Chicken & Lamb Kabsa 🇸🇦

Nurul Kefftya
Nurul Kefftya @sambaldope
Johor

Nasi Kabsa ayam dan kambing ini terinspirasi dari negara Saudia Arabia.
Nasi yang lazimnya dihidang di dalam talam berasaskan beras basmathi, daging dan sayuran. Rasanya sangat enak dan menyegarkan.
#cppassport

Chicken & Lamb Kabsa 🇸🇦

4 orang bercadang membuatnya

Nasi Kabsa ayam dan kambing ini terinspirasi dari negara Saudia Arabia.
Nasi yang lazimnya dihidang di dalam talam berasaskan beras basmathi, daging dan sayuran. Rasanya sangat enak dan menyegarkan.
#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 min
2-3 orang
  1. Bahan Sup
  2. 1/2biji bawang merah besar dipotong
  3. 6ketul ayam
  4. 2ketul daging kambing
  5. 5biji buah pelaga
  6. 1ketul kiub ayam
  7. 2 sudu tehserbuk kunyit / saffron
  8. 2sudu besar rempah sup
  9. 2sudu besar rempah kurma
  10. 2sudu besar garam
  11. 1.5 literair
  12. Bahan Nasi Kabsa
  13. 1/2inci halia dipotong kasar
  14. 1biji bawang merah besar dipotong
  15. Rempah tumis : 1 kayu manis, 1 pelaga dan 1 bunga lawang
  16. 2tangkai daun ketumbar dipotong kasar
  17. 2pot beras basmathi
  18. 1 1/2susu planta / butter / marjerin
  19. 650 mlair rebusan sup untuk 2 pot beras basmathi (pot tin susu pekat)
  20. 5 titikpewarna oren / pewarna nasi
  21. Bahan Sambal
  22. 3tangkai daun ketumbar
  23. 3 batangcili hijau besar
  24. 7biji cili padi hijau kampung
  25. 2biji tomato merah
  26. 3 ulasbawang putih
  27. 1senduk sup kabsa
  28. 1sudu perahan lemon / limau nipis
  29. 1 sudu tehgaram
  30. Bahan Salad
  31. 1/2biji kobis diracik halus
  32. 2biji tomato buang biji, potong dadu
  33. 1biji timun muda, buang empulur, potong dadu
  34. 1sudu perahan lemon
  35. Secubit gula

Cara Memasak

1 jam 30 min
  1. 1

    Sukat beras. Basuh dan toskan. Rendam selama 20 minit, ketepikan. Toskan selepas 20 minit ya.

  2. 2

    Untuk kuah sup masukkan ayam, garam, serbuk kunyit, rempah sup dan kurma, garam, air dan kiub ayam, buah pelaga.

  3. 3

    Masak hingga mendidih.
    Asingkan kuah sikit untuk masukkan kambing. Sup buat untuk stok nasi dan sup, nak lebih kuah, boleh tambah air.

  4. 4

    Untuk nasi, tumis halia, bawang dan rempah tumis bersama planta. Bagi naik bau dan masukkan beras yang kita rendam 20 minit tadi.

  5. 5

    Cukup beras tergaul sebati bersama bahan tumis, masuk dalam rice cooker, tambah air sup. 2 pot beras = 650 ml air sup. Dah nak masak nasi tu nanti, masukkan daun ketumbar dan pewarna oren.

  6. 6

    Untuk sambal kisar semua bahan. Masak sebentar di atas api. Cili besar, cili kecil hijau, bawang putih dan daun ketumbar dan garam. Jangan lupa satu senduk sup. Perasakan.

  7. 7

    Untuk salad : hiris dan potong dadu semua bahan : kobis, tomato dan timun. Perahkan lemon dan masukkan secubit gula.

  8. 8

    Siap semua dan sedia dihidang dalam talam. Indahnya dapat makan berjemaah. Selamat mencoba.

  9. 9

    Eh lupa, ayam yang dah direbus tu, bakar kat oven sekejap, 45 min, 180 darjah celcius, sama jugak dengan kambing. Sebelum bakar, ayam dan kambing tu perap dulu 20 min dengan bahan perap kabsa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nurul Kefftya
Nurul Kefftya @sambaldope
pada
Johor
Hai , saya anak emak 🤗
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya