tapi terbiar bersarang dalam draft tak di post. 🤭😀Harini baru nak post untuk clear draft.Resepi uchu guna cili padi ummi gantikan dengan cili besar je sebab tak nak terlampau pedas.Dan yang paling istimewanya tempe ini ummi buat sendiri tau. Tempe honemade.Tq ya uchu resepinya yang sedap 👍😋❤. Q'leenalee's Kitchen -
Nasi Lemuni Nasi Lemuni
#perakpenang#1september#goldenapronSejenis nasi seperti nasi lemak. Daun lemuni yang digunakan untuk menghasilkan resepi ini berwarna ungu di bahagian bawah daun. Nasi ini terkenal di kawasan utara. Nasi ini juga boleh dimakan bersama telur rebus atau telur mata. Kegemaran kami sekeluarga. arihasliza ariffin -
Sotong Masak Lemak Cili Api dengan Tempe Sotong Masak Lemak Cili Api dengan Tempe
Masak lemak cili api menu yang amat mudah dimasak sebenarnya. Sotong pun boleh diganti dengan apa-apa sahaja protein kesukaan anda waima udang, kerang-kerangan, ayam mahupun daging salai. Menu ni enak dimakan dengan nasi panas, tempe goreng, telur dadr goreng, aummmmm dapnye... #goldenapron aisha ridwan -
Sambal Goreng Jawa Sambal Goreng Jawa
#goldenapron#minggukeduapuluhsatuKalau pergi kenduri perkahwinan orang jawa, mesti ada sambal goreng tempe yang di campur tofu, kentang dan suhun. Jangan keliru dengan sambal goreng kicap dan sambal goreng yang berwarna merah ya. Itu berlainan versi dan bahan.Lain kali saya kongsikan resipi sambal goreng berwarna merah.Sambal goreng tempe ni sangat mudah untuk menyediakan. Kadang-kadang ada orang suka campurkan leher atau kaki ayam. Ada juga yang campur hati dah pedal ayam. Terpulang pada citarasa anda semua untuk campurkan bahan yang anda suka. Sambal begini dimakan bersama nasi panas cukup sedap. Kalau suka pedas, lebihkan saja cili kisar dan cili padi semasa menumis.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Kembung sambal berbawang Kembung sambal berbawang
Teringat zaman kanak-kanak, mama sering memasakkan resepi ini kerana mudah baginya, menyediakan hidangan ini kerana kesibukannya membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.#goldenapron2020#kembungsambalberbawang#sambaltumis Norbaiti Modtrifi -
Sambal tumis ketagih Sambal tumis ketagih
Sebelum kahwin rina paling failed masak cili. Mama asyik bising je. Cili pahit la, tak cukup masak la, minyak sikit la. Mcm2 la. Allah datangkan suami yg hantu sambal tumis. Dia boleh hidup kalau hari2 bagi sambal tumis. Dari situ belajar masak cili ni sampai jadi. Sebabnya kalau tak tahu nak masak ape, boleh buat sambal tumis ni je dgn ikan atau ayam goreng tepung. Sambal tumis ni masam2 manis. rina aziz
Lebih Banyak Resipi
Komen