Rebung Hutan Masak Lemak Ciliapi Tempoyak

Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

#goldenapron
#1post1hopev2
Masakan yang jarang dapat rasa sebab susahnya nak dapatkan rebung. Kebetulan jalan2 kat pasar ternampaklah orang jual rebung ni. Wihout any doubt terus beli. Segala menu yg dirancang, cancel. Kita buat rebung ni masak lemak ciliapi. Tambah pulak tempoyak...., memang terangkat. Tak sedar habis 3 pinggan nasi.
Jom kita lihat ramuannya.

Rebung Hutan Masak Lemak Ciliapi Tempoyak

2 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
#1post1hopev2
Masakan yang jarang dapat rasa sebab susahnya nak dapatkan rebung. Kebetulan jalan2 kat pasar ternampaklah orang jual rebung ni. Wihout any doubt terus beli. Segala menu yg dirancang, cancel. Kita buat rebung ni masak lemak ciliapi. Tambah pulak tempoyak...., memang terangkat. Tak sedar habis 3 pinggan nasi.
Jom kita lihat ramuannya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1kilo rebung
  2. 1/2kilo udang basah
  3. 2 batangserai
  4. 3 ulasbawang putih
  5. 20tangkai cili api
  6. 1inci kunyit hidup
  7. 1/2sudu kecil serbuk kunyit utk menaikkan warna
  8. 2 cawansantan pekat
  9. 2 kepingasam gelugor
  10. 1sudu besar gula pasir
  11. 1sudu besar garam
  12. 1 cawanair utk membanyakkan kuah
  13. 2-3sudu besar tempoyak

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan2 seperti berikut :

  2. 2

    Potong rebung seperti dalam gambar dan rebus lebihkurang setengah jam untuk hilangkan rasa pahit.

  3. 3

    Buang air rebusan rebung tadi.

  4. 4

    Sementara itu blen cili api, tempoyak dan kunyit hidup.

  5. 5

    Masukkan udang yg sudah dibersihkan ke dalam periuk berisi rebung tadi.

  6. 6

    Masukkan pula bahan2 yg dikisar.

  7. 7

    Masukkan santan.

  8. 8

    Dengan menggunakan lesung batu, titik serai dan bawang putih. Masukkan ke dalam periuk.

  9. 9

    Masukkan asam gelugor, gula dan garam. Tambah air jika perlu.

  10. 10

    Pasang api sederhana. Sila kacau supaya tidak meruap.

  11. 11

    Tutup api setelah kuah sempurna mendidihnya. Siap.

  12. 12

    Bolehlah dihidangkan utk hidangan tengahari anda.

  13. 13

    SELAMAT MENJAMU SELERA....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hamidah binti Mokhtar
Hamidah binti Mokhtar @hamidah_mokhtar6767
pada
Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia

Komen

Resipi Sepertinya