Rendang Ayam Gajah

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

372/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1767 #pejuang2kresipi
❤️ Golden Apron 2023 ❤️
#GoldenApron23 #Week22 #TeamPesRendang
Ayam gajah ni ayah hakak bela. Ada banyak. Baru2 ni sembelih 6ekor😅. 1ekor ayam gajah : 3ekor ayam biasa. Tapi yang hakak buat rendang ni hanya ayam yang terdapat dalam bekas yang paling atas dalam freezer 😆. Ada ler sikit. Yang banyak2 lagi susah benor nak ambil. Jadi cukup sekadar usaha ambil yang mudah sahaja 🤭. Banyak ni pun cukup ehh untuk kami makan suami isteri dan hantar kat rumah mak ayah sedikit.
.
Ayam gajah ni saiz dia besar berbanding ayam biasa. Daging dan isinya pejal seperti ayam kampung. Jadi bila buat rendang begini, didihkan lama pun. Isinya tidak hancur. Rasanya sama je macam ayam biasa / kampung. So sedap jela 😋

Rendang Ayam Gajah

4 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
2-4 orang
  1. 1/2 Kgayam gajah (dipotong)
  2. 1 bungkusserbuk rendang + 1/3 cawan air (dijadikan pes)
  3. 2-5 bijicili kering (dikisar)
  4. 3-4 bijibawang merah (dikisar)
  5. 3-4 ulasbawang putih (dikisar)
  6. 1 incihalia (dikisar)
  7. 1 batangserai (diketuk)
  8. 250 mlsantan
  9. Secukupnyagaram
  10. Sedikitgula
  11. Sedikitserbuk perasa
  12. 1-2 kepingasam gelugor
  13. 3 helaidaun limau purut
  14. 5-7 sudu besarminyak masak (untuk menumis)
  15. Air (sekupang untuk merebus ayam dan air tu juga akan dimasukkan ke dalam rendang)

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Ayam gajah direbus sehingga empuk. Kemudian ketepikan seketika.

  2. 2

    Guna serbuk rempah rendang (sebarang jenama). Bancuhkan dengan air sehingga menjadi pes.

  3. 3

    Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia) sehingga naik bau.

  4. 4

    Masukkan pes rendang. Diikutu serai.

  5. 5

    Masak sehingga pecah minyak.

  6. 6

    Masukkan ayam gajah bersama-sama air rebusannya serta santan.

  7. 7

    Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Asam gelugor juga. Kacau sebati.

  8. 8

    Masak sehingga mendidih. Masukkan daun limau purut. Kacau dan masak sehingga kuah pekat. Tutup api.

  9. 9

    Sedia untuk dihidangkan.

  10. 10

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya