Udang Kam Heong

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

174/2025 (2161/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 16 : udang, serai, halia, cili

Alhamdulillah..walaupun masih kepenatan, tetap masak untuk family. Sedapnya udang kam heong. Bahan wajib untuk masakan kam heong ialah udang kering. Aromanya semasa ditambah semasa menumis mengundang lapar. Alhamdulillah sedap.

Udang Kam Heong

3 orang bercadang membuatnya

174/2025 (2161/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 16 : udang, serai, halia, cili

Alhamdulillah..walaupun masih kepenatan, tetap masak untuk family. Sedapnya udang kam heong. Bahan wajib untuk masakan kam heong ialah udang kering. Aromanya semasa ditambah semasa menumis mengundang lapar. Alhamdulillah sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
5 orang
  1. 2 sudu besarminyak masak
  2. 500 gudang
  3. Dikisar kasar
  4. 5 ulas (60 g)bawang merah
  5. 2 ulasbawang putih
  6. 2 sudu besarudang kering (direndam air panas)
  7. 3-4 bijicili padi
  8. 1 bijicili merah
  9. 1 1/2 incihalia ✅
  10. Ditumis bersama bahan kisar
  11. 5-6 sudu besar(~70 g) minyak masak
  12. 1 sudu besarserbuk kari ikan/udang
  13. 2 batangserai (diketuk) ✅
  14. 2 pelepahdaun kari
  15. Perasa
  16. 4 sudu besarkicap cair
  17. 2 sudu makangula
  18. 1 sudu tehgaram
  19. 1/4 sudu tehserbuk perasa

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Panaskan 2 sudu besar minyak masak. Goreng udang sehingga bertukar warna. Ketepikan dalam mangkuk. ➡️tm6: panaskan minyak masak/3 minit/120c/speed 1 ➡️ goreng udang/high temperature/6 minit

  2. 2

    Kisar bawang merah, bawang putih, halia, udang kering dan cili. ➡️tm6: chop: 5 saat/speed 6

  3. 3

    Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar bersama serbuk kari, daun kari dan serai yang diketuk. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit garing. ➡️tm6: tumis: 6 minit/120c/speed 1

  4. 4

    Masukkan udang yang digoreng tadi dan tambahkan bahan perasa iaitu kicap cair, garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga semua bahan perasa sebati dan pes tersalut rata pada udang. tm6: tumis/ 2 minit/120c/reverse blade, spoon speed

  5. 5

    Sedia dihidangkan..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya