Ayam Korea 🌶

#ResepiViral #1371recipe
Ayam Korea pernah viral satu ketika dahulu. Anak-anak suka sangat dengan ayam korea ni. Selalu jugak diorang beli bawak balik dari sekolah. Bila tanya beli kat mana katanya dari kawan dia jual. Cakap tak payah la beli nanti mak buatkan, tapi bila diorang cakap beli sebab nak support kawan diorang niaga jual ni. Ok la mak bangga anak-anak mak ada pikiran macam tu.
Ingat nak buat versi cheese baru ingat cheese dah guna buat corndog hari tu. Ok la buat ni pun dah sedap sangat dah rasanya. Punya la suka anak-anak tengok ada ayam korea bawah rudung saji, dan-dan terus ceduk nasi makan. Selalu lambat diorang makan bila balik sekolah, happy sangat tengok anak-anak makan. Kena buat selalu nampak gayanya ni, tak cukup diorang cakap. Tak boleh nak ratah 🤦♀️
Ayam Korea 🌶
#ResepiViral #1371recipe
Ayam Korea pernah viral satu ketika dahulu. Anak-anak suka sangat dengan ayam korea ni. Selalu jugak diorang beli bawak balik dari sekolah. Bila tanya beli kat mana katanya dari kawan dia jual. Cakap tak payah la beli nanti mak buatkan, tapi bila diorang cakap beli sebab nak support kawan diorang niaga jual ni. Ok la mak bangga anak-anak mak ada pikiran macam tu.
Ingat nak buat versi cheese baru ingat cheese dah guna buat corndog hari tu. Ok la buat ni pun dah sedap sangat dah rasanya. Punya la suka anak-anak tengok ada ayam korea bawah rudung saji, dan-dan terus ceduk nasi makan. Selalu lambat diorang makan bila balik sekolah, happy sangat tengok anak-anak makan. Kena buat selalu nampak gayanya ni, tak cukup diorang cakap. Tak boleh nak ratah 🤦♀️
Cara Memasak
- 1
Tumbuk bawang putih, halia juga lada hitam hingga lumat.
- 2
Ayam dicuci bersih. Kemudian digaul hingga bersama bahan tumbuk juga bahan perapan hingga sebati. Perap selama 1/2 jam. (lagi lama lagi sedap)
- 3
Goreng ayam hingga garing. Kemudian angkat dan toskan minyak.
- 4
Tumis bawang putih bersama cili kisar hingga naik minyak. Kemudian masukkan sos cili, gula perang dan madu. Kacau rata
- 5
Masukkan bijan dan kacau rata.
- 6
Kemudian bubuh ayam gaul hingga sebati.
- 7
Sedia untuk dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Ayam Korea Ayam Korea
Last buat ayam korea ni 5 tahun lepas..menu ni jugak lah yang dijadikan jualan semasa di sekolah menengah laku keras pulak tu dok ulang alik pegi kedai beli tepung goreng ayam🤣Resepi dari kak azni @Sirap_Cheese ni serious sedap! Tapi ada derhaka sikit🤭🤭 shazrina -
Ayam Goreng Cheese Korea Ayam Goreng Cheese Korea
Ini pertama kali saya buat resepi ni. Dah lama duk teringin nak makan tapi tak sempat2 nak ke kedai yang duk viral tu. Bila tanya pakcik gugel macam2 versi ada.Adudu...Tengok cheese dia yang meleleh leleh mana bolah tahan. Lepas tu tengok semua bahan ada kat dapur, apalagi kita beraksi la. Tapi pertama kali buat ni lilitan cheese masih kurang kemas.Sedap di makan panas2 masa cheese masih lembut dan boleh di tarik2. Pehhh! Nanti boleh cuba buat pasti anak2 suka. Pedas, manis dan lemak bercheese. Mudah dan sedap. SELAMAT MENCUBA! 😊#goldenapron#minggu16#saturesepisatupohon Nor Zahida Aini -
Poket Ajaib Ayam Bakar Poket Ajaib Ayam Bakar
#poketajaib Terpanggil untuk menerima cabaran bonus kali ini yang bertemakan POKET AJAIB, waaaaa suka sangat. Aznie belum pernah lagi buat ni jadi cabaran ni memang Aznie suka sangat-sangat. Nak buat ni tak susah sebenarnya. Cuma inti kat dalam je kita boleh pelbagaikan ikut citarasa. Aznie pilih ayam bakar simple sebab anak-anak kat rumah suka sangat makan ayam. Tadi masa tengah nk bubuh inti dalam poket ayam dara tanya dah, Mak buat apa tu kan sakit kepala duduk je la. Cakap kat dia yang ni tak susah kejap je siap. Memang kepala sakit dari malam semalam sampai ke hari ni. Tapi dah banyak kurang dah. Dia pun tau mak nya ni memang tak boleh nak duduk diam. Bagi dia rasa dulu tadi, suka sangat dia sedapnya rasa macam kebab ayam serius sama. Yeke mak tak makan lagi pun, mak buat kan je. Dia cakap ni kalau bawa bekal kat sekolah mesti ramai yang tanya. Aznie jeling je kat dia. Dia pakat gelak. Aissssshh makan je tau.. Lepas tu dia tanya lagi, tuk cookpad la ni kan. kalau cookpad semangat lain macam katanya. Aznie cakap tak de la. Bila time ambik gambar dengar suara kat depan. Kan dah cakap tadi . Dengar dia gelak je. 🤦🏻♀️ Aznie Khasri -
Nasi Ayam Pertama Nasi Ayam Pertama
Menggamit nostalgia bila ingat tentang Nasi Ayam ni. Hubby tiba-tiba request nak makan nasi ayam yang Aznie masak dulu masa mula-mula kawin🙈 Ingat lagi time raya masa tu baru kahwin. Tapi nak Aznie nak jugak buat nasi ayam. Memang nasi ayam ni simple je, senang nak buat dan tak banyak kerenah. Tapi walau pun sinple tapi ia sedap tau tak tipu punya😂. Masa tu Aznie ingat lagi masak untuk teman hubby nak datang beraya. Yang kebetulan Aznie pun kenal sebab satu tempat kerja jugak masa tu. Abang Nik ngan abang Mie. Datang dengan wife masing-masing. Seronok tengok diorang makan. Diorang tak tau tu la kali pertama Aznie masak nasi ayam. Tengok comfident tu penting🤣. Dalam hati berdoa jangan la ada yang sakit perut pulak. Biasa la bila masak ikut gerak hati kan🙈. Rasa tak percaya bila diorang puji cakap sedap. Masa tu ingat diorang cakap sebab saje nak ambik hati. Biasa la kan baru kahwin🤭. Bila diorang balik abang cakap sedap nasi ayam Aznie masak. Masa tu memang rasa seronok sangat dah. Rasa diawang-awangan dah🤣. Sampai sekarang setiap kali jumpa abang Nik mesti dia cakap bila nak masak nasi ayam macam dulu. Memang tak boleh lupa sedap. Setiap kali dengar Nasi Ayam tu mesti rasa nak ketawa. Ni bila hubby request lagi, sambil masak sambil senyum. KENANGANKU🥰.. Aznie Khasri -
Pandan Ball vs Bomboloni Pandan Ball vs Bomboloni
#goldenapron2020 #cooksnap Yang ni petang semalam Aznie buat.. Aznie ikut resepi dari mamy _kichen89. Terima kasih atas perkongsian resepi. Sedap donat bomboloni ni, lembut. Anak-anak jangan kata la memang suka betul. Dah memang ni makanan diorang selalu beli ni bila mak nya lagi malas nak buat😂😂 Semalam bila buat ni mang banyak diorang makan. bila tengok anak- anak makan mak rasa happy sangat🥰 Aznie Khasri -
Asam Laksa Asam Laksa
#1523recipe #Pejuang2KResepiMenu yang tak tau berapa kali dah buat dalam sebulan. Ni Aznie buat dua minggu lepas. Permintaan dari adik-adik Aznie nak makan ni. Cukup suka betul diorang makan. Kalau nak tau anak dara Aznie memang cukup tak suka makan laksa. Tapi masa hari raya hari tu Aznie buat laksa dia cuba la makan sikit sebab tengok ramai yang makan cakap sedap. Lepas makan terus dia suka, cakap sedap. Dia cakap kenapa tak sama macam yang dia pernah makan. Dia cakap dulu makan bau dia tak sedap, mungkin dia nak bagitau hanyir bau ikan kot. Lepas tu dia cakap kuah cair je. Lepas dari hari tu memang dia mintak buatkan laksa je. Sama kes jugak dengan satu anak buah Aznie, jugak tak makan laksa. Sebab yang dibagitau lebih kurang ayat dengan anak dara Aznie. Dia cakap, saya makan laksa yang mak ngah masak je. Sebab kat luar saya tak suka. Nak laksa mak ngah masak je. Aznie tak pasti kenapa boleh bau hanyir laksa yang dijual, mungkin sebab pemilihan ikan. Untuk buat laksa Aznie guna ikan yang saiz sederhana besar @ besar jika ikan kembung. Aznie tak ambik saiz kecil. Ingat lagi masa pergi pasar dengan mak, mak cakap beli la ikan kembung yang kecik tu murah sikit kenapa nak beli yang besar. Aznie cakap kita bukan nak jual, kita buat tuk makan jadi ambik yang biasa je. Lagi pun isi banyak bau kurang. Memang betul kuah langsung tak ada bau. Mana- mana yang nak cuba boleh follow resepi @Sirap_Cheese ye Aznie Khasri -
Ayam Korea versi Manis Ayam Korea versi Manis
Graving nak mkn ayam korea,semua bahan dah ada,x yah la pegi restoran,kita buat dia je lah😅 Erma Yusnida -
Ayam Pong Teh Ayam Pong Teh
#bdayminsha2020challenge#misiminsha Serius Aznie bagitau.. Aznie memang tak pernah lagi makan Ayam Pong Teh ni..tapi sebabkan challenge Birthday Minsha.. baru Aznie tau macam mana rasanya.. kelakarkan.. bagus juga challenge ni jadi kita tau dan belajar buat resepi yang tak pernah kita makan.. Masa masak ni time dah siap masak Aznie tengok anak-anak ngan hubby makan laju je.. sedap la kot tu.. sebenarnya mereka ingat Aznie buat ayam masak kicap..😂😂 pada hal diorang tak tau didalamnya Aznie dah bubuh taucu.. hihihi.. memang anak-anak ngan hubby diorang tak suka makan taucu.. sebab tu taucu tak pernah masuk kedalam rumah. Bila tengok diorang makan laju je rasa seronok sangat.. misi berjaya.. diorang makan taucu👏 Aznie Khasri -
Ayam Goreng Korea Bersos Gochujang Ayam Goreng Korea Bersos Gochujang
DAKGANJEONG atau Ayam Goreng Korea bersos Gochujang. Sekira susah nak dapatkan sos kita boleh juga buat sosnya sendiri. Istemewa ayam goreng Korea ni, rangup diluar dan lembut didalam kerana ia digoreng dua kali. Emm sedap boleh dihidang kepada anak-anak rasanya tidak terlalu pedas.#viralkoreafood#goldenapron2020#mingguke14 Ani Delighted -
Mi Rebus Tulang Mi Rebus Tulang
Mi Rebus Tulang.. Kalau setiap kali masak hidangan ni Aznie akan teringat akan arwah mil Aznie.. hubungan Aznie ngan mil memang rapat.. mil seorang yang sangat baik.. banyak yang Aznie belajar darinya.. dulu Aznie pernah duduk selama setahun dengannya.. bila ingat memang sayu sangat.. dia layan Aznie seperti anak sendiri.. banyak petua yang Aznie dapat darinya.. kalau nak tau resepi ni Aznie belajar melalui telefon je.. Aznie memang tak pernah buat mi rebus tapi suka makan.. suatu pagi Aznie telefon mil.. Aznie tanya.. "MAK MACAM MANA NAK BUAT MI REBUS.. GIE (NAMA PANGGILAN AZNIE) TAK PERNAH BUAT.. MAKAN SUKA LA.. "dengar mil ketawa kat telefon.."ALA GIE SENANG JE.. REBUS JE SEMUA TAK PAYAH TUMIS-TUMIS " MAK CAKAP"MACAM MANA TU MAK.. GIE TAK PERNAH BUAT LAGI.. MEMANG TAK TAU..HIHIHI (Aznie pun ketawa jugak)"MACAM NI, REBUS DAGING SIKIT.. PERIUK LAIN REBUS UBI KELEDEK DENGAN KENTANG.........macam tu la terang dengan penuh detail... petua semua dia bagitau.. bila dah siap semua.. telefon lagi mil.. sebab happy sangat.. bagitau mak sedap mi rebus mak semua orang cakap sedap.. ramai mintak resepi.. bole ke ajar.. mak cakap bole.. senang je pun...sekarang Mil dah tak de memang terasa sangat tiap kali buat resepi ni.. Alfatihah buat ibu mertuaku.... Aznie Khasri -
Rendang Kerang Kacang Buncis Rendang Kerang Kacang Buncis
Salah satu rendang yang Aznie suka, tak lain tak bukan ialah Rendang Kerang. Selalu orang guna kacang panjang kalau buat rendang ni tapi Aznie ikut cara mak ngan abah Aznie masak. Guna kacang buncis lebih sedap dan lebih crunchy.Dua minggu lepas anak dara Aznie keluar tengok wayang dengan kawan-kawannya balik dari sekolah diorang mandi dan siap-siap dulu kat rumah ni. Dan sebelum hubby hantar diorang, suruh diorang makan dulu. Time tu Aznie buat rendang kerang. Tak sangka diorang semua suka. Baru ni anak dara bagitau kawan-kawan dia cakap "Weiii aku tak boleh blah la ngan rendang kerang mak ko ari tu dho. Asyik teringat je. Nak makan lebih malu"🤦♀️ Tu dia ayat yang anak Aznie ikut kawan-kawan dia cakap. Dasyat betul ayat budak-budak sekarang ni ye. Bergulung lidah nak cakap😂 Aznie bagitau pesan kat kawan-kawan kalau nak makan mak boleh buatkan. Sebab tau bulan depan diorang nak keluar lagi. Walau pun keluar ngan kawan-kawan, gi mana-mana memang hubby yang hantar. Risau abahnya bila anak dara keluar ni. Sebelum ni memang tak bagi dia keluar tapi sekarang dah ada sepupu dan kawan-kawan yang kenal tu bagi kelonggaran sikit. Aznie Khasri -
Ayam goreng ala korea Ayam goreng ala korea
Rasa nak makan ayam goreng ala² korea . tidak terlalu pedas dan manis .. Tengok macam senang tapi banyak cara buat🤭😋 ambik dr google resepi Cahaya Farah
Lebih Banyak Resipi
Komen