Bubur Pedas Sarawak

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#merdekapassport Ke-8:
Sarawak Bumi Kenyalang

Teringin punya pasal, 22 jenis bahan pun Uchu sanggup buat!

Sebenarnya dah lama teringin nak rasa bubur pedas Sarawak. Pada hari kak Zakiah, Dapur Yusfarisyia share resepi, serta merta Uchu beli rempah bubur pedas Sarawak secara online.

Alhamdulillah akhirnya buat juga setelah cukup bahan-bahannya. Memang berbaloi, sedap! Uchu buat cicah roti putih, dalam setiap suapan mesti kata..sedapnyer..sedapnyer..hehe. Husben pun kata sedap.

Uchu pack untuk jiran-jiran, siap print dan labelkan cantik2 atas bekas tu ‘Bubur Pedas Sarawak’ maklumlah, memang Uchu pasti diaorang pun tak kenal ape mende tu kan. Pastu Uchu hantar pula message Whataaps bagitau cara nak makan dia..🤣🤣 Jiran-jiran duk reply message bagitau memang sedap dan first time jumpa bubur ni. Masing-masing tanya buat sendiri ke? Maklumlah bagi bekas packing macam beli melalui tempahan, no. Telepon je tak print sekali kat situ 🤣 Tatkala orang lain sibuk dengan bubur asyura, Uchu je sibuk dengan bubur pedas Sarawak.

P/s: mencari yang aunthentic dan rajin? Bubur Pedas Sarawak ini #WAJIBcooksnap @gula_apong terutama bagi penggemar sayur campur seperti kerabu, bubur lambuk pantai timur, Insyaallah akan suka juga bubur dari Sarawak ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawankacang tanah tanpa kulit (digoreng, dikisar kasar)
  2. 500 mlsantan pekat
  3. Bahan tumis
  4. 300 gRempah bubur pedas Sarawak
  5. 6 sudu makanbawang kisar
  6. 3 sudu makanhalia + bawang putih kisar
  7. 3 sudu makancili kisar
  8. Garam, gula, perasa secukupnya
  9. Bahan dihiris halus
  10. 1mangkuk daging
  11. 1mangkuk kentang
  12. 1mangkuk carrot
  13. 1mangkuk kacang panjang
  14. 1mangkuk putik jagung
  15. 2 helaidaun kunyit
  16. 3tangkai daun kaduk (optional)
  17. 4tangkai daun kesum (optional)
  18. Bahan telah direbus berasingan & dihiris halus
  19. 1mangkuk pucuk mengkudu
  20. 1mangkuk pucuk ubi kayu
  21. 1mangkuk rebung
  22. Bahan telah direndam sehingga kembang
  23. 1mangkuk cendawan hitam (dihiris halus)
  24. 1mangkuk suhun
  25. 1mangkuk fucuk (hiris)
  26. Nota: jenis sayuran digunakan adalah mengikut kesesuain dan kesukaan masing-masing

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan. (Antaranya: rebung, cendawan hitam, suhun,fucuk)

  2. 2

    Antara bahannya: daun mengkudu direbus sehingga lembut.

  3. 3

    (Tiada dalam gambar ialah kacang tanah)

    Rempah bubur pedas Sarawak ni, Uchu beli secara online sahaja.

  4. 4

    Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama rempah bubur pedas Sarawak, tambahkan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak bersama garam.

  5. 5

    Kemudian tambahkan gula, biar gula caramelised menjadikan pes lebih berkilat dan gelap warnanya.

  6. 6

    Masukkan daging bersama sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

  7. 7

    Masukkan semua bahan-bahan lain yang telah disediakan juga kacang tanah. Tambahkan lagi sedikit air. Kacau rata. Masak sehingga mendidih.

  8. 8

    Masukkan santan dan tambah air lagi jika perlu.

  9. 9

    Masak sehingga mendidih. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak ‘berkepala’. Perasakan sekali lagi.

    Amount air dan kepekatan bubur bergantung pada citarasa masing-masing. Walaubagaimanapun, bubur ini akan menjadi semakin pekat apabila sejuk.

  10. 10

    Nikmati begitu sahaja atau dijadikan hidangan bersama nasi mahupun roti.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Resipi Sepertinya