Sup Ikan Merah Akar Ketumbar

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#CookEveryPart #TumbuhTumbuhan

Selalu nya akar ketumbar saya akan tanam selepas menggunakan batang dan daun ketumbar di dalam masakan saya kerana kebanyakan resipi hanya memerlukan daun dan batang nya, kadang untuk ditabur pada saat akhir atau waktu menghidang sesuatu hidangan.
Inspirasi daripada adik @nuxxin
Resipi yang sedap, terima kasih dik. Akak skip lobak merah dan cendawan sebab takde tapi tetap sedap.

Sup Ikan Merah Akar Ketumbar

#CookEveryPart #TumbuhTumbuhan

Selalu nya akar ketumbar saya akan tanam selepas menggunakan batang dan daun ketumbar di dalam masakan saya kerana kebanyakan resipi hanya memerlukan daun dan batang nya, kadang untuk ditabur pada saat akhir atau waktu menghidang sesuatu hidangan.
Inspirasi daripada adik @nuxxin
Resipi yang sedap, terima kasih dik. Akak skip lobak merah dan cendawan sebab takde tapi tetap sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 ekorikan merah (dipotong)
  2. 2 batangserai (diketuk)
  3. 1 bijibawang merah bombay (dihiris)
  4. 5 ulasbawang putih (dihiris)
  5. 3 incihalia (dihiris)
  6. Rempah 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih) - (untuk gantikan sup bunjut sebab takde)
  7. 1/2 sendukminyak masak
  8. Secukup nyaair
  9. 3 bijicili padi (dibelah dua)
  10. 1 bijicili merah (dipotong memanjang)
  11. 2 sudu besarsos ikan
  12. 5penutup jus limau nipis dalam botol
  13. Secukup nyaserbuk perasa
  14. Secukup rasagaram Saxa
  15. 3 bijitomato (dipotong baji)
  16. 2 pokokdaun ketumbar (ambil akar, batang dan daun nya)
  17. Secukup nyabawang goreng untuk ditabur

Cara Memasak

  1. 1

    Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah tiga sekawan hingga naik bau. Masukkan air, serai dan akar dan batang ketumbar. Serai lupa nak letak sewaktu menumis 😅

  2. 2

    Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan, ikan dah agak masak, masukkan sos ikan serta garam dan serbuk perasa (adjust rasa mengikut selera masing-masing.)

  3. 3

    Masukkan cili padi dan jus limau.

  4. 4

    Masukkan tomato. Tunggu hingga masak sedikit dan rasa sup masam, pedas semua terasa. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan, tabur bawang goreng sewaktu menghidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya