Kari Ikan Siakap

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

175/2025 (2162/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 16 : halia, cili, santan

Alhamdulillah..sedapnya. Nampak sikit, tapi cukup untuk kami sekeluarga. Malah boleh bagi pulak sepotong pada tukang kebun. Uchu sengaja buat kuah lebih sebab tukang kebun tu memang suka sangat kari dan Uchu tambah pula telur rebus masukkan dalam kuah. Alhamdulillah..

Kari Ikan Siakap

175/2025 (2162/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 16 : halia, cili, santan

Alhamdulillah..sedapnya. Nampak sikit, tapi cukup untuk kami sekeluarga. Malah boleh bagi pulak sepotong pada tukang kebun. Uchu sengaja buat kuah lebih sebab tukang kebun tu memang suka sangat kari dan Uchu tambah pula telur rebus masukkan dalam kuah. Alhamdulillah..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 1 ekorikan siakap
  2. 1 incihalia (dimayang) ✅
  3. 3 ulasbawang merah (dimayang)
  4. 3 ulasbawang putih (dimayang)
  5. 3 pelepahdaun kari
  6. 1 sudu tehhalba campur
  7. 4 sudu makanrempah kari ikan/seafood
  8. 1 sudu tehserbuk kas-kas
  9. 3 sudu makancili kering kisar / cili boh
  10. 100 mlsantan pekat Kara ✅
  11. 2 cawan/ secukupnya air
  12. 10 bijibendi
  13. 2 sudu teh/ secukupnya garam
  14. 1/4 sudu tehperasa
  15. 2 sudu besar/ secukupnya gula
  16. 1 sudu makan/ sedikit kicap manis (sekadar memberi warna menarik)
  17. Bahan kisar
  18. 6 ulasbawang merah
  19. 1 incihalia ✅
  20. 3 ulasbawang putih

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Tumis hirisan bawang merah, halia, bawang putih bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.

  2. 2

    Masukkan serbuk kari ikan, serbuk kas-kas, cili kering kisar, bahan kisar dan tambah sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak. Tambah air dari semasa ke semasa. Tambahkan gula dan garam, tumis sampai pes lebih gelap dan berkilat.

  3. 3

    Masukkan santan dan air. Masak sampai mendidih. Tambahkan gula sedikit kicap sekadar memberi warna kari yang lebih cantik.

  4. 4

    Masukkan ikan siakap. Masak sampai mendidih. Tambahkan serbuk perasa, adjust rasa.

  5. 5

    Kemudian masukkan bendi. Masak sehingga bendi layu sahaja.

  6. 6

    Sedia dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (3)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tak pernah sy buat kari ikan siakap ni. Asyik kukus, sambal dan masak asam Thai je. Nanti boleh cuba 😍
(diedit)

Resipi Sepertinya