Bubur Pedas

Bubur pedas adalah menu wajib setiap Ramadan di Sarawak. Tetapi sekarang ianya sudah menjadi menu harian dan boleh dinikmati di kedai makan , restoren malah di hotel. Sila lah mencuba resipi yg mudah ini. Ianya penuh khasiat mengandungi kulit sapi(bahan wajib), daging, sayur mayur dan juga daun kunyit serta daun singkel( daun bebuas).
Bubur Pedas
Bubur pedas adalah menu wajib setiap Ramadan di Sarawak. Tetapi sekarang ianya sudah menjadi menu harian dan boleh dinikmati di kedai makan , restoren malah di hotel. Sila lah mencuba resipi yg mudah ini. Ianya penuh khasiat mengandungi kulit sapi(bahan wajib), daging, sayur mayur dan juga daun kunyit serta daun singkel( daun bebuas).
Cara Memasak
- 1
Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan udang kering hingga wangi. Masukkan cili kering blend, tumis hingga pecah minyak. Masukkan rempah bubur pedas yang sudah direndam dan tumis lagi hingga naik bau.
- 2
Masukkan daging dan kulit sapi yang telah direbus terlebih dahulu dan gaul hingga sebati. Tambah sedikit air dan gaul selalu agar tidak berkerak. Rempah bubur pedas akan menjadi pekat dan ketika ini hendaklah di tambah air.
- 3
Masukkan semua jenis macam sayur tadi dan daun ulaman, gaul hingga sebati. Masukkan santan dan tambah garam secukup rasa.
- 4
Siap untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bubur Pedas Bubur Pedas
Bila dengar bubur pedas mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu bubur pedas? Kebanyakannya bubur ni dikaitkan kepada sesuatu rasa yang manis melainkan bubur nasi. Secara jujur nya saya juga tidak tahu kenapa ianya dinamakan bubur pedas kerana menu masakan ni memang dari zaman dulu-dulu lagi. Mungkin tekstur nya yang sedikit cair sebab itu dinamakan bubur dan pedas tu kerana memang ada rasa pedas. (Itu pendapat saya)Bubur pedas adalah hidangan bubur tradisional untuk orang Melayu di Sambas, Kalimantan Barat (Indonesia) dan Sarawak (Malaysia). Ia biasanya disajikan pada bulan Ramadan setelah umat Islam mengakhiri puasa pada waktu iftar. Penyediaan nya tidak la begitu rumit tetapi memerlukan bahan yang banyak dan kesemua bahan tersebut harus la diracik halus (itu kalau di Sarawak). Sebenarnya bahan-bahan itu boleh ikut citarasa masing-masing. Dapur Yusfarisyia -
Bubur Pedas Sarawak #KCHUP Bubur Pedas Sarawak #KCHUP
Bubur Pedas merupakan menu yang sangat popular di Sarawak menjelang ramadhan. Tidak seperti nama menu ini, ia langsung tidak pedas tetapi mempunyai rasa yang sangat sedap. Menu yang hanya mudah di dapati di sepanjang ramadhan dan agak sukar untuk di dapati pada bulan2 yg lain. Harga bubur pedas yang sudah masak ini agak mahal kerana proses menyediakan mengambil masa yang lama dan agak leceh tetapi sangat mudah di masak. Setiap senduk kecil bubur pedas yang di jual boleh mencecah sehingga RM3 dengan kuantiti yang sangat sedikit. Seperti pada gambar, saya menjual setiap satu bekas RM12 (bukan nak promo yerr 😂) Rafidah Faridah -
One Pot Bubur Pedas Sarawak One Pot Bubur Pedas Sarawak
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot MealSebut jer bubur mesti tfikir ssuatu yg manis kan? Ha! Tak smesti nya. Mcm bubur nasi, ada rasa savoury baru lah ngam dgn nya. Tak tkecuali dgn bubur pedas Sarawak, jg ada rasa savoury.Utk resipi one pot ni sesuai sgt buat bubur pedas ni. Dlm ramuan rempah bubur pedas itu sndiri mmg sudah ada beras yg telah dijemur dan dikisar bsama bhn2 lain. Kira lengkap, ada mgandungi karbohidrat, protein, lemak, sayur all-in-one. Bhn2 lain blh ikut sesuai selera msing2, lg byk bhn lg sdp. Bubur pedas ni selalu dibuat ketika bln ramadan di Sarawak. Selalu nya ketika wktu bbuka penuh mknan di atas meja dari pelbgai jenis air, kuih-muih hgga ke lauk-pauk. Nafsu di bln ramadan mmg nmpk tamak, smua sdp, nk mkn smua tp akhir nya tak dpt mghbiskan smua nya. Cth nya bubur pedas ni, klau dulu dimkn dgn nasi tp nasi nya tak t'usik pun. Diratah begitu jer. Dari situ lah, kebykan drpd kami lbh suka ratah jer mmg dah tak mkn dgn nasi lg dah ckup kenyang. Klau nk jg mkn dgn nasi pun no hal. Ikut selera msing2. Jom tgk bhn2 yg sy gunakan utk msk bubur pedas pd kali ini. Ini kira yg simple jer tp bhn2 nya pun tak kurang jg byk nya. Klau nk msk sdikit blh bhgikan sukatan di bwh.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cauliflower (1) + daging (R) + halia (R) + kentang (1) + santan (1) Dapur Yusfarisyia -
Bubur Pedas Sarawak Bubur Pedas Sarawak
#merdekapassport Ke-8:Sarawak Bumi KenyalangTeringin punya pasal, 22 jenis bahan pun Uchu sanggup buat!Sebenarnya dah lama teringin nak rasa bubur pedas Sarawak. Pada hari kak Zakiah, Dapur Yusfarisyia share resepi, serta merta Uchu beli rempah bubur pedas Sarawak secara online.Alhamdulillah akhirnya buat juga setelah cukup bahan-bahannya. Memang berbaloi, sedap! Uchu buat cicah roti putih, dalam setiap suapan mesti kata..sedapnyer..sedapnyer..hehe. Husben pun kata sedap.Uchu pack untuk jiran-jiran, siap print dan labelkan cantik2 atas bekas tu ‘Bubur Pedas Sarawak’ maklumlah, memang Uchu pasti diaorang pun tak kenal ape mende tu kan. Pastu Uchu hantar pula message Whataaps bagitau cara nak makan dia..🤣🤣 Jiran-jiran duk reply message bagitau memang sedap dan first time jumpa bubur ni. Masing-masing tanya buat sendiri ke? Maklumlah bagi bekas packing macam beli melalui tempahan, no. Telepon je tak print sekali kat situ 🤣 Tatkala orang lain sibuk dengan bubur asyura, Uchu je sibuk dengan bubur pedas Sarawak.P/s: mencari yang aunthentic dan rajin? Bubur Pedas Sarawak ini #WAJIBcooksnap @gula_apong terutama bagi penggemar sayur campur seperti kerabu, bubur lambuk pantai timur, Insyaallah akan suka juga bubur dari Sarawak ini. Sesimple Loralin -
Ayam Masak Rempah Bubur Pedas Ayam Masak Rempah Bubur Pedas
Berbuka Ala BorneoDi Sarawak memang terkenal dengan menu bubur pedas terutama nya di bulan ramadan. Nama “bubur” tu kerana kesemua ramuan dan rempah ratus tu dihiris/dipotong kecil-kecil dan dimasak sedikit cair seakan bubur nasi. Sebenar nya di dalam serbuk rempah bubur pedas itu sendiri ada mengandungi beras yang telah disangai dan dikisar/ditumbuk halus sebab itu lah bubur akan menjadi pekat apabila telah sejuk kerana beras tersebut akan mengembang dan menyerap cecair di dalam kuah tersebut.Hari ni suami minta dimasakkan ayam menggunakan rempah bubur pedas. Sejujur nya saya lebih suka ianya sedikit cair tetapi suami saya minta dibuatkan sedikit pekat supaya senang untuk dia makan cicah dengan roti/roti canai. Hehe.. selera di bulan puasa ni memang macam-macam je. 😅 Dapur Yusfarisyia -
Bubur Pedas Sarawak Bubur Pedas Sarawak
Bubur pedas ini saya pelajari dari arwah bapa saya. Ia adalah masakan tradisi Sarawak yang biasa dimakan semasa bulan ramadan. Aini Sait -
Bubur Pedas Sarawak Bubur Pedas Sarawak
280/2024 (1833/2K)Global Apron Challenge 29: Borneo Food#MalaysiaMonth 🇲🇾#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:6-rebung 7-pucuk ubi R-ayam R-haliaFirst time Uchu masak bubur pedas Sarawak ni cooksnap kak zakiah @gula_apong . Kali ni, masih cooksnap kak zakiah jugak..hehe. Kali ni Uchu makan bubur pedas Sarawak ni dengan nasi impit ala2 makan lontong gitu..MIL Uchu ada dirumah Uchu. Nak terjadi kebetulan, harini tanpa disangka2, Uchu akan dikunjungi oleh keluarga abang ipar Uchu yang datang dari jauh nak ziarah MIL yang tak balik2 ke kampung..melekat dah kat umah Uchu dekat 2 bulan dah..Biras Uchu tu memang berasal dari Sarawak..berdebar2 pulak nak jamu orang Sarawak dengan masakan Sarawak hasil tangan orang Semenanjung Pantai Timur..😆debor..sampai ke tak standard rasa Sarawak tu??..insyaallah sampai lah kot..Uchu kan cooksnap kak zakiah. Cookpader yang sangat2 boleh dipercayai resepinya.. Sesimple Loralin -
Bubur Lambuk Kelantan (Versi Budu Tanpa Santan) Bubur Lambuk Kelantan (Versi Budu Tanpa Santan)
Ore Klate royat Sedak sengoti @ Sedak Do’oh Lalu 🤣Menu wajib bulan Ramadan..kalau tak Ramadan pun, ada je pucuk paku merah Uchu buat je..Bubur lambuk versi budu tanpa santan ni tak muak dan tahan lebih lama (versi Pantai Timur). Setiap kali masak sendiri, memang Uchu suka gunakan pelbagai bahan dalam bubur lambuk. Itu untungnya buat sendiri, rasa lebih umphhh dan puas hati!Teringat masa zaman duduk kat U, bila balik rumah time cuti, arwah mak mesti buatkan feveret Uchu ni walaupun bukan Ramadan..😔 Sesimple Loralin -
Ambal masak sos tiram pedas Ambal masak sos tiram pedas
Ambal atau clam bamboo adalah sejenis makanan laut yang mudah di dapati di Sarawak jika tepat pada musimnya dan ia digemari oleh semua peringkat umur. Antara menu yang kami gemari adalah ambal masak kari dan ambal masak sos tiram pedas. Ianya cepat dimasak dengan bahan-bahan yang sentiasa ada di dapur setiap rumah.#goldenapron2020 Suraini Boli -
Bubur Nasi Bubur Nasi
#buburnasi#goldenapron2020Sebut sahaja Bubur Nasi teringat bubur nasi yang kami makan di satu restoran ni,kena betul dengan selera kami anak-beranak.Kalau sesekali turun ke KL pasti tak lupa singgah di situ untuk menikmati bubur nasi kosong yang dihidangkan bersama set lauk-pauknya.Bila teringin,cubalah masak sendiri di rumah bubur nasi ala-ala restoran MZ tu!.Alhamdulillah suami dan anak-anak menyukainya. ha.lim39 -
Sambal Goreng Jawa Resipi EmakSimple dan Sedap Sambal Goreng Jawa Resipi EmakSimple dan Sedap
Resipi wajib ada untuk Hari Raya...enak dinikmati begitu saja (“jambal” (ratah) - orang jawa kata) atau dimakan dengan nasi panas dan hidangan sampingan bersama ketupat, rendang dan ayam masak merah. Juga pelengkap hidangan untuk nasi ambeng...emmmm walllah..Mesti nak makan lagi dan lagi...Jom cuba😋😋#goldenapron2020#myfirstrecipe2020 Ernie Ahmad -
🥣BUBUR NASI BEREMPAH 🥣BUBUR NASI BEREMPAH
Bubur nasi berempah ni menu istimewa family akk setiap kali bulan Ramadan. Bubur ni makan begitu saja pun dah sedap bersama bahan pelengkapnya #buburnasi #goldenapron2020 #riceporridge #congee Keroroyz Royz
Lebih Banyak Resipi
Komen