
Challenge ini telah tamat
Cookpad Apron 2026: Kuih Tradisional
Merdeka bukan sahaja dirayakan dengan semangat kebangsaan, tapi juga dengan kuih-muih tradisional warisan nenek moyang kita! Kuih ketayap yang hijau berpeluk gula melaka, onde-onde yang meletup di mulut, apam balik panas dari gerai tepi jalan, kuih talam dua lapis, putu mayam dengan kelapa parut, atau kuih lompang comel-comel — semua ni adalah khazanah budaya Malaysia yang wajib kita jaga! Challenge Kuih Tradisional ni sempena sambutan Hari Merdeka untuk menghargai warisan masakan Malaysia yang tak ternilai. Jom semak balik resipi kuih nenek kita dan kongsikan bersama komuniti! 🎂🇲🇾
Tema Minggu Ini: Kuih Tradisional
📌 Cara nak join:
❶ Tulis resipi kuih tradisional kegemaran korang
❷ Tambahkan hashtag #CookpadApron2026 kat kisah resipi
❸ Lengkapkan jumlah sajian & tempoh masak
❹ Sekurang-kurangnya 3 langkah & 1 gambar/video langkah memasak
❺ Tempoh: 31 Ogos–6 Sep 2026
Challenge ni merupakan sebahagian daripada. Kumpul sekurang-kurangnya 32 poin (1 poin seminggu) dalam perjalanan Cookpad Apron Challenge ni 💪 Jangan sampai tak cukup, pantau progres anda kat Leaderboard 📋
Tempoh Cookpad Apron Challenge 2026: 30 Mac–13 Disember 2026
Terma & Syarat
1. Resipi mestilah menggunakan foto milik anda sendiri (dilarang menggunakan foto resipi orang lain)
2. Resipi yang dikongsi boleh disiarkan di media sosial Cookpad
3. Resipi yang diterbitkan di luar tempoh Challenge tidak akan dikira sebagai penyertaan











































